Keganasan seksual terhadap wanita dan gadis minoriti Penan, Sarawak

Kenyataan Media

25 Jun 2009

 

Keganasan seksual terhadap wanita dan gadis rakyat minoriti Penan, Sarawak

Wanita KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya kejadian penderaan seks dan rogol keatas wanita, gadis dan anak-anak perempuan Penan di Sarawak.   Ia mempamerkan bahawa di Malaysia masih wujud era kegelapan yang kekontangan sama sekali sifat kemanusiaan yang dikehendaki dalam memelihara keselamatan dan kehormatan golongan yang lemah, lebih-lebih lagi terhadap kaum minoriti.

Laporan pertama mengenainya terbit pada bulan September 2008 lalu.   Ia telah dilaporkan oleh Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di Switzerland.  

Sehingga kini, rakyat Malaysia masih menunggu hebahan mengenai laporan penyiasatan yang telah lengkap disediakan pada pertengahan bulan November 2008 oleh task force berkenaan, seperti yang dijanjikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu, Dr Ng Yen Yen.   Menteri yang baru, Shahrizat Abdul Jalil baru saja menyerahkan laporan tersebut kepada Jamaah Menteri pada 27 Mei lalu.

 Apakah yang menghalang kerajaan Malaysia untuk menghebahkan laporan penyiasatan tersebut?   Kelewatan yang bertimpa-timpa ini memberi persepsi bahawa ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh kerajaan atau kerajaan tidak ingin membawa ke pengadilan mereka (didakwa pekerja-pekerja syarikat pembalakan) yang telah dikenalpasti bertanggungjawab mengenai pencerobohan dan  keganasan seksual yang keji itu.   Polis Sarawak juga telah didakwa bersikap prejudis atau tidak kompeten dalam menangani permasalahan wanita dan gadis Penan ini.

 Tindakan kerajaan yang berdiam diri mengenai permasalahan ini boleh mengakibatkan kemusnahan sosial masyarakat Penan.   Malaysia sebagai penandatangan CEDAW dan Deklarasi Hak Pribumi Bangsa-Bangsa Bersatu wajar prihatin dan progresif dalam memastikan keselamatan fizikal, mental, maruah dan hak warisan setiap rakyat pribumi minoriti dipelihara dengan utuh.

 Wanita KEADILAN menuntut agar Sharizat Abdul Jalil segera mengedarkan laporan tersebut kepada umum agar dapat diteliti  dan bersama mencari penyelesaian terhadap perlakuan sesuka hati pemangsa dalam penderaan dan keganasan seksual ke atas wanita, gadis dan anak-anak Penan yang lemah itu.  Jika Menteri gagal berbuat demikian, ia seolah-olah membenarkan penerusan perbuatan keji itu oleh mereka yang sama sekali telah hilang sifat kemanusiaannya.

 

Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang

———————————————————————————————-

Make Penan report public, PKR says25 Jun 09 : 4.58PM

By Zedeck Siew
zedecksiew@thenutgraph.com

KUALA LUMPUR, 25 June 2009: The women’s wing of Parti Keadilan Rakyat (PKR) wants the Women, Family and Community Development Ministry to not only release the Penan task force report to the public, but to also table it for debate in Parliament.

“What is stopping the Malaysian government from publicising the report of the investigation? The repeated delays lend to the perception that the government has something to hide,” said PKR Wanita chief Zuraida Kamaruddin at a press conference in parliament today.

Zuraida
Zuraida was commenting on the fact that the Penan task force report was still not available to the public.

Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil has so far not committed to making the report public, only saying that interested parties could go to the ministry to view the report.

“We feel this is not enough. The public has a right to know,” Zuraida said.

The Penan task force was commissioned by former minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen in October 2008. It was despatched to investigate claims that logging company employees were sexually abusing and raping young Penan girls and women.

After almost six months without word, Shahrizat finally revealed the ministry’s plans for the report, telling The Nut Graph that she would submit it to cabinet on 27 May.

Zuraida said she had written to Shahrizat on 23 June 2009, asking for a copy of the report but has not had any reply since.

“The government’s silence on this issue may result in the social collapse of the Penan people,” Zuraida warned.

“Malaysia is a signatory of the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (Cedaw) and the Declaration on the Rights of Indigenous Peoples. We should be concerned and progressive in ensuring the safety and rights of every indigenous minority,” Zuraida added.

Kesihatan: Sejuta Rakyat Malaysia sakit kronik

Bagaimana sekiranya di masa akan datang  jawatan Menteri Kesihatan itu disandang oleh wanita pula …?

Ia dicadangkan bukan sebagai penyelesaian simplistik, tetapi dalam kajian-kajian saintifik, pada umumnya wanita memang berupaya memastikan kebajikan dan sebarang perkara yang berkaitan dengannya terpelihara dengan baik.   Dalam era yang mementingkan profesionalisme yang tinggi, ada wanita yang mampu untuk bekerja secara sistemik dan smart.

Oleh itu barangkali, Menteri Kesihatan, khususnya bila Pakatan Rakyat Memerintah nanti akan dilantik seorang wanita ahli politik sebagai Menteri Kesihatan.

Sebenarnya, jika Kementerian Kesihatan benar-benar berorientasikan kepentingan rakyat, rakyat Malaysia kini sudah menikmati taraf perkhidmatan yang berklas dunia  – dengan pengalaman Umno-BN memerintah negara selama lebih 50 tahun.   Nampaknya sia-sia saja berbilion ringgit hangus kerana perancangan kesihatan rakyat yang entah apa-apa dirancang oleh Umno-BN.   Yang jelas kelihatan ialah penswastaan berbagai perkhidmatan kesihatan yang telah dan akan terus menguntungkan segelintir elit yang rapat dengan mereka yang berkuasa.

—————————————————————————————————————————–

Survey: 1 mil M’sians suffer from chronic pain
Joe Fernandez | Jun 1, 09 1:20pm
One million Malaysians are in various states of chronic pain – back and neck pain, arthritis, cancer, or migraine – which lead to depression, insomnia, fear, or in a constant state of irritability, says a survey.

MCPX

hiv aids sick patient 230507 handsThe recently completed National Health and Morbidity Survey III, conducted by the Public Health Institute under the Ministry of Health, showed that out of the one million aged 18 and above – or seven percent of the population – are chronic pain sufferers.

About 82 percent of these sufferers said pain interferes with their daily lives.

Chronic pain is generally defined as persistent pain which lasts three months or more, or pain that persists after the injury has healed.

Those in chronic pain state would feel suffering, insomnia, anxiety, depression, frustration, suicidal risks and thoughts, fatigue and immobility, etc, said Dr Roland Chia, executive chairman of Rafflesia Medical Centre in Kota Kinabalu.

This can result in being home- or wheelchair-bound, loss of job, family and community status, he added.

Prolonged pain leads to lung collapse

“Studies have shown that there is under-treatment for both acute pain and chronic pain. About 40 to 50 percent of patients in routine practice fail to achieve adequate pain relief,” said Chia after the establishment of Malaysia’s second private pain management clinic (PMC) in Kota Kinabalu last weekend.

hospital patients in bedThe purpose of PMC, he said, is to educate patients that pain was not to be held in themselves but should be controlled and relieved effectively and the sooner the better.

He added that 50 percent of patients had to change physicians to achieve pain relief because the physician was unwilling to treat pain aggressively, did not take patients’ complaints seriously, or had inadequate knowledge about pain treatment.

“At certain times, it was the failure of the patients themselves to ask for pain relief. They bore the pain in the hope that it would eventually heal by itself.”

“The longer patients bear the pain, the higher the risk of complications. This includes higher blood pressure, lung collapse, pneumonia, deep vein thrombosis and chronic pain state.”

Common states of pain noted include back and neck pain, headache, migraine, arthritis, sciatica, post-shingles pain, neuralgias, diabetic nerve pain, muscle bone joint pain, knee and shoulder pain, heel and ankle pain, abdominal pain, ischemic pain, chest pain (rib fracture), facial pain, nerve pain (neuropathic pain) and cancer pain, the last being one of the worst forms.

Malaysia’s second private pain clinic

kota kinabalu hospital patients transferred to beautfort sabah 170309The set-up of PMC in Kota Kinabalu would be Malaysia’s second such private pain clinic. The first was at Sunway Medical Centre in Selangor. Five other such clinics are at government hospitals in Selayang, Ipoh, Kota Baru, Johor Baru and Malacca.

