TAHNIAH KEPADA KETUA CABANG CHERAS YANG BARU, SAUDARI FELICIA LING

10517_1139506241620_1046323726_1410855_1089175_nWanita Keadilan mengucapkan shabas dan tahniah kepada Saudari Felicia Ling kerana telah dipilih sebagai Ketua Cabang Cheras yang baru. Pemilihan ini dibuat menerusi satu mesyuarat pemilihan yang telah diadakan pada 12 Sepetember, 2009. Pemilihan ini telah membuktikan bahawa parti sudah semakin matang dalam membuat penilaian dan keputusan di mana isu gender tidak lagi dijadikan kayu pengukur terhadap tahap kepimpinan seseorang. Wanita Keadilan amat berbesar hati dengan pemilihan Saudari Felicia
dan diharapkan beliau dapat mengemudi Cabang Cheras ke mercu kejayaan. Tahniah Saudari Felicia!

‘Wanita Berdaya, Harapan Negara’

CERAMAH PEMAKANAN IBU MENGANDUNG – Dr Suraya, Wanita Perlis

Majlis Ceramah Pemakanan Ibu Mengandung telah diadakan pada 13 September 2009 jam 9 pagi hingga 2 ptg bertempat di pusat bersalin Dr Suraya, Kangar Perlis. Seramai 30 orang ibu mengandung telah hadir bersama suami masing-masing. Ceramah telah disampaikan oleh Dr Suraya Sudin serta pakar pemakanan jemputan. Cenderahati kelengkapan ibu juga turut diberikan. Turut hadir sama ialah Ajk Wanita PKR Negeri.

ceramah ibuceramah ibu 3ceramah ibu 4ceramah ibu 5

Kenyataan Media Bersama Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat

Kenyataan Media Bersama

Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Jawatankuasa Wanita

Dalam Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat

Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak                                         12 September 2009

Kekerasan seksual dalam apa jua bentuk mesti ditolak

Lontaran berunsur ugutan dan ancaman untuk melakukan keganasan ke atas YB Rodziah Ismail ketika majlis dialog di antara Kerajaan Negeri Selangor dan penduduk Seksyen 23, Shah Alam oleh mereka yang hilang pertimbangan untuk bersikap terbuka dan beradab dalam sebuah majlis dialog amatlah tidak wajar sama sekali.

Lontaran-lontaran sedemikian merupakan suatu kesalahan menurut undang-undang negara dan berlawanan dengan ketetapan konvensyen mengenai penghapusan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia (CEDAW).

Mereka yang bertanggungjawab dan dikenalpasti mengugut-cerca YB Rodziah Ismail mestilah disiasat dan dihukum jika didapati bersalah.

1.         YB Puan Hjh Wan Ubaidah bt Omar

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Kesihatan.

2.         YB Lydia Ong Kok Fooi

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang

Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.

3.         YB Puan Hajah Siti Aishah Haji Ghazali

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Keluarga, Wanita

dan Kebajikan.

4.         YB Mohd Zainuddin Mohd Yusof

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan  Negeri Perak

RODZIAH ISMAIL LODGING POLICE REPORT VIDEOs

RODZIAH ISMAIL

In support of Rodziah Ismail, NURIDAH SALLEH (Ketua Muslimat PAS)

In support of Rodziah Ismail, HANNAH YEOH (DAP)

MPs, Aduns, leaders of Pakatan Rakyat and Cuncillors

Kenyataan Media: Rodziah Ismail

Kenyataan Media

ADUN BATU TIGA
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita,
Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan,dan
Timbalan Ketua Wanita KEADILAN

Shah Alam, 11 September 2009 : Hari ini saya membuat laporan polis terhadap ugutan rogol yang dilemparkan kepada saya ketika dalam Majlis Dialog di antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan Kerajaan Negeri Selangor pada 5hb September lalu di MBSA, Shah Alam.

Adalah bukan hasrat saya untuk memanjangkan isu ini kerana fokusnya adalah isu sebenar yakni pemindahan kuil Seksyen 19, namun keputusan ini dibuat setelah hampir seminggu berlalu kerana kegusaran tentang keselamatan diri saya, keluarga serta pegawai saya makin hari makin bertambah memandangkan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini.

Saya telah hadir sebagai salah seorang panel dan wakil rakyat Dun Batu Tiga bagi menyelesaikan isu pemindahan kuil, namun telah menerima kata-kata kesat dan ugutan rogol daripada mereka yang cuba menimbulkan kekecohan dalam majlis tersebut.

Antara kata-kata kesat terhadap saya yang dikenalpasti ialah;

“Jalang!”
“Rodziah mengalahkan pelacur!” “Pelacur lebih baik dari kau!”
“Babi!”
“Sundal!”
“Kau jangan bersuara, Rodziah!”
Lemparan kata,”Aku akan rogol kau, Rozdiah!”

Intimidasi ini jelas adalah untuk memburukkan nama dan menghina saya. Saya berasa amat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir mereka ini sehingga merasakan keselamatan dan kehormatan diri saya terancam.

Kerisauan saya ialah: jika saya seorang Adun dan EXCO Kerajaan Negeri boleh dilemparkan kata-kata kesat and ugutan sebegini, apakah wanita-wanita lain akan terasa selamat menghadapi atau berurusan dengan mereka yang seperti itu?

Kekecohan yang ditimbulkan sepanjang sesi penerangan daripada Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Dato’ Bandar dan saya sendiri selaku ADUN Batu Tiga juga memperlihatkan sikap tidak hormat kepada majlis tersebut serta pemimpin kerajaan negeri.

Kelakuan liar kumpulan kecil ini telah merosakkan majlis yang bertujuan untuk membuka ruang kepada penduduk berdialog secara berhemah. Tindakan mereka ini jelas bukan untuk berdialog tetapi mencemarkan kerajaan negeri dan nama individu atas agenda politik tertentu.

Selain klip video, ungkapan-ungkapan tidak bermoral itu telah didengar dan disaksikan oleh ramai penduduk, wartawan, dan para petugas keselamatan MBSA yang telah hadir melihat sendiri gelagat segelintir mereka yang memporak-perandakan majlis secara sengaja.

Kedurjanaan yang menganjur keburukan, membudayakan unsur keganasan, seksisme, dan menakut-nakutkan orang lain serta merosakkan keharmonian sesama insan yang telah ditunjukkan oleh golongan tersebut wajar diperangi dan dibanteras sehingga rakyat, khususnya wanita dikembalikan nikmat rasa selamat dan aman di mana-mana saja mereka berada.

Rodziah Ismail
ADUN BATU TIGA
Merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita
Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, dan
Timbalan Ketua Wanita KEADILAN

———————————————————————————————————
Bergambar di hadapan Balai Polis Shah Alam, Seksyen 11

Kelihatan hadir bersama Rodziah Ismail, Ketua AMK Selangor, Jonah, EXCO-EXCO Wanita KEADILAN, Haniza Talha, Yogeswari, Fairouze, Salmah Ismail, Rozaini Mohd Rosli, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Dr Mariah (PAS), Ketua Muslimat PAS, Nuraidah Salleh, Hannah Yeoh (DAP), Khalid Samad, Elizabeth Wong dan Gan Pei Nei.   Juga beberapa Ahli Majlis Shah Alam.

Kenyataan Media Ketua Wanita KEADILAN menyokong Kenyataan Rodziah Ismail:

Kenyataan Media

Ketua Wanita KEADILAN                                                                              11 September 2009

Memerangi Budaya Durjana yang Mencabul Hak dan Maruah Wanita

Wanita KEADILAN mengutuk gelagat segelintir penduduk yang telah merosakkan majlis dialog antara penduduk Seksyen 23 dan Kerajaan Negeri Selangor, Darul Ehsan pada 5 September 2009 lalu.

Perlakuan mereka yang tidak tahu malu telah memalukan Malaysia di mata dunia.   Bahkan tindakan dan lemparan kata-kata ancaman dan celupar mereka boleh ditafsirkan sebagai jenayah keganasan seksual terhadap Adun, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita,

Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Selangor, Darul Ehsan, Rodziah Ismail yang juga Timbalan Ketua Wanita KEADILAN.

Wanita KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun segelintir penduduk dari Seksyen 23 di Majlis Dialog tersebut.   Tindakan mereka bertujuan mencemar maruah Rodziah Ismail secara batil dan menghalang beliau daripada menyampaikan penjelasan yang tepat kepada seluruh wakil penduduk Seksyen 23 mengenai isu perpindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Wanita KEADILAN menyokong penuh laporan polis yang dibuat oleh Rodziah Ismail dalam memelihara keselamatan beliau dari sebarang ancaman yang telah dilemparkan dan memberi isyarat yang lantang kepada pelaku-pelaku budaya durjana bahawa budaya durjana yang mencabul hak dan maruah wanita Malaysia mesti diperangi habis-habisan.   Pendurjana mesti di bawa ke pengadilan, dihukum  dan tidak mengulangi perbuatan durjana mereka itu.

Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN

Roziah Ismail to logde Police Report today 11 September

Rodziah to lodge police report on rape threats


Written by The Edge FInancial Daily
Friday, 11 September 2009 00:01

KUALA LUMPUR: Selangor state executive councillor and Batu Tiga assemblywoman Rodziah Ismail will be lodging a police report today on a rape threat that was made against her during a chaotic dialogue between the Selangor state government and the residents of Section 23 in Shah Alam on Sept 5.

“Anarchist behaviour and hurling profanities are unbecoming of a civilised society. Psychological abuse in whatever form and threats of abuse and sexual molestations must be promptly eliminated,” said Rodziah’s aide, Rozaini Mohd Rosli, in an email statement yesterday.

She said the report would be lodged at the Shah Alam police headquarters in Section 11.

The dialogue session took place amid the Section 23 residents’ protest against the relocation a Hindu temple to their area. Since then, the residents have agreed to the relocation to a second site, also in Section 23.

Six men have been charged with sedition for being part of the cow-head protest against the relocation to the temple. They were also charged with another six men for taking part in an illegal assembly.

Kenyataan Media Ketua Wanita KEADILAN: Masalah Kaum Penan Tidak Selesai

Kenyataan Media
Ketua Wanita KEADILAN                                                                                                                                          8 September 2009

LAPORAN PENYIASATAN DAKWAAN PENDERAAN SEKSUAL TERHADAP WANITA KAUM PENAN TIDAK AKAN SELESAI MASALAH

Wanita KEADILAN ingin merakamkan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Faizah Md Tahir yang telah menemui dan memberikan kerjasama kepada rombongan Wanita KEADILAN bagi mendapatkan Laporan oleh Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak yang diketuai oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizal Abdul Jalil.

Laporan tersebut telah diperoleh semalam, Selasa 8 September 2009.   Wanita KEADILAN telah dengan serta-merta menghebahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada aktivis yang membela keadaan kaum Penan di Sarawak.

Penelitian terhadap Laporan tersebut telah mendapati bahawa matlamat untuk menyediakan pelan tindakan menangani secara khusus bagaimana untuk mengelakkan jenayah rogol dan penderaan seksual terhadap wanita, gadis dan anak-anak perempuan kaum Penan dengan sewenangnya dari terus berlaku tidak tercapai.

Laporan tidak menyebut peranan khusus yang harus dimainkan oleh pihak polis di Sarawak dalam pelan tindakan untuk menghentikan pencabulan seksual ke atas wanita dan gadis kaum Penan .

Sikap acuh tak acuh dan tidak mesra kaum Penan Polis Sarawak telah memburukkan lagi keadaan bagi keselamatan kaum Penan, khususnya wanita dan gadis.   Kenyataan Ketua Polis Bahagian Jenayah, ACP Huzir Mohamed bahawa PDRM Sarawak tidak mempunyai peruntukkan untuk misi bersama NGO untuk terus menyiasat dakwaan mengenai kes rogol wanita dan gadis Penan sungguh menghampakan.

Janji Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kepada Penan Support Group pada 02.01.2009 bahawa PDRM bersetuju untuk mengadakan siasatan bersama dengan bantuan NGO pula belum menghasilkan sebarang tindakan.

Wanita KEADILAN juga kesal bahawa tiada usaha untuk membawa mereka yang bersalah (yang telah dikenalpasti menurut Laporan) melakukan penderaan seksual terhadap anak-anak, yang semuda usia 10 tahun, sehingga ada di antaranya berulang kali hamil dan melahirkan anak, tidak dibawa ke muka pengadilan.

Wanita KEADILAN mengutuk syarikat pembalakan yang telah jelas sama sekali mengabaikan tanggungjawab sosial mereka dalam memelihara cara hidup, maruah dan kesejahteraan kaum Penan.   Perbuatan pekerja syarikat pembalakan yang mencabul kehormatan wanita kaum Penan merupakan suatu kehinaan yang bersifat kehaiwanan.    Malaysia tidak memerlukan syarikat-syarikat sedemikian yang bersifat rakus beroperasi hanya untuk kepentingan material dan keuntungan wang ringgit yang membawa padah kepada rakyat.

Apakah keuntungan berbilion ringgit mereka tidak dapat dikongsi dalam membangunkan infrastruktur dan usaha-usaha menjamin keselamatan kaum Penan di mana mereka membalak?

1Malaysia PM, Najib Razak makin jauh meleset kerana wujud berbagai golongan rakus yang tidak memperdulikan golongan yang lemah di Malaysia.

Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat