Aktiviti

————————————————————————————————————

PKR Meradong branch Chairman Mr Gilbert Ngadi organise a Gawai dinner on 6th June, 2009.

Among the gues invited are YB Dominique Ng (Advisor of PKR Sarawak), Pn Zuhaidah, (Asistant Secretary of PKR Sarawak), Mr. Robert Lim (Division Chief of Bahagian Sibu), Miss Kung Chin Chin (Chief Division of Sarikei), Dr. Ting of Pelawan Branch.

It was a successful event with almost 80 tables taken up by members and supporters of PKR Meradong.

Besides the dinner, a ‘Miring and Gong’ ceremony a symbolic of the event inconjunction of Gawai Dayak (Ngiling Bidai).

Regards,

Zulhaidah

Miri

————————————————————————————————————————

1BLACKMalaysia in Miri, Sarawak:

———————————————————————————————–

Pilihan Raya di Dua Bukit dan Batang Ai

oleh Rozaini M R

Bukit Selambau dan Bukit Gantang

Di Bukit Selambau, Exco Wanita Keadilan Pusat yang diketuai oleh Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin telah bertemu calon KEADILAN di Bukit Selambau pada 21 Mac 2009 lalu di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Merbok.

Beliau seorang pemuda yang berjiwa besar dan dibesarkan dalam suasana muhibbah, di mana hubungan kemanusiaan adalah berdasarkan hubungan antara insan tanpa mengira siapa mereka. Beliau berkeyakinan bahawa perjuangan beliau dalam KEADILAN adalah suatu perjuangan yang soleh yang memerlukan pengorbanan. Beliau fasih berbahasa Melayu Kedah dengan pertuturan yang lembut dan sentiasa mengalu-ngalukan pandangan bernas daripada mereka yang lebih senior dalam parti. Semuga para senior sentiasa memberikan nasihat terbaik, berpandukan kepentingan dan kehendak rakyat dalam penjadualan program dan aktiviti untuk beliau.

Banyak usaha perlu dilaksanakan dalam memperkenalkan calon N25 Bukit Selambau, Manikumar, 35 tahun, sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak. Pemilihan beliau sebagai calon, daripada hampir 20 nama-nama lain telah menimbulkan kontroversi di kalangan segelintir para aktivis. Dalam meneruskan perjuangan politik baru dan azam menghancurkan politik durjana yang dibawa oleh Umno-BN, seluruh jentera pilihan raya, aktivis, ahli dan penyokong KEADILAN di Bukit Selambau wajar berdiri sesaf dengan calon yang telah dipilih oleh pimpinan secara kolektif. Proses pemilihan telah menentukan bahawa Manikumar akan memikul amanah meneruskan apa yang disebut oleh beliau sebagai sebuah perjuangan yang soleh di saat-saat genting scenario politik semasa.

Pengarah Jentera Pilihanraya Wanita KEADILAN Bukit Selambau, Salma Ismail, telah mengerahkan aktivis, ahli-ahli, penyokong dan simpatisan Wanita KEADILAN untuk memberi segala keupayaan dan kesungguhan yang ada bagi mengekalkan kerusi Pakatan Rakyat Dun Selambau dalam Pilihan Raya kecil kali ini. Selepas pelancaran Bilik Gerakan dan Jentera Pilihan Raya Kecil Wanita Bukit Selambau pada 20 Mac, satu analisis dan laporan gerak kerja pilihan raya kecil juga telah dibentangkan kepada rombongan Wanita KEADILAN yang disertai juga oleh Naib Ketua, Noorsham Abu Samah dan dari Biro Penerangan, Rozaini Mohd Rosli.

Keesokan harinya, 21 Mac, acara Sambutan Hari Wanita Sedunia telah disempurnakan di Pekan Bukit Selambau yang telah dirasmikan oleh Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin. Penduduk kampung berhampiran telah bersama-sama menyambutnya. Kira-kira 100 orang telah hadir. Zuraida Kamaruddin juga telah menyertai majlis minum petang dengan penduduk di Batu Belacan, Bukit Selambau di mana bekas Adun, Arumugam tewas sebanyak empat undi. Manikumar, calon Bukit Selambau, telah menyerikan lagi majlis dengan kehadiran beliau.

Selepas itu Zuraida Kamaruddin telah meneruskan lawatan kerja ke Bukit Gantang besama Pimpinan Pakatan Rakyat menyambut Hari Wanita Sedunia peringkat Negeri Perak bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat. Turut hadir dalam sambutan tersebut ialah pimpinan PAS dan DAP.

Pilihanraya Kecil Batang Ai

Dalam perkembangan terdahulu, pada 16 dan 17 Mac 2009, Ketua Wanita dan rombongan telah ke Batang Ai merasmikan Bilik Gerakan Wanita dan melancarkan Jentera Pilihan Raya Kecil Wanita di Batang Ai.

