Kempen Tolak Politik Durjana!


No to Gutter Politics! Campaign

Kenyataan Media
25 Februari 2009

KEMPEN WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT MENGATAKAN “TIDAK” KEPADA POLITIK DURJANA

Sekarang ini media kita telah digunakan sebagai landasan untuk mensensasikan kehidupan peribadi ahli politik, termasuk lelaki dan wanita yang menyandang jawatan awam. Tanpa disedari, kita telah diheret ke dalam satu budaya tidak sihat yang dikenali sebagai Politik Durjana.

(Kelihatan dalam gambar:duduk dari kiri, Felicia Ling, Ketua Biro Pembangunan Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita KeADILan, Haniza Talha, Naib Ketua Wanita KeADILan, juga Timbalan Speaker DUN Selangor.   Berdiri dari kanan, Noorsham Abu Samah, Naib Ketua Wanita KeADILan, Chong Eng Ahli Parlimen Bukit Mertajam(DAP),Dr Jeyakumar, Ahli Parlimen Sg Siput(PSM), Tian Chua, Ketua Penerangan KeADILan dan Ahli Parlimen Batu, Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai(PAS)


Wanita Parti KeADILan Rakyat berpendapat bahawa gelombang Politik Durjana yang melanda masyarakat secara tiba-tiba ini akan mengancam budaya politik kita. Ia melemahkan kesopanan, penglibatan politik non-partisan dan amalan demokrasi rakyat di negara ini. Wanita Parti KeADILan Rakyat mengecam semua bentuk taktik Politik Durjana seperti sindiran dan salahguna maklumat yang diperolehi untuk menyerang privasi, keperibadian, keluarga dan rumahtangga sesiapa sahaja yang memegang jawatan awam terutama sekali ahli politik wanita. 

Politik Durjana menyebabkan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki dan kehilangan maruah terutama sekali apabila sasarannya adalah ahli politik wanita. Perjalanan kita untuk mengarusperdanakan gender dalam politik kini dihalang oleh Politik Durjana kerana wanita yang berminat untuk menabur bakti kepada masyarakat dan wanita yang berniat untuk terjun ke arena politik kini mendapati diri mereka diugut oleh ahli-ahli Politik Durjana. 

Politik Durjana ini secara jelas telah melanggar Artikel 12 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang menyatakan tiada siapa pun yang tertakluk kepada serangan ke atas kehormatan dan keperibadiannya. 
Kita mungkin akan terjerumus ke dalam krisis Politik Durjana yang dalam dan perit kecuali kita bertindak dengan pantas. Oleh yang demikian, Wanita KeADILan Rakyat, menyeru agar Kerajaan Malaysia meluluskan undang-undang baru atau menggubal undang-undang sedia ada untuk melindungi hak kebebasan peribadi seseorang. Hukuman berat yang setimpal hendaklah dikenakan ke atas mereka yang mencabul hak kebebasan peribadi ini. 

Kami ingin menyeru supaya kita mengatakan “TIDAK” kepada Politik Durjana demi memelihara maruah manusia. Katakan “TIDAK” kepada Politik Durjana kerana kita amat prihatin.  

Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita KeADILan

——————————————————————–
Press Release
25 February 2009

WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT CAMPAIGN SAY “NO” TO GUTTER POLITICS

Today our media has been used as the platform to sensationalize the private lives of politicians including men and women holding public offices. Without us realizing it, we are dragged into a culture called Gutter Politics.

We, Wanita Parti KeADILan Rakyat, view this sudden surge of Gutter Politics in our society as an imminent threat to our political culture. It undermines our civility, the non-partisan and democratic participation of the rakyat in Malaysia. We, Wanita Parti KeADILan Rakyat, condemn all forms of dirty political tactic used such as insinuation and abuse of information obtained to attack the privacy, reputation, family and home of any person holding public offices especially the women politicians.

Gutter Politics causes irreparable damage and deprivation of human dignity especially when the target is a female politician. Our route to gender mainstreaming in politics has now been obstructed by Gutter Politics because women who choose serving people as their passion and women who intend to venture into politics as their ways of life will now find themselves being blackmailed by gutter politicians.

Gutter Politics is a clear violation of Article 12 of Universal Declaration of Human Rights that no one shall be subject to attacks upon his honor and reputation.

We could be sliding into a deep and painful gutter political crisis unless we act swiftly. We, Wanita Parti KeADILan Rakyat, call upon the Government of Malaysia to enact new laws or to amend the existing laws to protect the privacy spheres of people. Stern penalty must be imposed on those who violate the right to Privacy.

Let us all say “NO” to Gutter Politics for the sake of human dignity. Say “NO” to Gutter Politics because we care.

