Kenyataan Media (Dikemaskini)

KENYATAAN MEDIA

Y.B. RODZIAH ISMAIL

EXCO HAL EHWAL WANITA, KEBAJIKAN, SAINS TEKNOLOGI & INOVASI, KEBUDAYAAN

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

23 JUN 2009

SHAHRIZAT MENGAKUI SUKAR, TAPI KERAJAAN SELANGOR TELAH MELAKSANAKANNYA

Shahrizat Abdul Jalil di dalam ucapan beliau dalam laman web The Nut Graph yang mendabik dada sebagai pencetus idea dasar kuota minimum 30% wanita dalam kedudukan pimpinan itu sewajarnya telah lama menerajui kejayaan menempatkan pembangunan wanita dalam proses membuat keputusan di berbagai peringkat, khususnya di peringkat jamaah Menteri, kepada tahap yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu membuat pengakuan bahawa dasar sekurang-kurangnya 30% wanita menduduki jawatan di setiap peringkat membuat keputusan dalam kerajaan sukar dilaksanakan.  Pada masa yang sama menunjukkan pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor telah pun berjaya membuktikan dasar ini dapat dilaksanakan tanpa sebarang kekangan walaupun baru diberikan mandat sebagai pemimpin kerajaan negeri. Fenomena itu jelas menunjukkan ketiadaan kepekaan gender di kalangan pemimpin dan pengikut UMNO-BN untuk mendapatkan sokongan yang amat diperlukan dalam memberi keadilan kepada wanita dari sudut memenuhi kuota 30% tersebut.   Beliau yang juga Ketua Wanita Umno menyebut fenomena yang sama berlaku dalam parti UMNO.

Malah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional telah gagal mempertahankan jumlah sedia ada apatah lagi menambah bilangan wanita dalam barisan Jemaah Menteri Persekutuan.   Kejujuran dan iltizam untuk melaksanakan agenda 30% wanita menduduki jawatan dalam barisan pimpinan negara ternyata meleset dan menghapus keyakinan bahawa kerajaan UMNO -BN adalah sebuah kerajaan yang gender sensitif.

Jurang komitmen di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor dalam kepekaan gender amatlah ketara.  Ini telah pun dibuktikan oleh Kerajaan Selangor yang telah pun berjaya melaksanakan 30% malah lebih gender sensitive dengan pelantikan empat orang wanita (40%) sebagai Ahli Mesyuarat Negeri (EXCO) dan seorang lagi sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri.   Keempat-empat EXCO wanita tersebut memegang 10 portfolio dalam Kerajaan Negeri Selangor. Manakala Kabinet Menteri hanya diwakili oleh dua orang wanita (kurang dari 10%) dalam Barisan Menteri yang berjumlah 28 orang.

Kini Shahrizat telah dilantik semula sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat setelah lebih setahun kecundang dalam pilihan raya umum Mac 2008 lalu. Shahrizat semestinya harus menggunakan peluang ini untuk melakukan sesuatu yang signifikan serta-merta, dalam melonjakkan penglibatan dan memberdayakan wanita yang layak dalam kesemua jawatan-jawatan penting Kerajaan Persekutuan. Sudah sampai masanya untuk beliau membuktikan perlaksanaan dasar tersebut dapat dicapai dalam masa terdekat atau Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Menteri berkenaan kerana sebenarnya tidak berkemampuan berbuat demikian dan beliau telah gagal.

Y.B. PN RODZIAH ISMAIL

EXCO HAL EHWAL WANITA, KEBAJIKAN, SAINS TEKNOLOGI & INOVASI, KEBUDAYAAN

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

—————————————————————————————————————————-

Wanita Keadilan : PKR Parti Perintis Iktiraf Wanita Dalam Politik

Wednesday, 17 June 2009  Suara Keadilan Online

Pimpinan tertinggi Wanita Keadilan menyambut baik peruntukan 30% kedudukan dalam parti untuk golongan wanita di setiap peringkat Cabang, Negeri dan Pusat.

Peruntukan ini sekaligus memenuhi keperluan Piagam Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan dasar Wanita Negara bersabit kuota itu.

