Dari Shah, Blogger

Dua bloggers dan dua petugas KeADILan ditahan di Kuala Kangsar ketika sedang menyebar risalah. Mereka masih lagi berada dalam tahanan. Satu lagi cara penakut kerajaan UMNO dan BN… saya dalam perjalanan ke sana!

UPDATE @ 1:13 pm: Saya masih lagi di balai, belum selesai lagi soal siasat. Sudah hampir 2 jam!

Advertisements

Staf kerajaan negeri Perak telah membuka tingkap-tingkap pejabat di bangunan SUK melambai-lambai kepada MB Perak yang kelihatan dihalang oleh FRU masuk ke perkarangan bangunan SUK.

Trak-trak FRU telah dikerah menahan MB dan Exco kerajaan Pakatan Rakyat yang sah daripada memasuki pejabat mereka.

Demokrasi di Malaysia telah diaibkan oleh penggunaan kekerasan fizikal mengatasi kewarasan menurut landasan undang-undang. TPM Najib Razak menjadi perancang rampasan kuasa di Perak akan berhadapan dengan kuasa rakyat yang hanya akan berundur sekiranya segala kepincangan dan perlanggaran batasan perundangan dihapuskan.

MB Perak bertugas seperti biasa

MB Perak, Nizar Jamaluddin akan terus melaksanakan tugasan beliau sebagai MB. Beliau tetap akan ke pejabat dan sekarang sedang menuju ke sana.

Ketua Wanita KeADILan (Zuraida Kamaruddin), Exco Wanita (Rozaini Mohd. Rosli), Ketua Wanita Perak (Fathmawathy Salim) dan aktivis KeADILan Perak (Suzana Manja Ibrahim) telah menziarahi keluarga Allahyarham Ahli Parlimen Bukit Gantang, Hj. Roslan Shaharum, di kediaman mereka di Batu Gajah petang tadi.

Ribuan rakyat dan para pemimpin PR telah hadir mengiringi jenazah beliau. Allahyarham Roslan seorang yang sopan dan tepat bila berbicara, beliau telah berusaha untuk bertemu rakyat di semua kampung dalam Parlimen Bukit Gantang. Rakyat Bukit Gantang telah kehilangan wakil yang benar-benar prihatin rakyat. Semoga akan digantikan dengan yang serupa atau yang lebih baik.

Perancangan Tuhan tiada dapat ditolak walapun segala jentera manusia ingin menghalanginya.

Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

Kami dimaklumkan berita mengejut pemergian Ahli Parlimen Bukit Gantang sebentar tadi, Allahyarham YB Haji Roslan Shaharum, beliau diserang sakit jantung. Ketua Wanita KeADILan & seluruh Exco Wanita KeADILan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, semoga menerima musibah ini dengan penuh kesabaran.

09042008730

Gambar YB Roslan dari blog beliau di http://parlimen059.blogspot.com/

By-election in Kedah

Adun Bukit Selambau telah letak jawatan sebagai wakil rakyat Bukit Selambau.

Perhimpunan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar Perak

Satu perhimpunan besar menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.