Zuraida Kamaruddin
Member of Parliament for Ampang
Ketua Wanita KeADILan

Konvensyen Wanita KeADILan Kedah

Konvensyen itu akan berlangsung di Alor Setar, Kedah pada 27 Februari 2009, bertempat di Sri Mentaloon, Alor Setar, Kedah

Antara program yang akan diadakan ialah:

Political Talk Show

Program Wanita Muda

Program Wanita Prihatin Palestine (tayangan video)

Pelancaran Jentera Pilihanraya Wanita

Rakyat, lelaki dan wanita, adalah dijemput untuk menghadirinya.

Ke Mentaloon:

Sila hubungi Wanita KeADILan Kedah untuk sebarang maklumat dan pertanyaan:

Aspalela (019-4709742)

Pakatan akan menang di dua bukit, ramal Bridget Welsh

Siasah Online:

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Profesor sains politik dari Fakulti Kajian Asia Tenggara, Universiti Johns Hopkins di Washington DC, Bridget Welsh meramalkan Pakatan Rakyat akan menang di dua pilihan raya kecil, Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah. “Saya ramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang lebih sikit dari yang mereka menang dalam pilihan raya umum yang lalu….mungkin 2,000 majoriti,” kata Welsh kepada Siasah. Menjelang beberapa hari mengundi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, Welsh meramalkan PAS akan menang 2,000 undi. Dalam pilihan raya itu, PAS menang 2,613 undi. Welsh memberikan tiga sebab kenapa beliau meramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang dan PKR akan menang di Bukit Selambau. Pertama, memang kerusi itu kini dipegang oleh PAS dan PKR dan dengan suasana politik yang ada, belum ada tanda-tanda pengaruh kedua-duanya merosot sejak pilihan raya Mac 2008 lalu. “Walaupun PAS berdepan dengan Kuala Terengganu yang telah di menangi oleh Umno dalam pilihan raya umum lalu, dia boleh menang di Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil baru-baru ini,” katanya. Sebab kedua yang diberikan oleh Welsh adalah para pemimpin Umno sedang berada dalam mood berperang sesama sendiri sekarang iaitu menjelang perhimpunan agung mereka Mac depan. Mereka hanya akan fokus ke kedua-dua pilihan raya ini selepas itu yang sudah pasti sudah agak lewat berbanding dengan PAS dan PKR. Sebab ketiga yang diberikan oleh Welsh adalah kesepakatan dalam Pakatan Rakyat kelihatan semakin baik selepas Kuala Terengganu. Ini akan membolehkan pemimpin mereka bekerjasama dengan baik dalam dua pilihan raya kecil ini, katanya lagi. Bagaimanapun, Welsh memberikan beberapa cabaran yang seharusnya ditangani dengan baik oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini. “Mereka perlu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat dalam pilihan raya ini. Oleh kerana ini kawasan luar bandar berbanding Kuala Terengganu, politik wang sangat berkesan di sini,” katanya. Khususnya di Bukit Gantang, Welsh mengingatkan, Umno akan menggunakan isu Melayu dan derhaka kepada sultan dalam pilihan raya ini. “PAS khasnya perlu menggunakan kempen yang positif dalam hal ini dan berhati-hati,” katanya. Beliau juga berkata, calon PAS dalam pilihan raya Bukit Gantang sangat penting kerana PAS memerlukan sokongan penuh dari DAP dan PKR di Bukit Gantang bagi memenangi hati semua pengundi. “Jika PAS tersalah memilih calon, ia akan menyukarkan DAP dan PKR untuk bekerja sepenuhnya untuk memenangkan PAS,” kata Welsh lagi.

Statement by Bar Council

Press Release: Statement on the Perak Crisis

Image The situation in Perak today once again raises many Constitutional issues.

There are some overriding principles that operate in such situations. One is the doctrine of separation of powers, which means that the Judiciary cannot interfere in the workings (proceedings) of Parliament or the State Legislative Assemblies (Article 72 of the Federal Constitution), as they have the privilege of regulating their own internal affairs and procedure.

The doctrine of separation of powers also means that there should be no Executive influence in the workings of Parliament and State Legislative Assemblies. We say this as it has been reported that there are attempts to lodge police reports against the Speaker of the Perak State Assembly, which would violate these provisions.

The other principle is that the Speaker has wide powers, which in this case will be set out in the relevant Standing Orders.

Apart from these overarching principles, one will have to study the Perak Constitution and Standing Orders to resolve if the correct procedure was followed in the recent suspension of Datuk Dr Zambry Abd Kadir and his six executive council members.