PMC is headed by resident orthopaedic surgeon Dr Choong Leong Tong who acknowledges that pain is the body’s way of alerting that something is wrong. Even so, it is important to prevent pain before it gets a kick start and turn into a state or syndrome of chronic disease.

Because many clinicians presumed they “knew all about pain”, the relief and management of pain was often erratic, inconsistent and inadequate.

“The most important thing is to accept the pain problem and get rid of negative and unhelpful emotions like anger and frustration before moving on to a new future,” said PMC’s visiting Pain Medicine Specialist Dr Murray Taverner from Frankston Hospital in Australia.

The concept of self-management with assistance in dealing with pain consists of a positive attitude in helping patients, followed by medication and if necessary, intervention to help the patient to get the best outcome.

hospital heart surgery patientsActive self-management techniques, according to Taverner, include relaxation, distraction, problem-solving, task simplification and easier, and new ways to do things.

“We can teach the patients how to set priorities, establish goals and how to change the focus away from the pain to what he can do about managing life with the pain. It’s a total turnaround,” he added.

“The simple fact is being fit and active, and continue to be active will keep most people out of a wheelchair. Exercise is really very important – some forms of tai chi, yoga, or meditation helps. It is important to gradually increase the amount of exercise,” said Dr Taverner.

“Many people become very unfit because they are so afraid of injury that they do less and less activity until they do nothing.”

Dr Taverner said that reasonable exercise does not cause injury and “in fact most injury occurs from under activity”.

Selamat Hari Ibu – Ibu Berdaya, Negara Berjaya

Sebaran Media Wanita KEADILAN

10 Mei 2009

Ibu tetap dikenang walaupun tidak lagi bersama sebahagian daripada kita.

Jasa mereka tidak terbalas walaupun seumur hidup kita ingin berbuat sedemikian. Jika ibu tiada, masyarakat akan pincang. Tiada yang akan bersungguh-sungguh memperjuangkan kesejahteraan anak-anak, keluarga dan wanita; lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana negara-negara sedang berperang dan mengalami ketidaksetaraan gender yang memungkinkan berbagai diskiriminasi gender berlaku.

Di negara-negara sedang membangun, setiap minit, seorang ibu akan meninggal dunia ketka melahirkan anak. Puluhan ribu yang lain pula mengalami kecederaan kekal yang mengesani kehidupan mereka sepanjang hayat kerana tidak mendapat rawatan yang sebaiknya.

Jika ibu tiada, anak-anak akan berisiko diabaikan dan didapati berada dijalanan, terdedah kepada berbagai penyakit, ekspolitasi dan dinafikan pendidikan yang sempurna.

Pemberdayaan (empowerment) wanita dalam bidang ekonomi juga masih belum dicapai di kebanyakan negara miskin dan membangun di dunia, termasuk Malaysia. Sekurang-kurangnya sejuta rakyat Malaysia pekerja wanita masih berada diaras kemiskinan. Kebanyakan dari mereka adalah ibu-ibu dan sebahagian mereka merupakan ibu tunggal. Ketiadaan pemberdayaan dalam bidang ekonomi ibu-ibu akan menafikan juga pemberdayaan dalam bidang sosial dan politik.

Kes Noorfadilla Binti Ahmad Saikin yang ditarikbalik tawaran sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) telah menyaksikan kewujudan buta gender di kalangan sebahagian jentera kerajaan yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Kementerian Pelajaran, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Biro Pengaduan Awam sendiri. Meletakkan syarat bahawa ibu-ibu mengandung tidak boleh memohon kerja sebagai GSTT adalah jelas suatu bentuk diskriminasi yang tidak dapat dimaafkan. Ia nyata bertentangan dengan perlembagaan negara dan janji-janji Malaysia dalam mendokong sensitiviti gender dalam semua perkara di Malaysia. Penafian hak untuk diterima sebagai GSTT berdasarkan merit oleh ibu-ibu mengandung seperti Noorfadilla telah berlaku setiap tahun. Berapa ramaikah ibu-ibu yang telah merasa kecewa seperti Noorfadilla? Keadaan buta gender yang wujud dalam pentadbiran negara tidak boleh dibiarkan berlarutan. Oleh itu, langkah menerusi tindakan undang-undang akan diambil bagi membetulkan keadaan itu.