Kempen katakan ”Tidak” kepada Politik Durjana” dan pelancaran Srikandi Sarawak juga telah disempurnakan. Turut hadir ialah barisan Pimpinan Wanita Negeri Sarawak yang diketuai oleh Ibi. Pengarah Pilihanraya Wanita Batang Ai, Agnes telah mengatur beberapa siri program lawatan Wanita Pusat ke Batang Ai. Calon Batang Ai belum lagi diumumkan tatkala laporan ini ditulis.

Lawatan ke dua buah Rumah Panjang di Batang Ai telah mengenali dengan lebih dekat hal-ehwal penduduk luar bandar Dayak di sana. Masalah rakyat di mana-mana saja di Malaysia adalah sama, menurut Zuraida Kamaruddin – perkhimatan pendidikan, kesihatan, perumahan dan kemudahan asas yang belum sempurna.

Dalam sesi perbahasan peringkat jawatankuasa usul permohonan pertambahan perbekalan 2008, Zuraida Kamaruddin telah membangkitkan beberapa isu. Antaranya ialah mengenai perkhidmatan kesihatan di Lubok Antu. Beliau telah terlibat dalam mengendalikan seorang ibu yang disyakki keguguran anak yang perlu perhatian segera seorang doktor. Malangnya di Lubok Antu, doktor hanya hadir seminggu sekali dan ketika itu tiada doktor yang bertugas, hanya pegawai kesihatan. Ibu yang malang itu terpaksa dibawa ke Hospital Sri Aman yang memakan masa lebih dari setengah jam perjalanan, melalui jalan yang sebahagiannya sangat teruk keadaannya dan berisiko tinggi kepada ibu tersebut.

Di Hospital Sri Aman, doktor yang merawat ibu yang malang itu telah mengadu kepada Zuraida Kamaruddin dan mengatakan, “YB, tolonglah kami. Hospital ini tidak cukup kelengkapan. Sudah berapa puluh tahun tak cukup doktor, tak cukup peralatan, semua(nya) out of dated”. Doktor tersebut merintih kepada Zuraida Kamaruddin agar perihal kedaifan Hospital Sri Aman dibangkitkan di Parlimen kerana dirasakan bahawa tidak ada wakil rakyat Barisan Nasional yang sanggup terus berjuang untuk memperbaiki keadaan di hospital tersebut. Doktor itu berasa kecewa kerana beliau tidak

dapat berkhidmat dengan baik, di mana kadar kematian adalah tinggi.

Kekayaan yang dinikmati oleh Sarawak rupanya tidak sampai keseluruhannya kepada rakyat jelata – rakyat Sarawak rata-rata masih menanggung berbagai kekurangan dalam menerima perkhidmatan terbaik untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Kenapakah sebahagian rakyat Sarawak berterusan dalam keadaan sedemikian sedangkan para pemimpin mereka telah menjadi terlalu kaya, memiliki berbagai harta di dalam dan di luar negera?

Di Parlimen, beberapa wakil rakyat BN sendiri seperti Ahli Parlimen Sibuti, apabila beliau bangun berucap, sering mengutarakan kekurangan kemudahan asas rakyat di Sarawak, khususnya di kawasan beliau. Berbilion ringgit dijanjikan tetapi tidak kelihatan pembangunan dan perkhimatan asas di kawasan-kawasan yang dijanjikan.

———————————————————————————————–

Don’t quit, northern region PKR women urge Wong

Athi Veeranggan | Feb 19, 09 11:20am malaysiakini.com
elizabeth wong and bukit lanjan seat 170209

The northern region PKR women movement has called on embattled Bukit Lanjan assemblyperson Elizabeth Wong not to resign from her state executive councillor post and state assembly seat following her nude photographs controversy.

The group spokesperson, Dr Joyce Lee Yueh Choo, alleged that Elizabeth Wong was actually a victim of the Barisan Nasional political conspiracy to destroy PKR and the Pakatan Rakyat coalition.

“The conspirators are actually worse than animals,” she told a joint press conference at Permatang Pauh today.

The movement, comprising PKR women members from Penang, Kedah and Perlis, called on the Selangor Menteri Besar Abd Khalid Ibrahim and Pakatan Rakyat leadership not to accept Elizabeth Wong’s resignation.

She did not commit any wrong, the movement said.

pkr wanita penang support for elizabeth wong event 190209 dr joyce lee yueh choo“It was a gross violation of her privacy and human rights,” Dr Joyce Lee said, adding that Wong should not resign due to “her exemplary political commitment and performance” shown since becoming an elected representative.

She listed down several controversies that had surfaced in the country’s political scene, which justified the movement’s assertion that BN was all out to kill off Pakatan’s surge as a political force in the country.

Abuse of the Internal Security Act

Among the main controversies were the murder of Mongolian lass Altantuya Shaariibuu and the subsequent disappearance of private investigator P Balasubramaniam and his family after he had made a shocking two statutory declarations related to the murder case.

In the first statutory declaration, Balasubramaniam claimed that Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak had links with murdered Altantuya, only for him to deny it the next day with a fresh statutory declaration.