One legal view is that the Speaker and the Committee of Special Privileges have the powers that they have exercised; another is that the matter referred to the Committee of Special Privileges must be placed before the State Assembly before it can take effect.

Regardless of whether the correct procedure was followed by the Speaker and the Committee of Special Privileges, under Article 72 of the Federal Constitution their conduct and the validity of their proceedings may nevertheless be outside the jurisdiction of the courts.

While we wrestle with these constitutional and legal issues, there is a reality on the ground that we must face. The legal actions are not the first and are unlikely to be the last. This is not desirable and does not provide an effective and definitive solution. Going back to the people of Perak will. We urge the parties involved to seriously consider doing so, not only in the interest of the people of Perak but also in the interest of stability and the nation as a whole.

Dato’ Ambiga Sreenevasan

President
Malaysian Bar
19 February 2009

PERNYATAAN SOKONGAN PADU ADUN ADUN PAKATAN RAKYAT SELANGOR TERHADAP KEPIMPINAN YAB TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM

Kami, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) menyatakan sokongan padu kami kepada YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Negeri Selangor.

Kami yakin bahawa kenyataan SPRM untuk mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah bersifat politik dan pendakwaan terpilih (selective prosecution) untuk mencemarkan nama baik YAB Dato’ Menteri Besar. Berdasarkan fakta yang terkandung dalam saman fitnah oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Dato’ Seri Khir Toyo, adalah jelas menunjukkan bahawa tuduhan-tuduhan yang cuba dikenakan adalah tidak berasas sama sekali.

Tambahan pula, kuasa pendakwaan adalah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara. SPRM tidak berhak untuk membuat kenyataan terbuka berhubung satu penyiasatan sebelum keputusan muktamad dibuat oleh Jabatan Peguam Negara. Justeru itu, jelas bahawa kenyataan SPRM adalah di luar peraturan biasa dan boleh ditafsirkan sebagai satu percubaan SPRM untuk mempengaruhi budibicara Peguam Negara yang bertanggungjawab bertindak secara bebas dan adil. Kami menuntut supaya SPRM akan melaksanakan tugas secara bertanggungjawab, bebas dan telus.

Kami juga melihat ini adalah usaha jahat yang terancang oleh UMNO dan Barisan Nasional untuk menggugat pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor dengan memperalatkan institusi-institusi seperti SPRM dan Jabatan Peguam Negara. Kami percaya kepimpinan Pakatan Rakyat akan terus menjadi sasaran serangan fitnah UMNO dan Barisan Nasional dalam beberapa bulan yang akan datang.

Kami akan mempertahankan prinsip-prinsip keluhuran perlembagaan dan mendokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus memimpin Negeri Selangor. Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selama hampir setahun telah mempertahankan agenda dan program kebajikan dan kepedulian rakyat dengan prinsip Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) demi kesejahteraan rakyat. Prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran dan pembangunan ekonomi Negeri Selangor juga mencatatkan tahap yang cukup cemerlang dalam tempoh satu tahun semenjak Mac 2008.

Kami yakin rakyat akan tetap memberikan mandat kepada YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim untuk memimpin dan menerajui pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

21 Februari 2009

Video Sidang Media

Eli Mangsa Percaturan Politik (dikemaskini)

Wawancara TV Antara bersama Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin.

Turut sama sebagai panel ialah Fahda Nur Ahmad Kamar (Peguam) dan Betty Yeoh Siew Peng (AWAM)

Rakaman 2

Rakaman 3

Eli’s latest statement

Press Statement
by

ELIZABETH WONG

19 February 2009

Dear friends,

I have departed today.

Despite having tendered my resignation from all posts, the media and websites continue to intrude into my private life and privacy. I have been informed by several media that they will continue to publish even more lewd graphical, sensational stories of my private life. I have also been told there will be a fresh assault, with more photographs and videos released and circulated in order to completely degrade and bury me.

This is the darkest episode in my life. I have never felt so alone, vulnerable and humiliated. I need to rest and to search for peace of mind to get away from the stormy events surrounding me.

I appreciate the overwhelming support from all quarters, especially my voters, women in particular and party comrades. Words cannot express my gratitude for your gentle kindness.

I have informed my party leaders that I am determined to relinquish all my positions, as a Selangor State Exco Member as well as the State Assemblywoman for Bukit Lanjan. I am thankful for the party leadership’s concern and encouragement. I seek their understanding for my predicament.

My commitment to the ideals of the Parti Keadilan Rakyat remains unwavering. I shall retain my party membership and continue to struggle for a just society with the party.

The nation is at a crisis facing a serious economic recession. Unemployment is rising, while corruption remains rampant. I wish public discussions would concentrate on these important issues rather than analysing my private life. My principle remains the same ?