Sudah tiba masanya juga, kerajaan dan rakyat menerima hakikat bahawa keibuan itu adalah suatu konsep yang harus dipegang oleh semua demi kesejahteraan rakyat dan negara. Keibuan tidak harus difahami sebagai suatu tanggungjawab khusus para ibu tetapi juga adalah tanggungjawab yang wajar dipikul oleh semua dan perlu wujud dalam semua jentera kerajaan yang beroperasi bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara. Keibuan merangkumi sensitiviti terhadap pembangunan potensi setiap anak, yang akan menjadi warganegara dewasa suatu masa kelak.

Di antara ciri kesedaran tanggungjawab keibuan ini ialah keperihatinan dan kesungguhan dalam memastikan persekitaraan yang terbaik untuk pembangunan potensi anak-anak dan menghapuskan sebarang unsur yang boleh membantut, merencat dan mencemar pemikiran, fizikal, spiritual, perkembangan emosi, kreativiti dan innovasi anak-anak.

Ia meliputi persekitaran yang boleh mempengaruhi perwatakan dan keperibadian anak-anak dalam bentuk audio-visual dan interaksi bersama mereka. Pendedahan audio-visual yang berunsur positif dan interaksi yang beradab dan sopan serta peka tentang keperluan anak-anak akan menjamin perkembangan potensi anak-anak yang sihat.
Oleh itu pengurusan penerbitan program-program televisyen, radio, akhbar, majalah, dan bahan-bahan audio visual yang lain, pengurusan operasi perkhidmatan untuk anak-anak seperti perkhimatan bas sekolah, transit aliran ringan, tren dan lain-lain, persekitaraan, yang merangkumi layanan terhadap anak-anak di tempat-tempat umum – pejabat, bank, restoren, kedai, pasaraya dan lain-lain lagi – wajar digalakkan untuk menepati kehendak pembangunan potensi anak-anak.

Ibu tulus dan halus sifatnya dalam memastikan kebaikan dan kesejahteraan dinikmati oleh setiap mereka yang di bawah jagaannya.
Kehadiran ibu adalah penting untuk anak-anak, keluarga, masyarakat, dan negara, tetapi jika rakyat dan kerajaan bersifat keibuan, maka banyak pula masalah sosial, politik dan ekonomi negara akan dapat diselesaikan.

Selamat Hari Ibu,
Ibu Berdaya, Negara Berjaya

Biro Penerangan
Wanita KEADILAN —————————————————————————————————————-

Untuk sebarang petanyaan mengenai sebaran media di atas, sila hubungi: Rozaini binti Mohd Rosli, tel.: 019-2676879, email: rozainiebbm@yahoo.com

Nik Aziz to Elizabeth Wong

Pertemuan Eli dengan EXCO Wanita KEADILAN dua hari lepas telah menyaksikan Eli seorang yang lebih matang dan telah belajar dari peristiwa lalu yang dilemparkan oleh mereka yang mengamalkan politik durjana.

Eli telah sempat menemui Tuan Guru Nik Aziz sebelum beliau berangkat untuk menunaikan umrah. Eli telah menerima nasihat Tuan Guru yang mengandungi pesanan, yang sebenarnya sesuai untuk semua mereka yang ingin merealisasikan Politik Baru.

Nasihat beliau kepada Eli: Jangan buat tiga “D”; Dendam-Dengki-Degil.

Semoga Tiga “D” tiada dalam kamus setiap pejuang kebenaran dan keadilan, khususnya dalam Pakatan Rakyat.

——————————————————————-
KENYATAAN MEDIA
1 Mei 2009

PERUTUSAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
BERSEMPENA HARI PEKERJA 2009

Golongan pekerja merupakan nadi utama yang membina negara Malaysia ini. Mereka bertungkus lumus mencari rezeki dan pada masa yang sama usaha mereka itulah yang menggerakkan negara ini. Setiap cerita kejayaan negara ini yang kita saksi dengan penuh rasa bangga, maka kenanglah setiap titik keringat yang tumpah dari batang tubuh para pekerja yang berkorban untuk hasrat tersebut.

