ROSMAH GANTI KHAIRY!

TV Antara – Dulu Khairy, sekarang Rosmah menjadi kepala “Tingkat 4” pejabat Perdana Menteri.

Pegawai kanan Kementerian Kewangan dikatakan semakin gusar dengan campurtangan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, dalam urusan Perbendaharaan Negara, termasuk penyediaan Belanjawan 2010 dan pemberian kontrak dan tender kerajaan.
sumber-sumber kerajaan berkata campurtangan itu sudah di “tahap kritikal’ dengan Rosmah mempertikaikan keputusan tertentu Timbalan Perdana Menteri Muhyyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Campurtangan Rosmah itu tidak menerima sebarang teguran daripada Najib walaupun beliau adalah juga Menteri Kewangan. Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan, Rosmah menaruh minat yang amat mendalam terhadap penyediaan Bajet 2010 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada sesi Persidangan Dewan Rakyat 23 Oktober depan.

Isteri kedua Najib itu dikatakan mempunyai akses kepada semua bahan-bahan serta dokumen yang berkaitan dengan belanjawan tersebut sehinggakan menimbulkan rasa gelisah dan tidak senang hati di kalangan pegawai tinggi kementerian. Campurtangan Rosmah dalam keputusan pada peringkat tertinggi kerajaan meletakkan pengurusan negara dalam keadaan bahaya dan kewibawaannya di kompromi.
 
Sumber juga memberitahu Rosmah memperlihatkan keghairahan beliau terhadap semua aspek perbelanjaan setiap kementerian terutama yang berkaitan dengan pembelian atau “procurement” serta pemberian kontrak-kontrak. “Rosmah memberi perhatian mendalam kepada aspek penyediaan Bajet 2010 terutamanya yang berkenaan dengan pembelian dan kontrak-kontrak kementerian yang penting,” kata sumber itu.

Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi Rosmah mempunyai sebuah pejabat di Pejabat Perdana Menteri dan mempunyai beberapa kakitangan bagi membantu beliau. Malah pelancaran laman website beliau, www.pmo.gov.my/datinrosmah telah mengundang kritikan kerana didakwa menggunakan dana awam dan salahguna kuasa untuk menyenggara laman web peribadinya.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin berkata sebagai isteri Perdana Menteri beliau sepatutnya menjadi pemanis dan penyokong kepada suaminya bukan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan. “Saya meletakkan kelemahan perjuangan pembudayaan dan agenda wanita dan remaja di negara ini di atas bahu Shahrizat (Jalil) selaku menteri yang bertanggungjawab.

“Disebabkan menteri gagal maka Rosmah pun mengambil kesempatan ini untuk menonjolkan diri sebagai juara wanita di negara ini. “Saya tidak lihat kerjasama yang tulen antara Rosmah dan Shahrizat untuk memajukan golongan wanita malah mereka kelihatan bersaing. Kalau Shahrizat sekadar menjadi penghias kabinet lebih elok biar Rosmah bertanding,” cabar Ketua Wanita KEADILAN itu.

Zuraida mendakwa Rosmah juga masuk campur semasa kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini dengan menghadiahkan tiga buah rumah teres kepada kampung Bagan Pinang untuk dijadikan pusat remaja. Gula-gula politik itu diberikan atas nama program Permata Negara di bawah naungan beliau.

Rosmah juga dikatakan telah campurtangan membuat keputusan-keputusan penting bersabit bantuan untuk pelarian Palestin dengan membelakangkan ahli jawatankuasa Penaung Tabung Kemanusiaan Palestin yang mempunyai baki dana RM11 juta. Di kalangan kenalan dan mereka yang mengenal beliau secara rapat, Rosmah diketahui mempunyai cita-cita yang tinggi.

Malah seorang kenalan sekolah beliau semasa belajar di Kolej Tunku Kursiah mengatakan Rosmah pernah mendabik dada bahawa beliau pasti akan berkahwin dengan seorang Perdana Menteri pada satu hari kelak!

3 Responses to “ROSMAH GANTI KHAIRY!”

  1. Rokiah Yatim Says:

    Salam,

    Disini saya ingin memohon maaf sekiranya apa yang akan saya catatkan di sini, menyingung hati sesiapa sahaja.Mungkin ramai lagi yang ingin meluahkan apa yang tersirat, saya hanya seorang rakyat yang tidak mempunyai kepentingan apa2 tentang apa2 yang telah di buat oleh kerajaan, apa yang ada dan dapat itulah yang saya terima.
    Kerana mana2 pemimpin pun tetap mempunyai buruk baiknya. saya nampak kelemahan pemimpin sekarang. Tetapi seperti yang saya katakan tadi…kuasa semuanya di tangan pemimpin, banyak yang kurang dan sudah nampak masaalah makin banyak. Orang2 tertentu semakin hidup senang yang lain2 puas atau tidak puas hati…terpaksa menerimanya.

    Saya sebagai rakyat Malaysia, yang ingin keamanan, keadilan ekonomi dan stabil dalam semua hal. Saya memahami semua orang ingin berjuang untuk semua. Kadang2 perjuangan kita terpesong, maaf sekali lagi.Jikalau mahukan perjuangan ini lebih baik dan sampai kepada objektifnya, mohon dapatlah disasarkan ke arah yang baik. Saya memahami susah untuk memmemperjuangkan perjuangan ini dengan bermacam2 suara media lain, tetapi haruskah menunjukkan sikap yang negatif.

    Tentang kejadian di Dewan2 Rakyat dan Parlimen. Saya memohon sekiranya dapatlah sekiranya Pejuang2 ini bersifat sopan dan menghormati undang2…bukan sebelah pihak sahaja tetapi kedua2nya. Malu rasanya saya melihat pejuang2 yang kesemuanya berpelajaran tinggi tetapi bersikap demikian, terutama oleh anak2 kita.Datuk Seri Anwar lebih memahami masaalah ini, sewaktu beliau berkhidmat dulu, saya amat menyanjungi beliau, sehingga kini, masih menaruh harapan beliau membuat perubahan. Saya pasti semua yang terjadi di luar kawalan Datuk Seri…Pejuang2 ini akan membuatkan perjuang Datuk Seri, musnah dengan sikap2 negatif mereka. Saya memohon dapatlah Datuk Seri membimbing Pejuang2 ini yang bersikap lebih sopan, tunjukkan sikap positif dan beradap sopan. Tidak perlu terjerit2 (maaf). Saya juga inginkan Pejuang2 yang mampu memakmurkan negara dan inginkan anak2 kita melihat sikap2 positif tentang Pemimpin mereka.

    Saya memohon maaf sekali lagi tentang apa yang saya catatkan ini.

  2. Tipu Melayu, tipu rakyat « Says:

    […] Yassin yang menjaga Kementerian Pendidikan takut terkecut-kecut kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang dipaparkan secara implicit dalam laporan media-media arus perdana sebagai sangat […]

  3. Tipu Melayu, tipu rakyat « Dewan Pemuda PAS Sarawak Says:

    […] Yassin yang menjaga Kementerian Pendidikan takut terkecut-kecut kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang dipaparkan secara implicit dalam laporan media-media arus perdana sebagai sangat […]


Leave a comment