Bersama Pimpinan Kedah

Ketika ini rombongan lawatan kerja Ketua Wanita sedang bersama pimpinan Perhubungan Negeri dan Wanita Kedah.

Ketua Perhubungan Negeri Kedah, Ahmad Kassim menegaskan bahawa KeADILan akan memantapkan parti keadilan Rakyat sebagai sebuah parti berbilang bangsa.
Dari Kiri: Ketua Wanita Kedah, Salma Ismail, ketua Perhubungan Negeri Kedah, Ahamd Kassim, Ketua Wanita Keadilan Pusat, Zuraidah, Naib Ketua Wanita Pusat, Noorsham Abu Sabah:

Dan utuh berpegang pada prinsip keadilan.  Keadilan Teras Rakyat Sejahtera.

Pengukuhan kedudukan ekonomi dan kesatuan aliran pemikiran dan amal akan memantapkan KeADILan Kedah, seterusnya Pakatan Rakyat negeri dan di peringkat nasional.

Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin telah menyampaikan visi dan misi Wanita untuk bersama-sama dikongsi oleh pimpinan Perhubungan Negeri Kedah dan di bahagian-bahagian.

Menziarahi pesakit di Flat Paya Nahu

Ketika menanti bas di stesen bas Jalan Duta, jam 12.00tgh malam:


Advertisements

Sexism in Malaysian Parliament

Seksisme dalam Parlimen Malaysia

oleh Rozaini Mohd Rosli

Suara Keadilan 28 Jan – 4 Feb 2009

Seksisme (sexism) adalah usaha atau tindakan, sama ada secara sedar atau tidak, yang merendah-rendahkan martabat dan status wanita.

Dalam negara yang mendokong demokrasi, pemikiran berunsurkan seksisme menafikan peluang dan hak wanita dalam pelbagai perkara dan bidang, khususnya dalam proses membuat keputusan yang terbaik untuk negara dan masa depan rakyat Malaysia di mana 50% daripada penduduknya adalah terdiri daripada wanita. “Itu dikira sebagai suatu defisit dalam demokrasi yang meminggirkan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran wanita dalam bidang-bidang yang diceburi dan diterajui mereka,” kata Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin.

Sebelum ini, Wanita KeADLan telah beberapa kali mengutarakan keburukan-keburukan seksisme dan pemikiran yang berkaitan dengannya. Seksisme mesti ditangani dengan tegas dengan denda-denda yang setimpal, khususnya jika ia berlaku di Parlimen, yang menuntut pertuturan, bicara dan tindakan yang mulia.


Mereka yang mengeluarkan kenyataan atau ungkapan-ungkapan yang seksis terbit daripada Ahli-Ahi Parlimen, khususnya daripada BN dalam persidangan-persidangan di Dewan Rakyat. Insiden-insiden seperti yang berlaku pada 9 Mei, 2007, di mana insinuasi berbau seksis daripada dua orang Ahli Parlimen, Radin Bung Mokhtar (BN-Kinabatangan) dan bekas Ahli Parlimen, Mohd Said Yusuf (BN-Jasin) terhadap wakil rakyat Batu Gajah, Fong Po Kuan, serta kes membabitkan Ahli Parlimen (BN-Pasir Salak), Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini.

Tegas Zuraida Kamaruddin, insiden-insiden yang mencemar maruah wanita di Parlimen mencerminkan defisit dalam penghayatan sensitiviti gender di kalangan wakil-wakil rakyat, malah memperlihatkan keadaan buta gender.

Situasi sedemikian mengunjurkan suatu natijah yang membimbangkan bilamana para wakil rakyat dituntut untuk menggubal dasar-dasar yang mengesani 50% daripada penduduk Malaysia yang terdiri dari wanita; kebimbangan bahawa perspektif dan keperluan wanita dialpakan, secara sedar atau tidak, dalam perbincangan menggubal dasar-dasar negara kerana wujudnya pemikiran seksis sedemikian.