Bila datangnya 1hb Mei setiap tahun, kita mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja. Namun tahun ini kita resah mengenangkan muramnya kedudukan ekonomi negara dan betapa ianya memberi kesan buruk kepada semua pekerja. Kegawatan ekonomi yang melanda serta pengurusan ekonomi negara yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap kedudukan para pekerja. Ekonomi negara yang sama-sama dibangunkan, manifestasi dari harapan untuk mencipta masa depan yang lebih baik, hari ini tidak lagi bermanfaat buat mereka. Kadar pengangguran dijangka mencecah 4.5% tahun ini, bermakna hampir 500 000 individu akan kehilangan pekerjaan.

Oleh itu kita tidak boleh berlengah lagi. Perubahan serta langkah pemulihan yang diwar warkan hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk buat kerajaan BN pimpinan UMNO. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memilih Perubahan yang sebenarnya, yang tuntas memperjuangkan hak setiap dari warganya termasuklah hak golongan pekerja. Para pekerja, ayoh bersatulah demi mencipta Perubahan!

ANWAR IBRAHIM

The Orang Asli will given way, rightly by the Selangor Government

PRESS STATEMENT
22 APRIL, 2009

SELANGOR GOVERNMENT ENDS LAND ACQUISITION DISPUTE WITH TEMUAN TRIBE IN SAGONG TASI CASE

SHAH ALAM: The State Executive Councilors’ Meeting today decided to withdraw the State Government’s appeal to the Federal Court with respect to the Sagong Tasi case involving the acquisition of 38.477 acres of the Temuan tribe’s customary lands at Bukit Tampoi, Dengkil in 1995.

Accordingly, the State Legal Advisor will inform the Federal Court tomorrow of the State Government’s intention to withdraw from the case.

The State has also taken into account the concerns raised in the Court of Appeal judgment in respect of the gazette of Orang Asli land and has formed an Orang Asli Land Taskforce – which will be launched on May 4, 2009 – to address land-related issues.

The Pakatan Rakyat Government in Selangor hopes that the decision will foster a stronger working relationship needed to address all the problems of the Orang Asli who have been marginalized from mainstream development. The State Government believes in protecting the rights of indigenous peoples and will continue to treat the Orang Asli community with the respect they deserve and that should have been accorded to them from the very beginning.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
SELANGOR MENTERI BESAR

———————————————————————

S’gor pulls out from fighting Orang Asli case
Apr 22, 09 3:59pm Malaysiakini.com
The Selangor government has decided not to challenge the landmark court judgment which recognised the right of a group of Orang Asli to their customary land in Bukit Tampoi, Dengkil.
MCPX
In 2005, the Court of Appeal upheld the Shah Alam High Court’s judgment that Sagong Tasi and six others from the Temuan tribe be compensated under the Land Acquisition Act 1960 for the loss of their 38-acre customary land in Bukit Tampoi.

The court dismissed the appeal by the federal government, the Selangor government, the Malaysian Highway Authority (MHA) and United Engineers Malaysia Berhad (UEM) who argued that native customary and ancestral rights are not equivalent to propriety rights under common law.

Both UEM and MHA have been ordered by the court to pay damages for trespassing on the ancestral land to build a highway to the Kuala Lumpur International Airport.

The two were also ordered to pay exemplary and special damages for the harsh treatment meted out to the Orang Asli when being evicted from their land.

On hearing the judgment, 350 Orang Asli who had gathered outside the Palace of Justice in Putrajaya jumped for joy.

But their jubilation was short-lived as the four appellants have since gone to the Federal Court – the country’s highest court – in the bid to reverse the judgment.

Gov’t wants to protect their rights

But today, the executive council of the Selangor government, one of the four appellants, has decided to pull out from the case.

“Accordingly, the state legal advisor will inform the Federal Court tomorrow of the state government’s intention to withdraw from the case,” said Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Khalid said that his state government will set up an Orang Asli Land Taskforce, to be launched on May 4, to address such land-related issues.

“The Pakatan Rakyat government in Selangor hopes that the decision (to withdraw from the case) will foster a stronger working relationship needed to address all the problems of the Orang Asli who have been marginalised from mainstream development.

“The state government believes in protecting the rights of indigenous peoples and will continue to treat the Orang Asli community with the respect they deserve and that should have been accorded to them from the very beginning.”

The federal government has argued that prior to the tribe’s settlement in Bukit Tampoi 210 years ago, the land was already owned by the Selangor sultanate and therefore they could not have held native or customary rights status.