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menyifatkan kejayaan PKR meminda perlembagaan itu sebagai kejayaan yang bersejarah.<p> “Parti keadilan merupakan parti pertama memperuntukkan didalam perlembagaannya penglibatan wanita 30% di semua peringkat sekurang-kurangnya. Ia satu langkah baru untuk penglibatan wanita dalam arena politik, yang diiktiraf oleh sebuah parti yang baru dan parti yang progresif. Peruntukan 30% untuk wanita tidak pernah diberikan oleh mana- mana parti lain, termasuk parti- parti lama oleh UMNO. Saya dapati UMNO, MIC dan MCA sampai sekarang masih lagi tidak dapat mengenengahkan wanita. Ini satu pencapaian kepada PKR membuktikan komitmen bahawa wanita itu diiktiraf dan diberikan tempat disemua peringkat sekurang- kurangnya 30 peratus.” Ujar Zuraida

13 Jun lalu, PKR telah meluluskan beberapa usul pindaan perlembagaan parti pada Kongres Nasional Khas 2009 di Bangi Selangor.

Antara lain pindaan perlembagaan membabitkan usul menghadkan tempoh presiden kepada tiga penggal, memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa, memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30% jawatan penting kepada wanita.

Ketua Wanita Selangor, Haniza Talha berkata, usaha kini perlu ditumpukan kepada mempersiapkan wanita supaya bersedia memegang sebarang jawatan dan kedudukan yang ditawarkan oleh parti.

Beliau juga menjelaskan, kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat telah pun menerapkan dasar ini dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat telah pun memenuhi dasar ini. Ahli majlis kerajaan negeri terdiri daripada 40% wanita. Sepuluh orang exco, 4 adalah wanita. Ini menggambarkan sikap bikin serupa cakap. Maknanya kita cakap dan kita benar- benar buat dan kita buktikan kemampuan kita. Apabila kita teraju kerajaan negeri Selangor, kita laksanakan dasar tersebut. Selepas itu, kerajaaan negeri juga telah melantik timbalan speaker DUN wanita juga, iaitu saya. Dan baru- baru ini tuan speaker juga mengumumkan 3 lagi jawatankuasa pilihan khas bagi melaksanakan check and balance dan salah satu dari jawatankuasa tersebut dipengerusikan wanita.” Kata Haniza

——————————————————————————————————————————————————————————————-

Kenyataan Media

Ketua Wanita KEADILAN Selangor                                                16 Jun 2009

MEMACU AKTIVISME POLITIK WANITA KEADILAN SELANGOR

Peruntukan baru yang diuluskan oleh Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat pada 13 Jun lalu sudah tentu akan memacu aktivisme politik Wanita KEADILAN Selangor.

Peruntukan itu menetapkan perlaksanaan sekurang-kurangnya 30% dari jumlah kedudukan kepimpinan di semua peringkat dalam parti terdiri daripada wanita. Pindaan ini akan melihat lebih ramai wanita menduduki saf kepimpinan, khususnya di Selangor.

Dasar tersebut dengan jelas menggambarkan pengiktirafan yang cukup bermakna oleh Parti Keadilan Rakyat terhadap wanita dalam perjuangan politik KEADILAN selama ini dan sumbangan wanita umumnya terhadap negara dan masyarakat dalam pelbagai bidang dan pengurusan.   Ia memberi implikasi besar bahawa hakikatnya, wanita sama-sama diperlukan untuk  menjana ilham, innovasi, dan kreativiti dalam proses membuat keputusan yang tepat  ke arah mencari penyelesaian terhadap berbagai permasalahan yang dihadapi oleh parti dan rakyat.

Peningkatan penglibatan wanita dalam arena politik KEADILAN akan menjadi asas terhadap pertumbuhan aktivisme politik wanita KEADILAN.   Oleh itu, wanita-wanita Malaysia adalah diundang untuk memenuhi kedudukan-kedudukan yang ada dalam parti demi melaksanakan yang terbaik untuk kebaikan diri, keluarga dan rakyat marhain.

Dalam rangka merealisasikan 30% perwakilan wanita dalam kepimpinan di semua peringkat parti, tugasan yang lebih serius dan utama ialah mempersiapkan wanita supaya bersedia memegang sebarang jawatan dan kedudukan yang ditawarkan oleh parti.   Wanita juga harus dipersiapkan agar bersedia dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab untuk  melaksanakan amanah yang diberi dengan sempurna.   Wanita KEADILAN Selangor memberikan penumpuan khusus mengenai proses  grooming ini dan akan bekerjasama rapat dengan Biro Latihan Parti bagi memperkemaskan modul-modul dan latihan yang diperlukan.

Fasa menghampiri dekad kedua dalam Parti Keadilan Rakyat akan menjadi suatu fasa yang sangat menguja sekelian wanita Malaysia, bahkan lelaki juga.   Peningkatan interaksi dan perkongsian dalam proses membuat keputusan di berbagai peringkat kepimpinan parti akan merapatkan saf, lelaki dan wanita, saling lengkap-melengkapi satu sama lain; keduanya memiliki kepelbagaian, dari segi pemikiran, kemahiran dan disokong oleh suatu pendekatan positif yang akan terus memberi manfaat kepada semua pihak.

Wanita Berdaya, Harapan Negara.

Haniza Talha
Ketua Wanita Selangor
Parti Keadilan Rakyat

———————————————————————————————————————————————————————————————

Date: 12 May 2009

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Parti Keadilan Rakyat
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Telefon: +603 7885 0530
Faks: +603 7885 0531
E-mel: ibupejabat@keadilanrakyat.org
Laman Web: http://www.keadilanrakyat.org

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM’S MEDIA STATEMENT ON THE ACTIONS OF THE MYANMAR JUNTA AGAINST DAW AUNG SAN SUU KYI AND THE PEOPLE OF MYANMAR

Malaysians were outraged to hear news that Daw Aung San Suu Kyi was denied medical attention this weekend despite widely publicized reports that she is suffering from dehydration and low blood pressure. Although her captors finally acceded to pressure to allow for proper treatment the delay was unreasonable. I urge that she continue to receive all necessary medical attention without haste or prejudice.

Furthermore we urge the Myanmar authorities not to use the recent unauthorised visit to her home by an American national as a pretext to extend the period of her detention. Aung San Suu Kyi’s release should be immediate and unconditional and any further prolongation of her incarceration would be an affront to the values of justice and democracy.

I urge Asean to lead the world in condemning the intransigence shown by the military junta and demand for free and fair elections to be held as soon as possible to restore democracy the rule of law and human rights to the people of Myanmar.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
————————————————————-
Sebaran Media

Timbalan Ketua Wanita KEADILAN

7 Mei 2009

BEBASKAN SERTA-MERTA KETUA WANITA KEADILAN DI PERAK

Wanita KEADILAN membantah keras penahanan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin pagi tadi oleh Polis Perak.

Ia dilakukan sembarangan tanpa hemah, jauh sekali bersifat rasional dalam menentukan sebarang tangkapan.

Zuraida Kamaruddin telah diundang oleh Dewan Undangan Negeri Perak sebagai tetamu-pemerhati di sidang Dewan tersebut hari ini.

Kemelut Dewan Undangan Negeri Perak adalah ciptaan Umno-Barisan Nasional yang telah hilang pertimbangan dan kewarasan. Insiden yang sedang berlaku di Perak amat memalukan Malaysia di mata dunia dan menjadikan golongan muda di Malaysia boleh hilang keyakinan terhadap kepimpinan generasi masakini yang diharapkan menjadi tauladan yang baik untuk dicontohi oleh generasi muda, harapan masa depan negara.

Perundangan koboi yang digunapakai dalam merampas kuasa di Perak telah menjadikan Malaysia a laughing stock oleh para pemerhati politik dunia. Sikap berdiam diri pucuk pimpinan negara yang melihat segala kedurjanaan ini berlaku di hadapan matanya memberi isyarat yang jelas bahawa ia dilakukan dengan sepenuh keizinan, tanpa batas.

Bilakah kerajaan Umno-BN akan menerima hakikat bahawa rakyat Perak ingin memilih sendiri kerajaan negeri Perak? Rakyat menuntut supaya Dun Perak dibubarkan.

Wanita KEADILAN menggesa dihentikan serta-merta perbuatan yang mencemar maruah negara dengan insiden berterusan cubaan rampasan kuasa yang tiadakelihatan kesudahannya di negeri Perak.

Wanita KEADILAN juga menuntut agar dibebaskan serta-merta Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan semua tahanan dalam operasi mengahalang kemasukan ke Dewan Undangan Negeri Perak pagi tadi.

Rodziah Ismail

Timbalan Ketua Wanita KEADILAN

—————————————————————————————————————-

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan sebaran media di atas, sila hubungi Rozaini Mohd Rosli,

tel.: 0192676879, email: rozainiebbm@yahoo.com
—————————————————————-
Perutusan Hari Pekerja oleh
YB Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi Kaukas Eksploitasi Pekerja
Peringkat Parlimen Malaysia

Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat kaum pekerja di Negara ini. Setelah 51 tahun kita mencapai Kemerdekaan, kaum pekerja di Negara ini ternyata tidak langsung dihargai melainkan dengan janji-janji yang tiada nokhtahnya.

Majoriti pekerja di Negara ini dipinggirkan daripada menikmati arus kemewahan dan keselesaan kehidupan. Pada setiap tahun apabila bajet dibentangkan tiada ransangan keselesaan untuk kaum pekerja diperkasakan, termasuk mini bajet yang diluluskan di parlimen dan dibentangkan baru-baru ini.

Pada tahun ini dan tahun 2010 diramalkan ekonomi dunia akan merudum dengan dahsyatnya dan Negara Malaysia tidak terkecuali mengalami tempias ini, namum setakat ini belum kelihatan usaha kerajaan untuk membantu kaum pekerja dengan bersungguh-sungguh. Setiap hari kadar pengangguran bertambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, rakyat yang bekerja di Singapura diberhentikan, kilang-kilang banyak ditutup terutama daripada sektor pembuatan, gaji pekerja dipotong dan masa bekerja dipendekkan jika tiada usaha dilakukan maka akan bertambah pengangguran di Negara ini.

Terdapat beberapa langkah diambil oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini, namum saya percaya langkah ini tidak langsung memberi faedah kepada kaum pekerja seperti mengadakan latihan yang tiada halatujunya. Isu lapuk belum lagi selesai seperti :-
1) Gaji minimum, terdapat pekerja sempadan yang berpendapatan RM150 sebulan.
2) Kola.
3) Pindaaa akta Perusahaan dan akta Kesatuan yang membunuh kaum pekerja.
4) Pekerja asing mengambil tempat pekerja tempatan dengan melanggar akta Pekerja.
5) Pengangkutan awam untuk rakyat kaum pekerja.
6) Harga barang yang melampau kenaikannya.
7) Tabung Renti Sentara.
8) Penyediaan perumahan untuk kaum pekerja.

Banyak lagi isu yang belum diselesaikan, dewasa ini kaum pekerja berdepan dengan masalah yang besar iaitu kegawatan ekonomi yang tidak di ketahui bila akan sampai ke penghujungnya.

Saya selaku Pengerusi Caucus berdoa agar kaum pekerja bersabar dan berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan ekonomi Negara ini keluar daripada kemelut kegawatan ini. Semoga Hari Pekerja disambut dengan penuh keyakinan bahawa ekonomi Negara akan stabil dan pembelaan terhadap pekerja akan terlaksana.

Sekian.

Hidup Pekerja!

——————————————————————

Kenyataan Media
1 April 2009

Kedudukan dua orang calon bebas di Bukit Selambau

Saya ingin menjelaskan kedudukan sebenar dua orang calon bebas di Pilihanraya Kecil bukit Selambau yang nama mereka dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat(KEADILAN).

Md Radzi Md Lazim pernah memimpin bahagian Baling. Setahun dahulu, beliau dipecat dari KEADILAN berikutan kenyataannya dalam media memburukkan parti dan mengisytiharkan dirinya keluar parti.

Beliau kemudian cuba memohon menjadi ahli baru, akan tetapi permohonannya ditolak. Jelas beliau bukan ahli KEADILAN.

Mengenai A. Jayagopal, yang pernah mengetuai bahagian pokok sena, beliau telah digantung sejak tahun lalu oleh kerana ada beberapa kes berkaitan dengannya yang sedang disiasat oleh Lembaga Displin Parti.

Sekarang, disebabkan beliau bertanding melawan calon rasmi KEADILAN, maka, sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Parti tahun ini, keahliannya dalam parti dengan sendirinya ditamatkan.

Jadi sekarang beliau tidak ada kaitan dengan KEADILAN. (tamat)

DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

_______________________________________________________

Press Statement
1 April 2009

Position of two independent candidates in Bukit Selambau

I wish to clarify the real position of two independent candidates in the Bukit Selambau by election, whose names have been linked to Parti Keadilan Rakyat(KEADILAN).

Md Radzi Md Lazim used to lead the Baling division. Last year, he was sacked from the party for bad-mouthing it and announcing he had left the party to the media.

Later, he tried to re-apply to be a new member, but his application was rejected. So, he is not a member of KEADILAN.

As for A. Jayagopal who was a leader of Pokok Sena division, he was suspended since nearly a year ago, pending on investigation by the disciplinary board on certain cases against him.

Now that he has stood against the official candidate of KEADILAN, then, consistent a standing regulation that was agreed upon by the Party early this year, he will automatically cease to be a member of KEADILAN.

Therefore, he should not be linked with the Party anymore.(end)

DR SYED HUSIN ALI
Deputy President
Parti Keadilan Rakyat

———————————————————————————————–

Kenyataan Media (18 Mac 2009)

DEWAN PEMUDA PAS MENGUCAPKAN TAKZIAH

ATAS PEMERGIAN USTAZ JAIS ANWAR

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pemimpin veteran PAS, Allahyarham Ustaz Jais Anwar, yang telah pulang ke rahmatullah lewat petang semalam di London.

Allahyarham semasa terlibat dengan PAS pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat bagi penggal 1969 hingga 1971.

Pimpinan Dewan Pemuda PAS mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

AHMAD SABKI YUSOF

Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS Pusat.

———————————————————————————————-

KENYATAAN AKHBAR UNTUK EDARAN SEGERA

NIK NAZMI NIK AHMAD
Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor
3 MAC 2009

KHIR TOYO TIDAK FAHAM UNDANG-UNDANG CUKAI

Dalam kemelesetan ekonomi Kerajaan Negeri Selangor sedang menjalankan satu proses penilaian terhadap semua anak syarikat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan prestasi syarikat.

Dalam proses berkenaan, satu kumpulan penasihat yang dilantik oleh Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorprated, MBI) mendapati syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad telah gagal memasukkan faedah bukan wang (benefits in kind) di dalam Borang EA yang telah dikembalikan pada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun-tahun yang lepas.

Antara “benefits in kind” yang tidak dimasukkan dalam Borang EA adalah faedah kereta Harrier dan pemandu yang telah diberikan kepada bekas Menteri Besar Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang juga bekas pengerusi PNSB. Namun, Khir Toyo berkata kepada Berita Harian pada 27 Feb 2009: “Ia adalah prosedur standard. Jika saya membayar cukai kereta ia akan menjadi bayaran berganda kepada LHDN kerana syarikat juga membayarnya”.

Kenyataannya menunjukkan betapa ceteknya pemahaman bekas Menteri Besar itu dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan anak syarikat. Semalam, sewaktu wakil PNSB bertemu dengan pihak LHDN, badan kutipan cukai itu berkata segala “benefits in kind” mestilah dimasukkan dalam borang EA dan tiada pengecualian boleh diberi tanpa mengira kedudukan dan pangkat dalam syarikat tersebut.

Apakah Khir Toyo tahu makna “benefits in kind”? Jika tidak, ianya amatlah memalukan sebagai seorang bekas Menteri Besar yang telah mengetuai Kerajaan Negeri selama dua penggal. Ataupun beliau hanya mahu mengelak dari dipertanggungjawabkan atas kesalahan ini? Walaubagaimanapun Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan meneruskan proses penilaian terhadap anak-anak syarikat lain demi menjalankan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.

Kenyataan Media:

Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita KeADILan
2 Mac 2009

Merayatkan Masjid di Malaysia

Jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mashitah Ibrahim, mengenai soalan saya tentang hasrat kerajaan dalam mengimarahkan masjid-masjid di Malaysia amatlah mengecewakan.
Beliau tidak menjawab soalan saya, dalam sesi soal jawab lisan, dengan memberikan peratusan atau angka sebenar mengenai masjid-masjid yang terpilih untuk dijadikan Masjid Hadhari oleh Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

Kenyataan beliau adalah bercanggah dengan kenyataan yang sedang berlaku di masjid-masjid di seluruh negara – bahawa kebanyakan masjid-masjid di Malaysia hanyalah tertumpu sebagai pusat ibadah khusus semata-mata. Contoh yang diberi, Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bharu adalah suatu masjid yang unik bukan sebagai suatu norma yang yang berlaku di sebahagian besar masjid-masjid di Malaysia.
Namun, bersolat di masjid belum menjadi amalan yang biasa dan meluas di kalangan umat Islam.

Kenyataan beliau bahawa soalan saya timbul kerana mendapati masjid tidak boleh dipolitikkan amatlah mempamerkan kedangkalan yang tidak munasabah bagi seorang Timbalan Menteri yang berpendidikan agama yang tinggi.

Fenomena Masjid Dhirar yang saya sebutkan telah berlaku di Malaysia di mana pengimarahan masjid bukanlah kepentingan utama masjid itu dibina; masjid dikagumi kerana keindahan senibinanya dan perbelanjaan jutaan ringgit yang telah dibelanjakan dalam pembinaannya. Contohnya, di Kuala Terengganu, kerajaan telah membelanjakan lebih RM200juta untuk membina Masjid Kristal dan persekitarannya di mana solat Jumaat pun tidak dilaksanakan.

Kerajaan Umno-BN sebenarnya tidak mempunyai hasrat dan kesungguhan politik untuk menjadikan semua masjid-masjid di Malaysia ini sebagai pusat spiritual, ekonomi, komuniti, muamalat, sosial, dan pelbagai lagi bidang sehingga masjid itu menjadi rakyat-oriented dan berfungsi seperti mana yang telah dicontohkan oleh Rasulullah saw.
Konsep masjid yang dibina oleh Rasulullah saw dahulu telah juga dimanafaatkan oleh non-Muslim.

Jabatan Perdana Menteri digesa menilai semula status dan fungsi masjid di Malaysia.
Ciri-ciri era interaksi sesama manusia yang pantas dan tanpa sempadan wajarlah diambilberat oleh Jabatan Perdana Menteri dalam menilai dan mengkaji semula status masjid diseluruh negara. Masjid sewajarnya menjadi tumpuan rakyat, khususnya umat Islam dari pelbagai lapisan masyarakat, tua dan muda, dan gender sebagai pusat pendidikan Ilmu Islam sehingga Islam itu difahami seutuhnya. Kefahaman sedemikian adalah penuyumbang besar dalam dasar dan agenda perpaduan negara.
——————————————————————–
Kenyataan Media

oleh YB N.GOBALAKRISHNAN Ahli Parlimen Padang Serai

18 Feb 2009

Negara dikejutkan dengan satu lagi kes pembunuhan 6 suspek lelaki india secara kejam oleh pihak polis di sebuah premis perniagaan yang terletak di Karangan, Kulim, Kedah. Mereka yang terbunuh adalah Elanggo a/l Raju, Santhana, Dhilip Kumar, Pannirselvam, Vadivelu, Chandran. Elanggo merupakan seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam membeli barangan terpakai komputer manakala Santhana dan Dhilip Kumar merupakan pekerja-pekerja Elanggo. Turut dibunuh di tempat kejadian adalah kawan-kawan Elanggo, iaitu Pannirselvam dan Vadivelu yang turut bersama beliau datang melawat premis perniagaan iaitu sebuah gudang yang dijadikan stor untuk menyimpan barangan terpakai komputer milik Elanggo. Pannirselvam adalah seorang penduduk kawasan Kulim yang bekerja di Singapura dan beliau di jangka pulang ke Singapura dalam masa 2 hari lagi selepas habis bercuti di Kulim. Manakala mangsa terakhir adalah Chandran yang merupakan seorang pekerja kontrak dari Selama, Perak yang di upah oleh Elanggo untuk kerja baik pulih gudang milik beliau. ———————————————————————————————–

Kenyataan Akhbar

YB Arumugam a/l Vengatarakoo,
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,
merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

2hb Februari, 2009

Sidang media ini dipanggil untuk menerangkan beberapa perkembangan terbaru yang serius yang melibatkan isu-isu politik yang berunsurkan jenayah yang sedang berlaku di negeri Kedah, yang melibatkan saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Satu repot polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8hb Mac, 2008. Ianya juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. Ke semua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari Parti Keadilan Rakyat ke Barisan Nasional.

Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik saya pada 17/10/2008, mengugut saya melalui pegawai saya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31/3/2008, mengugut keselamatan keluarga saya, insiden memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri model Proton Perdana no BKL 4000 dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17/12/2008, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari Parti Keadilan Rakyat, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.

Perkembangan peristiwa yang menimpa 2 orang teman exco PKR di Perak telah menyebabkan saya tampil untuk membuat kenyataan akhbar ini. Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti.

Saya juga mendesak agar pihak polis akan segera membuat siasatan terhadap ke semua laporan-laporan polis yang telah saya buat sejak Mac, 2008 dan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga saya. Ini semua akan membolehkan saya mampu berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaan negeri Kedah dan ahli dewan undangan negeri Bukit Selambau, tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya.

Sekian, terimakasih,

Arumugam a/l Vengatarakoo,
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,
merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

——————————————————————

19 Januari 2009

PEMBANGUNAN BUKAN LAGI GULA-GULA YANG MANIS BAGI RAKYAT KUALA TEENGGANU

Pilihan Raya kcil Kuala Trengganu merupakan hadiah paling manis bagi Pakatan Rakyat sempena menyambut tahun baru 2009 dan tahun baru Islam 1429Hijrah. Wanita Parti keADILan Rakyat Negeri Melaka dan seluruh Malaysia besama AJK Perhubungan Negeri telah berkampung di DUN Batu Buruk dan sekitar Kuala Terengganu sejak Hari Penamaan Calon hinggalah selesai proses penjumlahan undi. Ini sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi atas dasar setia kawan didalam Pakatan Rakyat.

Pengundi wanita disekitar Kuala Trengganu menyatakan keluhan mereka kerana kenaikan harga barangan yang tidak terkawal. Penurunan pendapatan hasil kerja tangan (songket,batik dan sutera ) kerana pembeli begitu berhati-hati dan tidak mampu membayar harga yang yang tinggi sedangkan pengusaha kecil-kecilan ini terpaksa mengeluarkan modal yang besar kerana bahan mentah yang semakin mahal dan apa yang menyedihkan lagi kebanyakan mereka ini adalah terdiri dari ibu-ibu tunggal yang menyara anak-anak yang masih besekolah.

Mewakili wanita Parti keADILan Rakyat Negeri Melaka dan warga keADILan Melaka keseluruhanya, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas keberanian rakyat Kuala Trengganu membuat keputusan untuk melihat perubahan. Sesungguhnya pembangunan bukan lagi gula-gula yang manis bagi mereka…

MAHANI BTE MASBAN

Ketua Wanita Negeri

Parti keADILan Rakyat Negeri Melaka

6 Responses to “Kenyataan Media (Dikemaskini)”

  1. zzalila.ny Says:

    saya merujuk kepada kenyataan media YB Arumugam, saya setuju dgn tindakan beliau membuat laporan polis mengenai situasi beliau, saya juga berharap agar semua YB-YB tak kira dari negeri mana akan mengambil tindakan yg sama supaya apa yang terjadi di Perak akan dijadikan iktibar, cuma apa yg saya bimbangkan adalah adakah semua laporan polis yg dibuat akan diambil tindakan,jika YB-YB terasa akan adanya ancaman kepada mereka, maka perlu mengadakan sidang media agar rakyat dapat memahami situasi dan tidak salah anggap.

  2. Amizul Bin Ahmad Says:

    “He (God) it is Who did create you from a single soul and therefore did create his mate,that he might dwell with her (in love)”

    “The creator of heavens and earth: He has made for you pairs from among yourself”

    “And God has given you mates of your own nature and has given from your mates,children and grandchids and has made provisions of good things for you”

    ”So their Lord accepted their prayers (saying): I will not suffer to be lost the work of any of you whether male or female”

  3. Amizul Bin Ahmad Says:

    Berfirman allah Ta’ala:
    “Katakanlah” “Siapa yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi?”Katakanlah : “Allah”.
    [Saba ayat24]

    Tajuk: Rezeki pemberian Allah.

    Rezeki, adalah penting untuk kita.
    Berusahalah untuk rezeki kita,
    dengan nilai bersama berusaha.
    Allah pemberi rezeki kita.

    Katakanlah, Allah pemberi rezeki.
    Dari langit dan bumi ini.
    Kamu, ada rezeki pemberian Ilahi.
    Usahalah cari rezeki ,Ilahi.

  4. Urjani Salvi Says:

    A thousand thanks for inspiring me to go look up my own inquiry.
    Yours was way more indepth than mine.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: