Xian Nian Hao

Perutusan Tahun Baru Cina 2009

Tahun Baru sudah menjelma.

Masyarakat Tiong Hua merayakannya tahun ini, setelah berlakunya beberapa rentetan peristiwa dan dalam suasana ekonomi global yang tidak memberangsangkan.

Pilihanraya umum 8 Mac 2008 telah menyaksikan pencorakkan pengundian yang jauh berbeza dari keputusan yang diperolehi pada tahun 2004.   Parlimen Malaysia kini meriah dengan adanya 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.   Sepuluh daripada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat adalah wanita.   Kesemua mereka menjaga penjuru masing-masing dalam Dewan Rakyat demi kepentingan rakyat jelata.   Kemenangan juga diraih dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Terima kasih, rakyat Malaysia, khususnya para pengundi Tiong Hua kerana memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

Proses transisi transformasi di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat akan memerlukan sedikit masa. Rakyat juga berperanan dalam memberi maklumbalas terhadap jentera kerajaan-kerajaan negeri dalam rangka memastikan keseluruhan jentera kerajaan mencapai wawasan, misi dan piagam pelanggannya.Terlalu banyak yang perlu diperbetulkan mengenai warisan yang ditinggalkan oleh kerajaan negeri Umno-BN yang lalu, khususnya di negeri Selangor.Pengurusan ekonomi yang lebih telus dan berorientasikan rakyat sepenuhnya sedang dibibitkan agar menjadi budaya di kalangan seluruh jentera dan kakitangan kerajaan negeri, khususnya negeri Selangor Darul Ehsan.

Wanita Malaysia membentuk kira-kira 50% bilangan populasi Malaysia.   Sungguhpun tercatat wanita Malaysia tidak mengalami terlalu banyak permasalahan dalam peluang-peluang ekonomi, pendidikan dan keperluan perkhidmatan kesihatan, masih banyak ruang untuk diperbaiki, terutamanya dalam proses membuat keputusan di berbagai aras. Penglibatan wanita dalam menentukan sesuatu keputusan adalah sebahagian dari perlaksanaan sistem demokrasi. Setelah lebih 20 tahun Dasar Wanita Negara wujud, aspek itu masih belum memenuhi peratus yang dikehendaki. Ahli-Ahli Parlimen wanita masih terlalu rendah bilangannnya, dan bilangan Menteri dalam kabinet kerajaan makin merosot dari masa ke semasa sehingga kini. Status sedemikian perlu diperbaiki agar 50% penduduk Malaysia diwakili dengan baik dan dapat pula difahami dan dijamin kebajikan dan keperluan hakiki mereka dengan baik.

Tahun 2009 telah dibuka tirainya dengan kematian ribuan wanita dan anak-anak Palestin di bumi Gaza. Di beritakan bahawa anak-anak telah ditembak mati dari jarak dekat – suatu kezaliman yang tidak dapat diungkapkan hanya dengan kata-kata. Bilakah unsur-unsur ganas, kehaiwanan ini akan berakhir? Kelesuan dan kebisuan negara Islam, khususnya yang berbangsa Arab, ketika dan selepas Gaza diganyang oleh Zionis Israel, menambah sebak di dada. Sikap kerajaan Mesir yang tidak membuka sempadan bersama Gaza telah dengan sengaja membiarkan rakyat Palestin di Gaza terkepung dan terdedah dengan kezaliman Zionis-Israel secara semberono hati; kazaliman yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah dunia dan kemanusiaannya (sila lihat teks perbahasan Ketua Wanita KeADILan menerusi Parlimen Ampang di Sidang Khas Parlimen 12 Januari lalu, selepas teks perutusan ini).

Wanita KeADILan telah dan akan terus mewarnai perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Dalam perkembangan politik domestik, Wanita keADILan akan terus menjana dan melatih serta menyediakan takungan pemimpin wanita yang bersedia menggarap dan melaksanakan tuntutan reformasi pentadbiran negara. Keadilan yang merata, tanpa mengira parti politik, ras dan agama, adalah menjadi ciri perjuangan.

Dalam kesempatan perutusan Tahun Baru ini, Wanita Malaysia diseru untuk memainkan peranan mereka secara kolektif, bertujuan memberi impak yang berkesan dalam memenuhi berbagai agenda rakyat yang berunsurkan perspektif gender.

Kepada seluruh warga Tiong Hua, Selamat Menyambut Tahun Baru, Gōngxǐ fācái, Xian Nian Hao.

Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita

Parti Keadilan Rakyat

26 Januari 2009

————————————————————————————–

Berikut adalah teks untuk perbahasan di Sidang Khas Parlimen mengenai konflik Israel-Palestin 12 Jan lalu:


Dengan izin, Tan Sri yang di-Pertua,

“Remember the solidarity shown to Palestine here and everywhere… and remember also that there is a cause to which many people have committed themselves, difficulties and terrible obstacles notwithstanding. Why? Because it is a just cause, a noble ideal, a moral quest for equality and human rights.”

–Prof. Edward W. Said (1935-2003)

Seorang ibu menangis tiada henti, meratapi kematian tiga orang anaknya yang menjadi mangsa pengeboman Gaza pada Sabtu, 27 Disember 2008 lalu.

Keganasan Israel itu telah mengorbankan dengan serta-merta 230 kematian dengan kira-kira 800 lagi cedera parah. Pengeboman bertalu-talu selama sepuluh minit itu telah dirancang untuk menghasilkan kerosakkan dan kematian yang maksimum. Bom-bom telah dilepaskan di kawasan-kawasan yang padat penduduk, dikala rakyat Gaza sedang sibuk mengurus tugasan harian mereka, anak-anak dalam perjalanan kembali dari sekolah dan ke kelas-kelas waktu petang, pejabat pula penuh dengan para pekerja dan orang ramai memenuhi jalanan kerana sesuatu keperluan.

Satu setengah juta rakyat di Gaza telah diperdayakan oleh Israel sehari sebelum keganasan itu berlaku dengan pembukaan laluan ke kawasan Gaza yang membawa masuk bantuan kemanusiaan setelah Gaza dikepong dan penduduk Gaza hampir kebuluran, seolah-olah keamanan akan berterusan buat beberapa lama lagi.

Setelah pengeboman yang pertama, Gaza menerima padah yang lebih hebat dari jet-jet pejuang F-16, helikopter yang membawa senjata dan bom, kereta kebal, kenderaan bersenjata buatan Amerika yang sehingga kini mencatatkan hampir 2000 kematian dan beribu-ribu lagi cedera parah. Beribu-ribu mayat bergelimpangan di jalanan dengan anggota-anggota badan yang entah ke mana.

Gambaran yang menyayat hati ini tidak akan lenyap kerana konflik Palestine-Israel telah berlarutan lebih lima dekad dan tiada nampak penyelesaiannya. Jelas sudah bahawa Israel akan berkeras sehingga seluruh Palestine dikuasai di bawah telunjuk Israel.

Lebih parah bila Palestine tiada sokongan yang benar-benar boleh membela Palestine. Negara-negara Arab yang utama dan OIC berdiam diri, hanya melihat segalanya – bisu, pekak dan buta, seperti kenyataan Dr Syed Ali Tawfik al-Attas, Pengarah IKIM .

Tidak perlulah mempertikaikan sangat soal Presiden Obama yang juga membisu dan tidak mendengar jeritan rakyat Palestine yang tersiksa dan teraniaya kerana bangsa Arab dan sebahagian umat Islam juga bersikap seperti Presiden Obama dalam isu pengeboman Israel ke atas Gaza.

Apa yang sedang dan akan berterusan berlaku adalah usaha yang tiada henti Israel untuk menguasai seluruh kawasan yang dahulunya Palestin.

Dalam mempertahankan kedudukan masing-masing, oleh Zionis Israel dan Palestine , terlalu ramai nyawa yang telah terkorban dan akan terkorban – nyawa-nyawa manusia tidak ada nilainya sama sekali dalam percaturan politik dalam konflik Palestin-Israel. Itu adalah pertanda kemusnahan terhadap nilai-nilai kemanusiaan yang harus dipegang utuh oleh mana-mana pemimpin di dunia ini dalam usaha menyelamatkan umat manusia, nyawa, keturunan, dan harta-benda mereka.

Keadaan sebenarnya sudah tidak terkawal kerana tiada yang ingin mengawalnya.

Perkiraan politik dalam konflik Israel-Palestin telah melenyapkan rasa belas kasihan kepada anak-anak dan mereka yang lemah; kapal dan kapalterbang perang sewenangnya memusnahkan tempat-tempat awam, hospital, sekolah, masjid, kediaman dan melumpuhkan kemudahan bekalan air dan letrik.

Dengan izin Tan Sri Yg di-Pertua, it is the death of humanity. Terbungkamnya kemanusiaan, bila kehebatan teknologi dan ketenteraan satu bangsa digunakan untuk melumpuhkan segala keupayaan bangsa lain yang ternyata lemah. Dan keadaan sedemikian hanya ditonton tanpa bicara dan tiada tindakan sepakat yang segera untuk memberhentikankannya oleh mereka yang berkuasa di dunia ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, apakah yang boleh dibuat oleh Malaysia ?

Apakah yang belum dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum ini untuk mencari jalan penyelesaian konflik Israel-Palestine ini?

Segala keganasan yang dirakamkan adalah seperti ritual yang akan berlaku berulangkali di masa-masa mendatang.

Apakah daya masyarakat dunia untuk menundukkan kezaliman yang ditunjukkan oleh Israel ke atas Gaza yang lemah? Dengan izin, The Arab and international responses to the killings can only serve as a reminder of how ineffectual and irrelevant, if not complacent their timid mutterings are, kata-kata dari Ramzy Baroud, penulis dan editor PalestineChronicle.com. Yang sangat menghairankan lagi ialah bila Penguasa Palestin, President Mahmoud Abbas, telah menyalahkan Hamas di atas keganasan Israel, kerana tidak menepati perjanjian gencatan senjata! Tidakkah dia tahu bahawa Hamas telah memberhentikan dengan izin, suicide bombing sejak 2005? Dan Israel pula tidak mengendahkan langsung kerjasama yang diperlukan dalam membawa masuk bahan-bahan keperluan, makanan dan perubatan kepada rakyat Gaza sehingga mereka mengalami kekurangan bahan-bahan tersebut? Dan Israel juga telah melancarkan serangan di awal Disember, bertindak di atas alasan bahawa mereka menerima maklumat mengenai kononnya, ada misi rahsia Hamas?

Tan Sri Yang di-Pertua

Sekali lagi apakah yang boleh dibuat oleh Malaysia?

Kedegilan Israel dengan disokong oleh AS dan kuncu-kuncu mereka akan melebarkan dan memastikan kesinambungan keganasan dan perlanggaran terhadap Hak-Hak Asasi Manusia dan Konvensyen-Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu dalam konflik Israel-Palestin.

Begitu juga tiada apa-apa yang konkrit yang boleh diharapkan dari negara-negara Arab dan OIC.

Malaysia wajar memimpin, sebagai sebuah negara Islam, proses menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Cadangan menwujudkan blog anti-Zionis perlu diwujudkan segera haruslah diambil serius. Malaysia wajar segera merapati dan menggabungkan negara-negara yang vokal dalam hal soverignty dan Hak Asasi Manusia seperti Venuezuela, Indonesia, Turki, Thailand dan lain-lain dalam usaha mewujudakan blog anti-Zionis itu.

Negara China dan Rusia juga seharusnya segera diajak bersama.

Malaysia harus berada dengan izin, di frontline memberi penekanan politik di peringkat antarabangsa dan dengfan izin, regional dalam menangani konflik Israel-Palestin.

Malaysia boleh juga memainkan peranan menggabungkan badan-badan bukan kerajaan seluruh dunia yang menentang kezaliman Israel.

Pemboikotan barangan Amerika oleh gabungan anti-Zionis dikala negara itu sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk akan memberi kesan yang hebat dalam memberi tekanan terhadap AS untuk lebih adil dan tidak tunduk kepada dengan izin, lobby Israel.

Tumpuan ekonomi dan hubungan dagangan pula dialihkan kepada pakatan lain seperti European Union.

Rakyat Malaysia tentunya menyokong usaha yang sudah sekian lama tertunda ini.

Apa yang diperlukan sekarang ialah kesanggupan politik untuk melaksanakannya.

Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
(merangkap Ketua Wanita KeADILan)
12 Januari 2009

Terkini Trajedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Penduduk yang terlibat masih lagi mengusung keluar barang-barang milik mereka dari kediaman yang belum selamat dalam keadaan tanah boleh runtuh lagi pada bila-bila masa.
Pihak berkuasa sedang meluaskan laluan kenderaan sementara agar trafik dua hala boleh bergerak serentak. Tidak seprti ketika ini, kenderaan terpaksa mengikut gikiran untuk naik dan turun. Aturan sedemikian sememangnya menyukarkan pergerakan para penduduk di situ untuk memenuhi keperluan seharian mereka.
Bekalan elektrik terputus siang tadi kerana didapati ada paku yang telah menembusi kabel sementara eletrik. Pihak TNB telah menyambung semula bekalan elektrik dengan saluran kabel baru di samping yang sedia wujud dua hari lalu. Saluran yang baru itu akan bertindak sebagai “grid” sekiranya berlaku lagi bekalan elektrik terputus kerana sesuatu sebab.

Kawasan Bukit Antarabangsa adalah termasuk kawasan tadah air yang tidak sepatutnya dibenarkan sebarang pembangunan berlaku.
Ia menjadi satu garis panduan yang perlu penguatkuasaan yang ketat kerana melibatkan nyawa manusia dan kemusnahan harta-benda yang sia-sia.
Laporan geo-teknikal yang telah lengkap dilaksanakan beserta gesaan yang terdapat di dalamnya perlu segera di hebahkan kepada umum.
Dalam perbahasan di Parlimen semalam mengenai tanah runtuh Bukit Antarabangsa, Menteri berkenaan tidak memberikan jawapan yang memuaskan dalam rangka para penggubal dasar di Dewan Rakyat mencari suatu penyelesaian mengenai kemelut dan bahaya yang dihadapi oleh penduduk di sana.
Tentunya pemetaan tentang risiko yang ditanggung oleh penghuni di Bukit Antarabangsa perlu diketahui oleh para penghuni agar pilihan tepat mengenai masa depan tempat kediaman mereka boleh diambil.
Seringkali masalah dalam pentadbiran negara di Malaysia ini ialah Rakyat senantiasa dalam kegelapan tentang perkara-perkara yang menjadi keutamaan yang perlu diketahui oleh mereka. Kenapakah sukarnya kerajaan Malaysia membenarkan maklumat yang berkaitan tentang keselamatan Rakyat sentiasa dihebahkan tanpa lengah?
Kelihatannya sekarang ialah, kerajaan telah mempetaruhkan nyawa Rakyat bagi kepentingan segelintir elit yang beroleh keuntungan daripada pembinaan perumahan dan kondominium di Bukit Antarabangsa.
Bolehkah dijamin seperti dakwaan Khir Toyo bahawa pemantauan dan langkah-langkah keselamatan akan mengelak tanah runtuh berlaku di Bukit Antarabangsa.
Menurut suatu kajian oleh badan yang membantu kerajaan Selangor Umno-BN dahulu, Bukit Antarabangsa merupakan kawasan perlindungan, tadah air yang tidak boleh membenarkan sebarang bentuk pembangunan, apatah lagi yang besar-besaran, kerana risiko tinggi runtuhan tanah dan juga batu. Kawasan sedemikian sepatutnya dibiarkan sahaja dalam keadaan asalnya tanpa disentuh oleh pembangunan yang boleh memusnahkan segala apa yang di tinggal dan dibina di atasnya.

Siapakah yang telah meluluskan projek-projek kediaman yang membawa risiko yang sengaja kepada penghuni Bukit Antarabangsa?
Mereka yang betanggunjawab itu, wajib dibawa ke muka pengadilan.

——————————————————————————————————————————

Bukit Antarabangsa… Multiple tragedy

December 10, 2008 by drrafick

Today is D5 of the Bukit Antarabangsa tragedy. During the highland tower incident, I was part of the medical team assisting in the rescue and support effort but today I am a victim of a similar tragedy. Something that I never thought that would have an impact on me. Relatively in comparison, what happen to those families who loss their love ones is nothing compared to what me and probably 2000 other residents had to endure past 4 days. Many tragedies took place this time around. I am not going to be diplomatic about it. I will say it the way I see it.

Within 2 hour after being made aware of landslide, I and several resident of Taman Bukit Utama activated an Ops Centre (known as TBU Ops Centre). We look at importance issues that we need to tackle mainly water supply, waste disposal, security, food distribution and medical evacuation. What was supposed to be our Taman Ops centre became the Ops Centre to eight “Taman” surrounding ours who were cut off from the outside world. We had no electricity, water, fixed telephone line internet. Most people had limited food in their house as they had already plan to travel for Raya and did not stock up any food.

Within an hour after meeting, we setup and completed a temporary water supply by laying pipes to get mountain water for the resident. Ops centre was up in the next hour and we started communication channel with the outside channel via SMS and arranging food and drinking water supply. We took preventive measures to manage disease outbreak by managing waste. All this was done by a handful of people from Taman Bukit Utama Resident Association (PPTBU). We setup the helipad for the rescue team to come in.

With the help of a friend DSP Kumar, we manage to evacuate by air (Medivac) a total of 39 patients which consist of stroke patients, elderly people, kidney failure patients etc. The patients were evacuated by police air wing which was arranged by DSP Kumar from the UTK through his personal contacts. We did all this independently without the support of any help from the Base station at Ground zero.

Within the first 48 hours, while in darkness several homes was reported to be broken into by unknown people in residential areas adjacent to TBU where there was no or minimal residential coordination among the residents. Food was shortage and cooked food from PBSM (Persatuan Bulan Sabit Merah) did not arrive in timely manner. The longest time was dinner that only reaches us in the morning which was not consumable.

While we are stuck, we had VVIP visitors that come to our area. I would say out of many people that came only a handful was actually helpful. YB Elizabeth Wong, a state Exco came with a working group and arrange generators, fuel, candles, garbage bags and others. She came by foot with very few people and carried the relevant information without empty promises. The IGP came and given me his personal commitment and blessing that, I continue to handle all air evacuation with the support of Police Udara. I was told that the Minister of Information visited only the UMNO relief center at a Condo nearby. He did not come to our place.

The NGO that is worth mentioning is Mercy who gave me some drugs, INSAF who open a small medical clinic for 2 days and MAVFCL (Kapt Bala and his crew) which open a temporary access between Athenaeum condo and a generator set to charge hand phones and Bukit Utama which allows people to leave by foot. It is a regret to note that NO government agency deserves any mention in the first 36 hours of tragedy except for Polis Udara and Jabatan Kebajikan Masyarakat. I think they forgot about us.

While 2000 people were surviving in the darkness and the absence of proper food, Concord Hotel, Ali Maju restaurant, Burger King and many others donated tons of food. Unfortunately, no one attempted to send the food to us. Residents that were not affected by the tragedy and the rescue workers were enjoying them. The kind of food they get down there was lavish. There was fresh roti chanai, tosai mee goreng etc. The best word to describe the situation down there is “food fiesta”. Someone commented that there is so much “Teh Tarik” that you can wash your shoes with it.

The landslide is a major tragedy. The bigger tragedy is that the failure of the government to act fast enough. While multiple agencies went into action fast, most of them work independently. On the 3rd day, we had 10 soldiers from RAMD with two officers with the rank of Major that came to our centre. I ask them a basic question on their role and the officers could not give me a straight answer. He was very blur. To me his presence was a liability to the ops center as we had to feed an additional 10 mouth with our limited stocks.

This is not the first time a tragedy takes place. The disaster relief operation was not well coordinated. The command and control was lacking. Information dissemination to the media was scattered and causes panic among the people. Many friends and relatives outside calls us and we could not entertain them, as our battery power was limited.

In terms of political publicity, I would say UMNO was a clear winner. This is because they control the media. Unfortunately, I would say that in the hearts of the people UMNO loss big time. The high-level conduct of their people on the ground and their selective helps that was given out was too much to bear. In fact, the Putri Umno head that I had known past few months was behaving in such a highhanded manner that really shows her true colours. They were hoarding food and distributing them to “their people”. Their action has only reinforced my idea that the Federal and the State Government must be from different parties. This is needed for check and balance.

Malaysian must realize that for the sake of our own lives and our own children lives, we have to have balance of power. It was because of lack of balance of power; the water catchment area that is a state land was given to MBF and is now known as “Bukit Antarabangsa”. In my assessment, the government is liable. In this case, the government was led by BN in the state of Selangor and at National level past 50 odd years that is liable for the suffering of the people of Bukit Antarabangsa. They are liable because they alienated unsuitable land for development. They are liable for giving the people the false sense of security by approving development plans and projects. They are liable for hiding information from the people that shows that the area that we are buying is not safe for living.

I will only vote for balance of power in the future and UMNO will not be part of that balance.

———————————————————————————————————————–

Guidelines for hillside development are not good enough

December 8, 2008

KUALA LUMPUR, Dec 8 – In the wee hours of Saturday morning, the earth around the hill slopes of Bukit Antarabangsa, a suburban development in a thickly forested water catchment area in the city, groaned, shook and surged forward, buckling roads, overturning cars, snapping lamp posts, and flattening 14 houses in its wake.

Four people died, 14 others have been injured and over 2,000 people have been told to evacuate their homes.

Almost 15 years ago, 48 people, including the son of former Deputy Prime Minister Tun Musa Hitam, died after one of the three Highland Towers condominium blocks located within the same Bukit Antarabangsa area came crashing down as a result of yet another landslide. At the time, then Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad put a stop to further hillside development.

Was anyone listening?

One doubts it. Said Benjamin George, an 80-year-old doctor who survived the Highland Towers tragedy: “In three months, the tractors will start work again,” he told the press bitterly. “I have survived long enough to see all this nonsense repeated.”

Predictably, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, whose private secretary’s house was also crushed in Saturday’s landslide, echoed much of what his predecessor said 15 years ago. Saying that enough is enough, Abdullah decreed that there would be no more hillside housing projects in the area.

“Malaysians never want to learn from past experience,” said Abdullah, waxing philosophical. “They only want good views and developers only want to profit, but no one takes safety and soil stability into consideration.”

Abdullah is seriously missing the point here. In the first place, Bukit Antarabangsa isn’t an isolated case.

Last week, the earth moved in the swank suburb of Damansara Heights, burying 15 cars and forcing the staff of two buildings, including the headquarters of Malaysia’s largest investment bank CIMB, to flee.

And yet, residents of nearby Medan Damansara protesting a massive development of a hill slope area in their backyards have largely had their protests ignored.

Indeed, the developer has sued at least four members of its association for defamation. Even so, the hill slope has been largely denuded, leaving a gaping red wound in the area. Incidentally, Medan Damansara is about a kilometre or so from the CIMB building.

Abdullah should ask who are the people who approved such developments. Which are the agencies who agreed to allow potentially dangerous places to be sliced and diced into houses with a view? Clearly, some procedures aren’t being followed.

If they were, we might not be pondering the imponderable. How was a forest gazetted by the British as a water catchment area allowed to be developed in the first place?

All it takes is for the rules to be strictly enforced. There is, for example, a guideline issued by the Federal, Town and Country Planning Department which says that all development of slopes exceeding 25 degrees should be strictly prohibited.

But these strictures are largely ignored because they aren’t laws but mere guidelines. The solution is obvious. Parliament should make it a law. If it had, the nightmares in Bukit Antarabangsa and Damansara could have been avoided.

And proper drainage systems in a city that is palpably overdeveloped are a must. Anything less is neglect of criminal proportions. One only ignores nature at one’s peril. – Business Times Singapore

Eid Mubarak, Eidul Adha

Salam kepada semua warga Muslim,

Selamat merayakan Eidul Adha

Dalam suasana kesedihan yang menimpa saudara-saudara kita yang telah kehilangan orang-orang yang mereka sayangi …semoga diberikan kesabaran yang tiada batasnya …dan bagi yang lain yang terus menghadapi risiko tanah runtuh, dinafikan kemudahan asas dan bimbang akan keselamatan diri, keluarga dan harta mereka…kita mendoakan agar segala kerja-kerja yang wajar dilaksanakan akan terlaksana segera…semoga juga diberi kesabaran menghadapi mehnah ini.