“The decision of the Appeals Court was therefore fundamentally flawed as the status of the land, which was part of the sultanate land, was not properly considered in the judgment,” senior federal counsel Mary Lim told the Federal Court.

Video: Kelesuan Kementerian Pembangunan Wanita dalam menghakis Diskriminasi Gender

Minute Budget for the people (to be updated)

XXXS Bajet, rupanya…..

Hanya RM10 bilion yang akan dibelanjakan tahun ini. RM5 bilion untuk kos pengurusan kerajaan.   Sebahagaian besar bajet yang tinggal (RM5 bilion) adalah untuk menafaat syarikat dan korporat.
Tujuan mini bajet yang dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan 11 Mac lalu adalah untuk menghadapi krisis ekonomi dunia yang memberi kesan parah terhadap ekonomi Malaysia sekiranya tidak rangsang segera.
Pakar-pakar ekonomi memberi pandangan bahawa Malaysia akan memasuki fasa merudum dengan pertumbuhan negatif dalam beberapa waktu ini. Jika tidak dikawal akan menatijahkan kemuruduman yang lebih teruk, Depression.
Secara umumnya, pendekatan untuk menghadapi ekonomi merudum ialah untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dengan suntikan bajet.
Dalam masa yang sama, kerajaan adalah dituntut untuk memastikan bahawa rakyat jelata diberi kepentingan utama dalam langkah-langkah mengurangkan kesukaran yang akan dihadapi ketika ekonomi negara menjunam.
Pakej rangsangan yang dikemukakan adalah lebih menguntungkan syarikat-syarikat dan korporat yang sangat terdesak untuk mendapatkan working capital kerana tidak mampu meneruskan operasi disebabkan permintaan produk dan perkhidmatan yang menjunam.
Dalam masa yang sama juga langkah-langkah pembuangan pekerja dan menghadkan aktiviti, khususnya di sektor perkilangan dan pembuatan, sedang berlaku dengan hebatnya.
Dijangkakan seramai satu juta pekerja di Malaysia akan menganggur.
Implikasi sosialnya amat besar sekali ke atas individu, keluarga dan masyarakat.   Kadar jenayah dikhuatiri akan meningkat.
Setiap keluarga yang terlibat akan mendapati kesukaran dalam menjalani kehidupan harian mereka. Penjagaan kesihatan, pendidikan anak-anak, juga akan terjejas.
Apa yang selama ini diperlukan oleh rakyat ialah kematangan dan kebijaksanaan kerajaan yang seharusnya sudah ada contingency plan, seperti tabung-tabung untuk membantu rakayt dalam fasa merudum sebegini. Kerajaan telah mengabaikan sikap teliti dan berhati-hati dalam mengurus ekonomi yang mempunyai pusingan atau cycle nya sendiri; kebiasaannya boleh dijangkakan dan boleh lebih bersedia untuk menghadapinya jika berwaspada selalu; tidak boros dan bermewah. Malangnya Kerajaan Umno-BN, menerusi Menteri Kewangannya, baru saja mengakui, setalah berada dalam state of denial, bahawa negara telah memasuki tahap ekonomi yang kritikal dan akan menjadi lebih parah sealiran ekonomi dunia.  

Rakyat kini memerlukan wang tunai di poket-poket mereka untuk hidup saban hari bersama ahli-ahli keluarga mereka.
Kerajaan juga wajar mengarahkan bank-bank menangguhkan pembayaran balik hutang-hutang rakyat untuk kereta dan rumah-rumah yang mereka beli sehingga keadaan kembali pulih dengan selesa untuk rakyat. Oleh itu penangguhan pembayaran balik hanya untuk tiga tahun tidak mencukupi. Tiada siapa yang boleh meramalkan setakat ini bilakah kemelesetan ekonomi ini akan berakhir.

Ketangkasan mengalirkan bajet ke dalam sistem ekonomi adalah faktor kritikal mencapai hasrat pakej rangsangan ini.   Adakah itu akan berlaku segera oleh kerajaan yang masih sarat dengan birokrasinya?   Dan apakah jaminan untuk rakyat bahwa korupsi, yang menjadi persepsi rakyat terhadap budaya lazim dalam Umno, tidak berlaku kali ini?

Rozaini M R