“Berbagai pihak, khususnya daripada kalangan Wanita KeADILan sendiri telah lama mengutarakan agar tindakan tegas diambil terhadap wakil-wakil rakyat yang cuai dalam memelihara sensitiviti gender dalam persidangan-persidangan di dalam atau pun di luar Parlimen,” kata Zuraida.

Antara yang telah dicadangkan ialah menggantung status Ahli Parlimen selama enam bulan, didenda dengan melaksanakan khidmat sosial kepada organisasi wanita selama enam bulan, menderma elaun Parlimen yang diperoleh kepada organisasi wanita, menyatakan maaf kepada mangsa seksisme. Sekiranya enggan, khidmat sosial dalam organisasi wanita itu dilanjutkan sehingga 12 bulan.

Kata Zuraida Kamaruddin lagi, “Kenyataan-kenyataan pemimpin wanita MCA dan Menteri di Jabatan Perdadna menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz baru-baru ini dalam soal seksisme ini bukanlah sesuatu yang baru. Dalam keadaan di mana BN boleh membawa perubahan segera di Parlimen mengenai isu tersebut, ia tidak berlaku. Bahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat memberi ketetapan (ruling) yang tidak memberi keadilan kepada mangsa seksisme dan pemangsa atau pesalah terus bebas, terlepas daripada sebarang denda, termasuk tuntutan memohon maaf dari mangsa seksisme.”

Seksisme yang berpunca daripada sifat dan pemikiran yang ingin mendominasi yang lemah akan menghasilkan dasar dan peraturan-peraturan yang seksis juga. Ia mendiskriminasi wanita dalam semua aspek dan wanita akan dipinggirkan dalam kebanyakan bidang, khususnya dalam proses membuat keputusan. Pendiskriminasian tersebut akan memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan wanita dan secara tidak langsung juga akan memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia yang kebanyakannya dipelihara dan dididik oleh wanita.

Zuraida Kamaruddin menyeru agar sekalian wanita dan lelaki, khususnya Ahli-Ahli Parlimen agar bergandingan dalam memastikan seksisme hapus sepenuhnya di Parlimen Malaysia. Perbezaan parti mesti diketepikan demi menjamin kedudukan mulia wanita yang telah diiktiraf oleh konvensyen-konvensyen dan badan-badan dunia.

“Kaukus Parlimen Wanita perlu segera aktif semula dalam mengarusperdanakan gender, sekali gus melenyapkan sebarang bentuk seksisme, khususnya di Parlimen,” kata Zuraida.

Undang-undang bagi mengawal daripada berlakunya seksisme juga perlu dititik beratkan.

Idealisme politik Pakatan Rakyat sewajarnya menjadikan Negeri-negeri Pakatan Rakyat contoh terbaik dalam menangani isu seksisme ini.

Amalan diskriminasi gender guru, Kementerian Pelajaran Malaysia

Seorang calon wanita yang memohon jawatan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) telah dinafikan hak untuk diambil bekerja hanya kerana beliau sedang hamil. Insiden sedemikian mengukuhkan pengamatan bahawa gender mainstreaming di Malaysia terus gagal. Kegagalan itu telah meneruskan diskriminasi terhadap sebahagaian wanita di negara ini.

Perlembagaan mengenai pemberian hak kepada warganegara tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, tempat lahir atau gender (Perlembagaan Malaysia, Perkara 8[2]) hanya berupa tulisan-tulisan di atas kertas yang tidak memberi sebarang perlindungan yang bermakna kepada rakyat yang benar-benar memerlukannya. Lebih memburukkan adalah bilamana pelaku terhadap pelanggaran hak perlindungan itu ialah pihak agensi kerajaan sendiri, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Pejabat Pelajaran Daerahnya (PPD). Kerajaan sememangnya tidak acuh dalam meratakan pengetahuan dan penghayatan kesensitifan gender di kalangan masyarakat dan dalam pentadbiran kerajaan.

Malaysia, sebagai penandatangan (signatory) kepada CEDAW (UN Convention for the Elimination of All Forms of Discrimination against Women), selama ini telah dicanangkan sebagai komited dalam menghormati hak wanita Malaysia. Perkara 11 dalam Konvensyen tersebut menuntut setiap negara agar mengambil segala langkah ke arah menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita dalam bidang pekerjaan bagi memastikan keadilan sebagai hak asasi sejagat untuk semua manusia berlaku.

Noorfadilla Ahmad Saikin telah ditawarkan sebagai guru di bawah skima GSTT sembilan hari selepas menghadiri temuduga berkenaan pada 2 Januari lalu. Beliau telah diminta hadir untuk mengambil butiran penempatan sekolah di PPD, Hulu Langat. Sebaik sahaja diberitahu bahawa beliau sedang hamil tiga bulan, pegawai yang bertugas terus menyatakan bahawa pemohon yang hamil sepatutnya tidak boleh memohon GSTT. Tiada alasan yang logik dikemukakan dan tiada pula tercatat di mana-mana dokumen permohonan tentang syarat bahawa pemohon hamil tidak dibenarkan memohon pekerjaan tersebut. Jelas sebagaimana yang disebutkan oleh Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Pheng, bagi wanita yang dinafikan hak untuk diambil bekerja hanya kerana mereka sedang hamil adalah tidak adil, khususnya bagi mereka yang benar-benar berminat dalam profesion perguruan.

Mengapa ketidakadilan seperti ini tetap berulang dalam pentadbiran kerajaan? Kecuaian kerajaan BN dalam memastikan hak wanita terbela pada setiap ketika, tempat, masa, dan keadaan amatlah menghampakan. Apakah Wanita Malaysia sekarang ini sentiasa boleh mengharapkan kerajaan Malaysia untuk memelihara dengan baik dan berkesan hak-hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan dan Undang-Undang serta Konvensyen Antarabangsa?

Wanita KeADILan menggesa Perdana Menteri, Abdullah Badawi untuk mengarahkan kesemua peringkat pentadbiran negara, khususnya Kementerian Pelajaran agar menghapuskan dengan serta-merta segala amalan diskriminasi gender bagi mengotakan komitmen beliau untuk menamatkan ketidakadilan yang berunsurkan gender.

Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat
28 Januari 2009

____________________________________________________________

Sebarang pertanyaan mengenai kenyataan media di atas,sila hubungi
Rozaini binti Mohd Rosli 019-8502757, rozainiebbm@yahoo.com

Women and Men at some important places

“Night for the Palestinians”

Chinese New Year Celebration in Klang

Hee Loy San, MP for PJS with significant other:

Xian Nian Hao

Perutusan Tahun Baru Cina 2009

Tahun Baru sudah menjelma.

Masyarakat Tiong Hua merayakannya tahun ini, setelah berlakunya beberapa rentetan peristiwa dan dalam suasana ekonomi global yang tidak memberangsangkan.

Pilihanraya umum 8 Mac 2008 telah menyaksikan pencorakkan pengundian yang jauh berbeza dari keputusan yang diperolehi pada tahun 2004.   Parlimen Malaysia kini meriah dengan adanya 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.   Sepuluh daripada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat adalah wanita.   Kesemua mereka menjaga penjuru masing-masing dalam Dewan Rakyat demi kepentingan rakyat jelata.   Kemenangan juga diraih dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Terima kasih, rakyat Malaysia, khususnya para pengundi Tiong Hua kerana memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

Proses transisi transformasi di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat akan memerlukan sedikit masa. Rakyat juga berperanan dalam memberi maklumbalas terhadap jentera kerajaan-kerajaan negeri dalam rangka memastikan keseluruhan jentera kerajaan mencapai wawasan, misi dan piagam pelanggannya.Terlalu banyak yang perlu diperbetulkan mengenai warisan yang ditinggalkan oleh kerajaan negeri Umno-BN yang lalu, khususnya di negeri Selangor.Pengurusan ekonomi yang lebih telus dan berorientasikan rakyat sepenuhnya sedang dibibitkan agar menjadi budaya di kalangan seluruh jentera dan kakitangan kerajaan negeri, khususnya negeri Selangor Darul Ehsan.

Wanita Malaysia membentuk kira-kira 50% bilangan populasi Malaysia.   Sungguhpun tercatat wanita Malaysia tidak mengalami terlalu banyak permasalahan dalam peluang-peluang ekonomi, pendidikan dan keperluan perkhidmatan kesihatan, masih banyak ruang untuk diperbaiki, terutamanya dalam proses membuat keputusan di berbagai aras. Penglibatan wanita dalam menentukan sesuatu keputusan adalah sebahagian dari perlaksanaan sistem demokrasi. Setelah lebih 20 tahun Dasar Wanita Negara wujud, aspek itu masih belum memenuhi peratus yang dikehendaki. Ahli-Ahli Parlimen wanita masih terlalu rendah bilangannnya, dan bilangan Menteri dalam kabinet kerajaan makin merosot dari masa ke semasa sehingga kini. Status sedemikian perlu diperbaiki agar 50% penduduk Malaysia diwakili dengan baik dan dapat pula difahami dan dijamin kebajikan dan keperluan hakiki mereka dengan baik.

Tahun 2009 telah dibuka tirainya dengan kematian ribuan wanita dan anak-anak Palestin di bumi Gaza. Di beritakan bahawa anak-anak telah ditembak mati dari jarak dekat – suatu kezaliman yang tidak dapat diungkapkan hanya dengan kata-kata. Bilakah unsur-unsur ganas, kehaiwanan ini akan berakhir? Kelesuan dan kebisuan negara Islam, khususnya yang berbangsa Arab, ketika dan selepas Gaza diganyang oleh Zionis Israel, menambah sebak di dada. Sikap kerajaan Mesir yang tidak membuka sempadan bersama Gaza telah dengan sengaja membiarkan rakyat Palestin di Gaza terkepung dan terdedah dengan kezaliman Zionis-Israel secara semberono hati; kazaliman yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah dunia dan kemanusiaannya (sila lihat teks perbahasan Ketua Wanita KeADILan menerusi Parlimen Ampang di Sidang Khas Parlimen 12 Januari lalu, selepas teks perutusan ini).

Wanita KeADILan telah dan akan terus mewarnai perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Dalam perkembangan politik domestik, Wanita keADILan akan terus menjana dan melatih serta menyediakan takungan pemimpin wanita yang bersedia menggarap dan melaksanakan tuntutan reformasi pentadbiran negara. Keadilan yang merata, tanpa mengira parti politik, ras dan agama, adalah menjadi ciri perjuangan.

Dalam kesempatan perutusan Tahun Baru ini, Wanita Malaysia diseru untuk memainkan peranan mereka secara kolektif, bertujuan memberi impak yang berkesan dalam memenuhi berbagai agenda rakyat yang berunsurkan perspektif gender.

Kepada seluruh warga Tiong Hua, Selamat Menyambut Tahun Baru, Gōngxǐ fācái, Xian Nian Hao.

Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita

Parti Keadilan Rakyat

26 Januari 2009

————————————————————————————–

Berikut adalah teks untuk perbahasan di Sidang Khas Parlimen mengenai konflik Israel-Palestin 12 Jan lalu:


Dengan izin, Tan Sri yang di-Pertua,

“Remember the solidarity shown to Palestine here and everywhere… and remember also that there is a cause to which many people have committed themselves, difficulties and terrible obstacles notwithstanding. Why? Because it is a just cause, a noble ideal, a moral quest for equality and human rights.”

–Prof. Edward W. Said (1935-2003)

Seorang ibu menangis tiada henti, meratapi kematian tiga orang anaknya yang menjadi mangsa pengeboman Gaza pada Sabtu, 27 Disember 2008 lalu.

Keganasan Israel itu telah mengorbankan dengan serta-merta 230 kematian dengan kira-kira 800 lagi cedera parah. Pengeboman bertalu-talu selama sepuluh minit itu telah dirancang untuk menghasilkan kerosakkan dan kematian yang maksimum. Bom-bom telah dilepaskan di kawasan-kawasan yang padat penduduk, dikala rakyat Gaza sedang sibuk mengurus tugasan harian mereka, anak-anak dalam perjalanan kembali dari sekolah dan ke kelas-kelas waktu petang, pejabat pula penuh dengan para pekerja dan orang ramai memenuhi jalanan kerana sesuatu keperluan.

Satu setengah juta rakyat di Gaza telah diperdayakan oleh Israel sehari sebelum keganasan itu berlaku dengan pembukaan laluan ke kawasan Gaza yang membawa masuk bantuan kemanusiaan setelah Gaza dikepong dan penduduk Gaza hampir kebuluran, seolah-olah keamanan akan berterusan buat beberapa lama lagi.

Setelah pengeboman yang pertama, Gaza menerima padah yang lebih hebat dari jet-jet pejuang F-16, helikopter yang membawa senjata dan bom, kereta kebal, kenderaan bersenjata buatan Amerika yang sehingga kini mencatatkan hampir 2000 kematian dan beribu-ribu lagi cedera parah. Beribu-ribu mayat bergelimpangan di jalanan dengan anggota-anggota badan yang entah ke mana.

Gambaran yang menyayat hati ini tidak akan lenyap kerana konflik Palestine-Israel telah berlarutan lebih lima dekad dan tiada nampak penyelesaiannya. Jelas sudah bahawa Israel akan berkeras sehingga seluruh Palestine dikuasai di bawah telunjuk Israel.

Lebih parah bila Palestine tiada sokongan yang benar-benar boleh membela Palestine. Negara-negara Arab yang utama dan OIC berdiam diri, hanya melihat segalanya – bisu, pekak dan buta, seperti kenyataan Dr Syed Ali Tawfik al-Attas, Pengarah IKIM .

Tidak perlulah mempertikaikan sangat soal Presiden Obama yang juga membisu dan tidak mendengar jeritan rakyat Palestine yang tersiksa dan teraniaya kerana bangsa Arab dan sebahagian umat Islam juga bersikap seperti Presiden Obama dalam isu pengeboman Israel ke atas Gaza.

Apa yang sedang dan akan berterusan berlaku adalah usaha yang tiada henti Israel untuk menguasai seluruh kawasan yang dahulunya Palestin.

Dalam mempertahankan kedudukan masing-masing, oleh Zionis Israel dan Palestine , terlalu ramai nyawa yang telah terkorban dan akan terkorban – nyawa-nyawa manusia tidak ada nilainya sama sekali dalam percaturan politik dalam konflik Palestin-Israel. Itu adalah pertanda kemusnahan terhadap nilai-nilai kemanusiaan yang harus dipegang utuh oleh mana-mana pemimpin di dunia ini dalam usaha menyelamatkan umat manusia, nyawa, keturunan, dan harta-benda mereka.

Keadaan sebenarnya sudah tidak terkawal kerana tiada yang ingin mengawalnya.

Perkiraan politik dalam konflik Israel-Palestin telah melenyapkan rasa belas kasihan kepada anak-anak dan mereka yang lemah; kapal dan kapalterbang perang sewenangnya memusnahkan tempat-tempat awam, hospital, sekolah, masjid, kediaman dan melumpuhkan kemudahan bekalan air dan letrik.

Dengan izin Tan Sri Yg di-Pertua, it is the death of humanity. Terbungkamnya kemanusiaan, bila kehebatan teknologi dan ketenteraan satu bangsa digunakan untuk melumpuhkan segala keupayaan bangsa lain yang ternyata lemah. Dan keadaan sedemikian hanya ditonton tanpa bicara dan tiada tindakan sepakat yang segera untuk memberhentikankannya oleh mereka yang berkuasa di dunia ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, apakah yang boleh dibuat oleh Malaysia ?

Apakah yang belum dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum ini untuk mencari jalan penyelesaian konflik Israel-Palestine ini?

Segala keganasan yang dirakamkan adalah seperti ritual yang akan berlaku berulangkali di masa-masa mendatang.

Apakah daya masyarakat dunia untuk menundukkan kezaliman yang ditunjukkan oleh Israel ke atas Gaza yang lemah? Dengan izin, The Arab and international responses to the killings can only serve as a reminder of how ineffectual and irrelevant, if not complacent their timid mutterings are, kata-kata dari Ramzy Baroud, penulis dan editor PalestineChronicle.com. Yang sangat menghairankan lagi ialah bila Penguasa Palestin, President Mahmoud Abbas, telah menyalahkan Hamas di atas keganasan Israel, kerana tidak menepati perjanjian gencatan senjata! Tidakkah dia tahu bahawa Hamas telah memberhentikan dengan izin, suicide bombing sejak 2005? Dan Israel pula tidak mengendahkan langsung kerjasama yang diperlukan dalam membawa masuk bahan-bahan keperluan, makanan dan perubatan kepada rakyat Gaza sehingga mereka mengalami kekurangan bahan-bahan tersebut? Dan Israel juga telah melancarkan serangan di awal Disember, bertindak di atas alasan bahawa mereka menerima maklumat mengenai kononnya, ada misi rahsia Hamas?

Tan Sri Yang di-Pertua

Sekali lagi apakah yang boleh dibuat oleh Malaysia?

Kedegilan Israel dengan disokong oleh AS dan kuncu-kuncu mereka akan melebarkan dan memastikan kesinambungan keganasan dan perlanggaran terhadap Hak-Hak Asasi Manusia dan Konvensyen-Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu dalam konflik Israel-Palestin.

Begitu juga tiada apa-apa yang konkrit yang boleh diharapkan dari negara-negara Arab dan OIC.

Malaysia wajar memimpin, sebagai sebuah negara Islam, proses menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Cadangan menwujudkan blog anti-Zionis perlu diwujudkan segera haruslah diambil serius. Malaysia wajar segera merapati dan menggabungkan negara-negara yang vokal dalam hal soverignty dan Hak Asasi Manusia seperti Venuezuela, Indonesia, Turki, Thailand dan lain-lain dalam usaha mewujudakan blog anti-Zionis itu.

Negara China dan Rusia juga seharusnya segera diajak bersama.

Malaysia harus berada dengan izin, di frontline memberi penekanan politik di peringkat antarabangsa dan dengfan izin, regional dalam menangani konflik Israel-Palestin.

Malaysia boleh juga memainkan peranan menggabungkan badan-badan bukan kerajaan seluruh dunia yang menentang kezaliman Israel.

Pemboikotan barangan Amerika oleh gabungan anti-Zionis dikala negara itu sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk akan memberi kesan yang hebat dalam memberi tekanan terhadap AS untuk lebih adil dan tidak tunduk kepada dengan izin, lobby Israel.

Tumpuan ekonomi dan hubungan dagangan pula dialihkan kepada pakatan lain seperti European Union.

Rakyat Malaysia tentunya menyokong usaha yang sudah sekian lama tertunda ini.

Apa yang diperlukan sekarang ialah kesanggupan politik untuk melaksanakannya.

Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
(merangkap Ketua Wanita KeADILan)
12 Januari 2009

Any schoolday could be fatal

Anwar Ibrahim: Siasat Kematian Kugan Ananthan(dikemaskini)

KENYATAAN MEDIA
Kuala Lumpur, 23hb Januari 2009

Siasat Kematian Kugan Ananthan

Insiden kematian seorang pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika masih ditahan sangat mengejutkan. Kematian Kugan Ananthan 22 tahun mengingatkan kita kepada insiden M. Ulaganathan, juga mati ketika masih ditahan polis. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian M. Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian dan pengabaian melampau pihak polis. Berulangnya insiden seperti ini pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak polis sebagai sebuah institusi keselamatan.

Bagi memastikan keyakinan rakyat dipulihkan, saya menuntut agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan. Foto serta bukti yang menunjukkan adanya kecederaan pada si mati sudah tentu membangkitkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan institusi polis memulihkan kembali kewibawaannya.

Saya selaku ahli parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, komited untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat kelak. Beserta dokongan rakan-rakan ahli-ahli parlimen lainnya kami akan mencari jalan untuk meningkatkan tahap profesionalisme pihak polis serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi keselamatan tersebut.(tamat)

————————————————————————————-

Kugan’s family tells of anguish, anxiety
Andrew Ong | Jan 24, 09 3:50pm

For six days following A Kugan’s disappearance on Jan 14, his family members had sleepless nights searching for him but it was all in vain.

MCPX

On Jan 20, their worst fears were realised when a patrol car pulled up in front of a relative’s home in Puchong, to inform them that Kugan had died under police custody.

kugan house 230109 parents at altar“Why? Why couldn’t they just call us when he was arrested? But when he died, they seemed to know how to find our house,” said Kugan’s father G Sandaran when met at his relative’s home in Puchong today.

Kugan is the latest victim of death while in police custody, allegedly due to assault. The police had claimed that Kugan was a suspected car thief and there was no foul play involved in his death.

Relatives told Malaysiakini that they last saw Kugan on Jan 14 at about 7pm and never heard from him again.

His aunt, S Renuga, 31, recalled on that evening she received an anonymous phone call informing her that Kugan had been arrested but details were sketchy.

“I could not sleep that night. We searched from one police station to another looking for him but everywhere we went, they said he was not there,” she said.

The following morning, Renuga got even more anxious when two plainclothes policemen came to her home at 6am looking for Kugan.

“They said they were from D9 (serious crimes unit). They were very fierce and they wanted to know who Kugan’s friends were,” she said, adding that she had no knowledge of the deceased’s friends.

No criminal record

Renuga is close to Kugan because the latter frequently visited her husband who was his business partner. Kugan used to help his uncle tows cars for an insurance company.

kugan house 230109 relatives at altarWith two jobs to manage, Renuga and Sandaran are both convinced that Kugan had no time for criminal activities, as alleged by the police, especially since the deceased never had a criminal record.

“Every sen he earned was legitimate. He has been learning how to fix cars since his secondary school days. His hobby was modifying cars, not stealing them,” said Sandaran.

“But now, the first time he was arrested, he was killed,” Renuga was quick to add.

Sandaran said he was extremely suspicious because of the numerous injuries found on Kugan’s body and the statements made by Selangor police chief Khalid Abu Bakar.

Kugan’s family has ruled out death due to illnesses because he never had any medical conditions.

kugan death protest 210109 posters 03Sandaran vowed to pursue the matter until those responsible for his son’s death are brought to justice, though his immediate concern was to see that a second post-mortem is conducted and burial rites are performed quickly.

“I hope this never happens to another Malaysian, especially an Indian. The Indians are the largest number of people who die at the hands of the police,” he said.

Sandaran also denied police and media accusations that a ‘mob’ had barged into the Serdang hospital mortuary on Jan 20 to claim Kugan’s body.

“They (hospital attendants) opened the door for us. The door can only be opened from the inside,” he said.

Khalid had earlier claimed that Kugan died from having ‘fluid in his lungs’ and that his family had barged into the hospital mortuary.