I will not answer any questions pertaining to my private life. My private life is not for public scrutiny as I have not broken any law or caused harm to anyone.

I plead to the media as well as my supporters to allow me some peace of mind, and to give me space. I urge the media to leave my family, friends and I alone. Please do not continue to shame my family and I, so that we have a chance to lead a normal life as ordinary citizens.

Lastly, I wish to thank the support from the public that has been pouring in ceaselessly. I am very moved and eternally grateful to my friends and colleagues who stand by me. There is nothing in this world that can repay your kindness.

Elizabeth Wong

Video of Eli’s PC

Eli: Saya tetap letak jawatan Exco dan Adun

Saya meminta pihak media supaya jangan menganggu saya, anggota keluarga saya dan rakan-rakan saya. Janganlah terus menerus memalukan saya dan keluarga saya, supaya kami mempunyai peluang untuk hidup seperti rakyat biasa” – Elizabeth Wong

—————————————————————-

Eli: Saya tetap letak jawatan exco dan Adun
Feb 19, 09 3:08pm   malaysiakini.com
Elizabeth Wong hari ini menegaskan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan exco kerajaan negeri dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan.”Saya telah memaklumkan kepada pemimpin parti saya bahawa saya tetap akan melepaskan semua jawatan saya – sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan pucuk pimpinan parti. Saya berharap mereka dapat memahami kesukaran yang sedang saya hadapi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa komitmennya terhadap perjuangan PKR tidak pernah luntur.

“Saya akan kekal sebagai ahli parti dan meneruskan perjuangan bersama parti ke arah sebuah masyarakat yang adil.

Elizabeth membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam 15 Februari lalu, mengenai penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya – kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya – sewaktu beliau sedang tidur.

Dengan kenyataan terbaru Elizabeth hari ini, maka ia bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di DUN Bukit Lanjan.

Pada 7 April depan, pilihanraya kecil akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi DUN Bukit Selambau di Kedah.

Kerusi Bukit Gantang kosong selepas penyandangnya Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pada 9 Februari lalu, manakala kerusi Bukit Selambau kosong peletakan jawatan penyandangnya, V Arumugam dari PKR pada awal bulan ini.

Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini tidak menolak kemungkinan – jika berlaku kekosongan di DUN Bukit Lanjan – pilihanraya kecil di situ akan diadakan serentak pada 7 April.

Menurut kenyataannya hari ini, Elizabeth berkata beliau telah berlepas untuk bercuti di luar negeri.

Menurutnya, walaupun beliau telah menawarkan untuk meletak jawatan exco dan Adun, namun pihak media dan laman-lamanweb masih terus menceroboh hidup peribadi dan privasinya.

“Saya telah dimaklumkan oleh beberapa pihak media bahawa mereka akan terus menyiar berita-berita yang lebih sensasi mengenai kehidupan peribadinya.

“Saya juga telah diberitahu bahawa terdapat satu serangan baru, dengan lebih banyak foto dan video diedarkan untuk memalu dan memusnahkan saya.

“Ini adalah satu episod yang paling buruk dalam hidup saya. Saya tidak pernah merasa begitu keseorangan, mudah diserang dan begitu hina. Saya perlu berihat dan mencari ketenangan jiwa dari semua kejadian yang mengelilingi hidup saya,” katanya.

Menurut Elizabeth lagi, beliau amat menghargai sokongan dari semua pihak, terutama para pengundinya, golongan wanita khususnya dan rakan-rakan seperjuangan dalam partinya.

“Perkataan tidak cukup untuk mengungkap penghargaan saya terhadap kebaikan hati anda semua.

Dalam kenyataan tersebut, Elizabeth berkata negara kini sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang serius.

“Kadar pengangguran semakin meningkat, manakala rasuah masih meluas. Saya berharap perbincangan umum hendaklah bertumpu kepada isu-isu penting ini, dan bukannya menganalisa kehidupan peribadi saya. Prinsip saya tetap kekal.

“Saya tidak akan menjawab sebarang soalan mengenai kehidupan peribadi saya,” katanya.

Sehubungan itu, Elizabeth berkata kehidupan peribadinya bukan untuk tatapan awam kerana beliau tidak melanggar sebarang undang-undang atau menyusahkan sesiapapun.
Beliau juga merayu kepada pihak media serta para penyokongnya supaya membiarkan beliau mendapatkan ketenangan jiwa dan ruang keselesaan kepadanya.

“Saya meminta pihak media supaya jangan menganggu saya, anggota keluarga saya dan rakan-rakan saya. Janganlah terus menerus memalukan saya dan keluarga saya, supaya kami mempunyai peluang untuk hidup seperti rakyat biasa,” katanya.