WACANA GENDER-Keadilan Sosial dan Perspektif Gender

WIRDA akan menganjurkan Program Wacana Gender yang akan diadakan seperti berikut:

  • Tarikh    : 9-10 Januari 2010
  • Tempat  : De Palma Hotel Ampang, Kuala Lumpur

Sila hubungi: 019-2676879/0162657551/019-3916985 atau email: secretariatwacanagender@gmail.com untuk butiran terperinci dan keterangan lanjut.

Di antara para pembentang kertas kerja ialah Mantan Timbalan Menteri Kementerian Pemberdayaan Wanita Indonesia, Dr Yusuf Supiandi, Dr Cecilia Ng, Aktivis Wanita (beliau juga berkhidmat di Women’s Development Research Centre, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, dan YB Saari Sungib (Adun Hulu Kelang).

Wacana ini akan dirasmikan penutupnya beserta Amanat kepada Wanita Malaysia oleh Dato’Seri Anwar Ibrahim pada 10 Januari 2010 jam 4 petang. Penyertaan adalah percuma.

Advertisements

TALK SERIES-JUSTICE FOR WOMEN

Pada 1 Disember 2009, Biro Antarabangsa Wanita Keadilan Pusat telah mengajurkan satu program – Talk Series – Justice For Women bertempat di Ibu Pejabat PKR, Tropicana. Seramai 78 orang peserta yang terdiri daripada bakal-bakal calon Wanita untu PRU-13 hadir dalam program ini. Antara panel jemputan adalah Professor Dr Bridget Welsh serta Stephanie Lynn (NDI).

Program ini menjurus ke arah memulakan usaha ke arah menyediakan Wanita menghadapi PRU-13. Siri yang pertama ini akan fokus kepada bagaimana Democratic Party of Japan (DPJ) boleh memenangi Pilihanraya Jepun dari tangan LDP yang hampir seusia dengan BN. Pelbagai ilmu yang berharga telah ditimba dalam program ini dan para peserta juga telah bertukar-tukar pandangan dengan ahli-ahli panel serta Ahli-ahli Yang Berhormat wanita yang turut hadir dalam program ini.