Then there is the Mohd Saiful Bukhari Azlan sodomy allegation on PKR supremo and Permatang Pauh parliamentarian Anwar Ibrahim.

pkr wanita penang support for elizabeth wong event 190209 02Lee also cited the abuse of the Internal Security Act to clamp down on politicians, activists, bloggers and even journalists as evidence to prove that BN was bent on using all intimidating tactics to stem Pakatan’s rising tide as a viable alternative political entity.

The recent Perak political crisis triggered by the fall of the Pakatan state government, resignation of PKR’s Bukit Selambau assemblyperson and Kedah executive councillor V Arumugam and now Elizabeth Wong, are all creations of the BN’s political strategy, said Dr Joyce Lee.

“Najib and company have been violating the Federal Constitution, human rights and ethical political norms. It’s an unhealthy political trend testing public patience. This bad political culture must be stopped,” she said.

———————————————————————————————–

Wanita KeADILan Perak bersama Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin, selepas mesyuarat AJK Wanita Perak:

Pada awal Januari lalu, Ketua Wanita Perlis, Tuan Marja Tuan Mat dan Wanita KeADILan negeri Perlis telah menziarahi bekas Ketua Wanita Bahagian Kangar, Norramnah Joned yang telah menjalani pembedahan kanser payu dara.

Ketika di hospital:

—————————————————————–
Pada 13 januari 2009 kira-kira jam 12.30 tgh, AJK Wanita Peringkat Negeri Sarawak, Zulhaidah, bersama Wanita KeADILan di Bahagian Miri telah melawat 2 buah perkampungan Melayu, iaitu Kpg. Sebalik dan Kpg. Lubuk Buinin di Bahagian Sibuti (P.218) yg telah ditenggalami air setinggi 2 – 4 kaki akibat banjir. Dengan menaiki bot penduduk kampung mereka telah berjaya memasuki kawasan perkampungan tersebut dengan disambut oleh penghuni berhampiran. Terdapat kira-kira 80 buah rumah telah dimasuki air kerana hujan yang tiada henti sejak dari 09.01.09 sehingga mengakibatkan surirumah dan warga tua sukar keluar untuk mendapatkan bekalan makanan kerana dikuatiri keselamatan yg kurang memuaskan. Kanak-kanak yg tinggal berhampiran sekolah sahaja kelihatan pergi ke sekolah. Kami akan mengadakan lawatan seterusnya dalam masa terdakat besertakan bekalan makananan keperluan lain demi meringankan beban warga tua, petani serta suri rumahtangga yg memerlukan. ——————————————————————-

Biro latihan pusat yang dipengerusikan oleh Fuziah Salleh, mantan Ketua Wanita KeADILan, telah berjaya mengadakan Training for Trainers (TOT) zon utara pada 11 Januari 2009 di Emerald Puteri Hotel, Sungai Petani. TOT dihadiri wakil-wakil 4 negeri seramai 25 orang.
Perak – 8 orang
Kedah – 7 orang
P. Pinang – 7 orang
Perlis – 3 orang
Mr. Sean William Walsh dari International Republican Institute merupakan fasilitator bersama dengan Mr. Tyler Sandberg. Dua tajuk utama :
1. Recruitment and retention
2. Communication
Seramai 13 orang wanita turut hadir sebagai peserta.

——————————————————————————————

Disember 2008, Tahniah Dr Zaleha Mustafa, Naib Ketua Wanita KeADILan, kerana dilantik sebagai Ketua Perhubungan Negeri Johor!

——————————————————————————————-

Catatan maklum balas pengunjung blog ini:

  1. rashimah Says:
    December 28, 2008 at 5:29 pm Tahniah kepada wanita keadilan negeri perak kerana telah berjaya mengujudkan laman webnya sendiri. Tahniah juga kepada En. Osman b. Abdul Rahman kerana telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru. Semoga perlantikan ini akan mengukuhkan lagi Parti KeADILan Rakyat Perak dan semoga sentiasa menghargai pengorbanan WAnita Perak dalam perjuangan menuntut keadilan.

    Ketua Wanita Bahagian Bagan Serai

  2. wanitakeadilan Says:
    December 28, 2008 at 11:23 pm editYa, Tahniah Wanita KeADILan Perak.
    URLnya untuk pengetahuan umum?
  3. sham Says:
    January 2, 2009 at 7:41 am Terkejut juga saya tengok calon pas di KT ni.

    Walau apa pun sokongan untuk PAS meang amat diperlukan. Kawan2 semua, marilah beri sokongan kepada calon PAS. tambahkan lagi ahli parlimen PR dalam Parlimen.

    Hidup Pakatan Rakyat

    Hidup Pakatan Rakyat

    Hidup Pakatan Rakyat

    Hidup Pakatan Rakyat

    Hidup Pakatan Rakyat

    Hidup Pakatan Rakyat

    Hidup Pakatan Rakyat

——————————————————————————————

17 Disember 2008

JERIT di Taman Medan, Selangor bersama Adun Taman Medan, Haniza Talha yang juga Naib Ketua Wanita KeADILan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: