RODZIAH ISMAIL
In support of Rodziah Ismail, NURIDAH SALLEH (Ketua Muslimat PAS)
In support of Rodziah Ismail, HANNAH YEOH (DAP)
MPs, Aduns, leaders of Pakatan Rakyat and Cuncillors
RODZIAH ISMAIL
In support of Rodziah Ismail, NURIDAH SALLEH (Ketua Muslimat PAS)
In support of Rodziah Ismail, HANNAH YEOH (DAP)
MPs, Aduns, leaders of Pakatan Rakyat and Cuncillors
Kenyataan Media
ADUN BATU TIGA
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita,
Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan,dan
Timbalan Ketua Wanita KEADILAN
Shah Alam, 11 September 2009 : Hari ini saya membuat laporan polis terhadap ugutan rogol yang dilemparkan kepada saya ketika dalam Majlis Dialog di antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan Kerajaan Negeri Selangor pada 5hb September lalu di MBSA, Shah Alam.
Adalah bukan hasrat saya untuk memanjangkan isu ini kerana fokusnya adalah isu sebenar yakni pemindahan kuil Seksyen 19, namun keputusan ini dibuat setelah hampir seminggu berlalu kerana kegusaran tentang keselamatan diri saya, keluarga serta pegawai saya makin hari makin bertambah memandangkan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini.
Saya telah hadir sebagai salah seorang panel dan wakil rakyat Dun Batu Tiga bagi menyelesaikan isu pemindahan kuil, namun telah menerima kata-kata kesat dan ugutan rogol daripada mereka yang cuba menimbulkan kekecohan dalam majlis tersebut.
Antara kata-kata kesat terhadap saya yang dikenalpasti ialah;
“Jalang!”
“Rodziah mengalahkan pelacur!” “Pelacur lebih baik dari kau!”
“Babi!”
“Sundal!”
“Kau jangan bersuara, Rodziah!”
Lemparan kata,”Aku akan rogol kau, Rozdiah!”
Intimidasi ini jelas adalah untuk memburukkan nama dan menghina saya. Saya berasa amat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir mereka ini sehingga merasakan keselamatan dan kehormatan diri saya terancam.
Kerisauan saya ialah: jika saya seorang Adun dan EXCO Kerajaan Negeri boleh dilemparkan kata-kata kesat and ugutan sebegini, apakah wanita-wanita lain akan terasa selamat menghadapi atau berurusan dengan mereka yang seperti itu?
Kekecohan yang ditimbulkan sepanjang sesi penerangan daripada Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Dato’ Bandar dan saya sendiri selaku ADUN Batu Tiga juga memperlihatkan sikap tidak hormat kepada majlis tersebut serta pemimpin kerajaan negeri.
Kelakuan liar kumpulan kecil ini telah merosakkan majlis yang bertujuan untuk membuka ruang kepada penduduk berdialog secara berhemah. Tindakan mereka ini jelas bukan untuk berdialog tetapi mencemarkan kerajaan negeri dan nama individu atas agenda politik tertentu.
Selain klip video, ungkapan-ungkapan tidak bermoral itu telah didengar dan disaksikan oleh ramai penduduk, wartawan, dan para petugas keselamatan MBSA yang telah hadir melihat sendiri gelagat segelintir mereka yang memporak-perandakan majlis secara sengaja.
Kedurjanaan yang menganjur keburukan, membudayakan unsur keganasan, seksisme, dan menakut-nakutkan orang lain serta merosakkan keharmonian sesama insan yang telah ditunjukkan oleh golongan tersebut wajar diperangi dan dibanteras sehingga rakyat, khususnya wanita dikembalikan nikmat rasa selamat dan aman di mana-mana saja mereka berada.
Rodziah Ismail
ADUN BATU TIGA
Merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita
Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, dan
Timbalan Ketua Wanita KEADILAN
———————————————————————————————————
Bergambar di hadapan Balai Polis Shah Alam, Seksyen 11
Kelihatan hadir bersama Rodziah Ismail, Ketua AMK Selangor, Jonah, EXCO-EXCO Wanita KEADILAN, Haniza Talha, Yogeswari, Fairouze, Salmah Ismail, Rozaini Mohd Rosli, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Dr Mariah (PAS), Ketua Muslimat PAS, Nuraidah Salleh, Hannah Yeoh (DAP), Khalid Samad, Elizabeth Wong dan Gan Pei Nei. Juga beberapa Ahli Majlis Shah Alam.
Kenyataan Media Ketua Wanita KEADILAN menyokong Kenyataan Rodziah Ismail:
Kenyataan Media
Ketua Wanita KEADILAN 11 September 2009
Memerangi Budaya Durjana yang Mencabul Hak dan Maruah Wanita
Wanita KEADILAN mengutuk gelagat segelintir penduduk yang telah merosakkan majlis dialog antara penduduk Seksyen 23 dan Kerajaan Negeri Selangor, Darul Ehsan pada 5 September 2009 lalu.
Perlakuan mereka yang tidak tahu malu telah memalukan Malaysia di mata dunia. Bahkan tindakan dan lemparan kata-kata ancaman dan celupar mereka boleh ditafsirkan sebagai jenayah keganasan seksual terhadap Adun, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita,
Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Selangor, Darul Ehsan, Rodziah Ismail yang juga Timbalan Ketua Wanita KEADILAN.
Wanita KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun segelintir penduduk dari Seksyen 23 di Majlis Dialog tersebut. Tindakan mereka bertujuan mencemar maruah Rodziah Ismail secara batil dan menghalang beliau daripada menyampaikan penjelasan yang tepat kepada seluruh wakil penduduk Seksyen 23 mengenai isu perpindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.
Wanita KEADILAN menyokong penuh laporan polis yang dibuat oleh Rodziah Ismail dalam memelihara keselamatan beliau dari sebarang ancaman yang telah dilemparkan dan memberi isyarat yang lantang kepada pelaku-pelaku budaya durjana bahawa budaya durjana yang mencabul hak dan maruah wanita Malaysia mesti diperangi habis-habisan. Pendurjana mesti di bawa ke pengadilan, dihukum dan tidak mengulangi perbuatan durjana mereka itu.
Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN
Rodziah to lodge police report on rape threats |
Written by The Edge FInancial Daily |
Friday, 11 September 2009 00:01 |
KUALA LUMPUR: Selangor state executive councillor and Batu Tiga assemblywoman Rodziah Ismail will be lodging a police report today on a rape threat that was made against her during a chaotic dialogue between the Selangor state government and the residents of Section 23 in Shah Alam on Sept 5. “Anarchist behaviour and hurling profanities are unbecoming of a civilised society. Psychological abuse in whatever form and threats of abuse and sexual molestations must be promptly eliminated,” said Rodziah’s aide, Rozaini Mohd Rosli, in an email statement yesterday. She said the report would be lodged at the Shah Alam police headquarters in Section 11. The dialogue session took place amid the Section 23 residents’ protest against the relocation a Hindu temple to their area. Since then, the residents have agreed to the relocation to a second site, also in Section 23. Six men have been charged with sedition for being part of the cow-head protest against the relocation to the temple. They were also charged with another six men for taking part in an illegal assembly. |
Kenyataan Media
Ketua Wanita KEADILAN 8 September 2009
LAPORAN PENYIASATAN DAKWAAN PENDERAAN SEKSUAL TERHADAP WANITA KAUM PENAN TIDAK AKAN SELESAI MASALAH
Wanita KEADILAN ingin merakamkan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Faizah Md Tahir yang telah menemui dan memberikan kerjasama kepada rombongan Wanita KEADILAN bagi mendapatkan Laporan oleh Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak yang diketuai oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizal Abdul Jalil.
Laporan tersebut telah diperoleh semalam, Selasa 8 September 2009. Wanita KEADILAN telah dengan serta-merta menghebahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada aktivis yang membela keadaan kaum Penan di Sarawak.
Penelitian terhadap Laporan tersebut telah mendapati bahawa matlamat untuk menyediakan pelan tindakan menangani secara khusus bagaimana untuk mengelakkan jenayah rogol dan penderaan seksual terhadap wanita, gadis dan anak-anak perempuan kaum Penan dengan sewenangnya dari terus berlaku tidak tercapai.
Laporan tidak menyebut peranan khusus yang harus dimainkan oleh pihak polis di Sarawak dalam pelan tindakan untuk menghentikan pencabulan seksual ke atas wanita dan gadis kaum Penan .
Sikap acuh tak acuh dan tidak mesra kaum Penan Polis Sarawak telah memburukkan lagi keadaan bagi keselamatan kaum Penan, khususnya wanita dan gadis. Kenyataan Ketua Polis Bahagian Jenayah, ACP Huzir Mohamed bahawa PDRM Sarawak tidak mempunyai peruntukkan untuk misi bersama NGO untuk terus menyiasat dakwaan mengenai kes rogol wanita dan gadis Penan sungguh menghampakan.
Janji Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kepada Penan Support Group pada 02.01.2009 bahawa PDRM bersetuju untuk mengadakan siasatan bersama dengan bantuan NGO pula belum menghasilkan sebarang tindakan.
Wanita KEADILAN juga kesal bahawa tiada usaha untuk membawa mereka yang bersalah (yang telah dikenalpasti menurut Laporan) melakukan penderaan seksual terhadap anak-anak, yang semuda usia 10 tahun, sehingga ada di antaranya berulang kali hamil dan melahirkan anak, tidak dibawa ke muka pengadilan.
Wanita KEADILAN mengutuk syarikat pembalakan yang telah jelas sama sekali mengabaikan tanggungjawab sosial mereka dalam memelihara cara hidup, maruah dan kesejahteraan kaum Penan. Perbuatan pekerja syarikat pembalakan yang mencabul kehormatan wanita kaum Penan merupakan suatu kehinaan yang bersifat kehaiwanan. Malaysia tidak memerlukan syarikat-syarikat sedemikian yang bersifat rakus beroperasi hanya untuk kepentingan material dan keuntungan wang ringgit yang membawa padah kepada rakyat.
Apakah keuntungan berbilion ringgit mereka tidak dapat dikongsi dalam membangunkan infrastruktur dan usaha-usaha menjamin keselamatan kaum Penan di mana mereka membalak?
1Malaysia PM, Najib Razak makin jauh meleset kerana wujud berbagai golongan rakus yang tidak memperdulikan golongan yang lemah di Malaysia.
Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat
Rombongan Ketua Wanita KEADILAN telah menemui wakil Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Tan Sri Faizah binti Mohd Tahir (bawah, kanan sekali).
Beliau telah memenuhi permintaan Wanita KEADILAN untuk menghebahkan laporan jawatankuasa bertindak peringkat kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak.
Zuraida Kamaruddin dan pimpinan Wanita KEADILAN di sidang media selepas pertemuan dengan Tan Sri KSU.
Penelitian terhadap Laporan tersebut tidak menyebut tentang tindakan susulan yang wajar bagi membawa mereka yang telah melakukan perkara yang terkutuk itu ke muka pengadilan.
Laporan telah menyatakan perkara-perkara berkaitan dengan masalah-masalah ketiadaan sijil kelahiran, pembelajaran murid dan prasarana kesihatan rakyat Penan. Tiada pelan tindakan khusus supaya jenayah rogol dan penderaan seks terhadap wanita dan gadis Penan tidak berulang lagi.
Apa yang ketara ialah PDRM tidak disebut secara fokus sebagai agensi yang bertanggungjawab memastikan keselamatan Kaum Penan.
Kenyataan Media
Ketua Wanita KEADILAN (Ahli Parlimen Ampang)
29 Jun 2009
Penguatkuasaan Akta Pemerdagangan Orang 2007 lemah
Wanita KEADILAN telah menerima aduan para pekerja asing yang telah dikurung, ditempatkan dalam kediaman yang amat daif, tidak dibayar gaji, bekerja tanpa rehat dan dinafikan passport mereka oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.
Wanita KEADILAN memandang serius penderaan majikan yang sedemikian, khususnya terhadap pekerja wanita dan gadis yang juga terdedah kepada eksploitasi seksual. Ia menjadikan para pekerja yang terbabit menjadi terikat dalam hutang berpanjangan kepada majikan atau mereka yang telah membawa masuk pekerja yang terbabit. Ia boleh diklasifikasikan sebagai salah satu bentuk pemerdagangan orang, dan dikira sebagai kesalahan jenayah di bawah Akta Pemerdagangan Orang 2007.
Pemerdagangan Orang ini menjadi berleluasa oleh penguatkuasaan yang lemah kerajaan Malaysia. Penguatkuasaan diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Sumber Manusia. Ada laporan yang mengsyakki wujudnya rasuah dalam pengurusan kemasukan dan pengendalian para pekerja asing ke Malaysia oleh pegawai-pegwai kerajaan di Malaysia. Laporan Pemerdagangan Orang 2009 yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika telah meletakkan Malaysia dalam senaraihitam, Tier 3, yang membawa implikasi berlakunya perleluasan pemerdgangan orang di Malaysia dan penguatkuasaan yang sangat lemah terhadap aktiviti tersebut.
Wanita KEADILAN menggesa agar kerajaan Malaysia menambah usaha untuk benar-benar membantras gejala pemerdagangan orang ini; membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan selepas penyiasatan, mendakwa pegwai-pegawai kerajaan yang telah mendapat keuntungan menerusi pemerdagangan orang, meningkatkan kefahaman dan profesionalisme jentera kerajaan dalam penguatkuasaan Akta Pemerdagangan Orang 2007, meningkat dan memperkemas perlindungan terhadap mangsa pemerdagangan orang, dan memperluaskan pengetahuan mengenai jenayah pemerdagangan orang kepada golongan majikan dan kakitangan kerajaan serta orang ramai.
Wanita KEADILAN juga menggesa supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil peranan aktif dalam memastikan bahawa aduan-aduan rasmi yang diterima oleh pihak berkuasa diambil tindakan dan penyelesaian segera. Di antara yang teraniya tergolong dari wanita dan gadis yang telah didera secara emosi, fizikal, mental dan dijadikan hamba seks.
Persoalan yang besar ialah kenapa kerajaan Malaysia, dengan segala sumber dan jentera yang banyak masih gagal mengurangkan atau membendung gejala pemerdagangan orang yang kian berleluasa walaupun sudah ada Akta Pemerdagangan Orang 2007?
Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang
——————————————————————————————————————————————————————————————————
Malaysia destinasi, transit pemerdagangan orang (human trafficking)
Oleh Rozaini Mohd Rosli
Pada 1 September 2006, Kongres Nasional Wanita KEADILAN telah meluluskan usul anti perdagangan wanita. Usul itu menuntut dengan tegas supaya kerajaan:
Sejurus selepas itu, kerajaan Malaysia telah membentangkan Rang Undang-Undang Anti-Pemerdagangan Orang 2007. Parlimen telah meluluskannya sebagai Akta dan penguatkuasaan sepenuhnya pada akhir Februari 2008. Dengan itu, Malaysia telah keluar dari senarai hitam Tier 3.
Kerajaan Malaysia pernah dituduh menjadi destinasi dan lokasi transit bagi penjenayah pemerdagangan orang dan telah disenaraihitamkan dalam Tier 3 oleh Amerika Syarikat pada tahun 2001 dan 2007. Ia memberi implikasi bahwa Malaysia akan mengalami sekatan-sekatan dan bantuan, khususnya dalam bidang ekonomi dan peruntukan kewangan dari masyarakat antarabangsa untuk tujuan bukan perniagaan.
Laporan tahunan Amerika Syarikat, yang dihebahkan pada 17 Jun 2009 lalu, telah menyenaraikan semula Malaysia dalam Tier 3. Negara-negara lain yang disenarihitamkan ialah: Burma, Chad, Cuba, Eritrea, Fiji, Iran, Kuwait, [Malaysia], Mauritania, Niger, North Korea, Papua New Guinea, Saudi Arabia, Sudan, Swaziland, Syria, dan Zimbabwe.
Kegagalan membendung kegiatan pemerdagangan orang ini telah membawa persepsi bahawa kementerian-kementerian yang terlibat tidak melaksanakan tugasan dengan sempurna atau ada pegawai-pegawai kementerian berkenaan yang terlibat dalam jenayah pemerdagangan orang ini. Perkara yang menyuburkan perlanggaran hak asasi manusia dan jenayah yang meranapkan kehidupan dan masa depan mangsa perlu diatasi segera oleh Menteri Dalam Negeri, Menteri Sumber Manusia dan Ketua Polis Negara kerana dalam banyak kes, segala laporan dan bukti yang diperlukan telah dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa. Tiada apa-apa tindakan wajar yang diambil. Kerajaan Malaysia dilihat tidak memberi komitmen yang dikehensaki untuk melaksanakan Akta Pemerdagangan Orang 2007.
Mangsa-mangsa didapati oleh penjenayah menerusi penculikan, memperdaya mangsa dengan janji-janji pekerjaan dengan gaji lumayan dan peluang perkahwinan di luar negara, mengiklankan peluang-peluang dalam akhbar, menemui mangsa dan keluarganya secara langsung dan menjanjikan pekerjaan yang baik. Penjenayah juga mendapati mangsa wanita dari kem tahanan pelarian dan menawarkan peluang tempat tinggal yang lebih baik dan juga pekerjaan. Selepas mendapatkan dokumen-dokumen palsu serta membayar segala kos-kos perjalanan, mangsa diikat dengan kos tersebut yang kini dikira sebagai pinjaman dengan bayaran bunga yang sangat tinggi agar mangsa selamanya berada di bawah telunjuk penjenayah pemerdagangan orang; dalam erti kata lain menjadi mangsa sebagai hamba abdi di zaman pasca moden ini. Mangsa wanita sebahagiannya telah dipaksa bekerja di sarang pelacuran dan ada yang menjadi pelayan peribadi bapak-bapak ayam sehingga ada yang hamil. Biasanya mangsa-mangsa tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar, walaupun menerusi telefon. Segala dokumen mangsa-mangsa dari luar negara ini akan disimpan oleh penjenyah. Dengan itu, mangsa tidak berani keluar atau melaporkan apa-apa kerana ditakuti akan ditangkap dan dipenjarakan kerana berada di Malaysia tanpa sebarang dokumen. Selain itu, mangsa juga didera secara fizikal dan dikurung oleh penjenayah.
Penggubalan Akta di Parlimen tidak membawa sebarang makna kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan aktiviti jenayah pemerdagangan orang kecuali Akta tersebut sepenuhnya disokong, dilaksana dan dikuatkuasa oleh kesemua Menteri-Menteri yang terlibat. Kementerian-kementerian yang diamanahkan dituntut untuk bekerjasama secara integrated dan berkesan dan tidak berterusan memberi alasan-alasan untuk menutup kekurangan dalam mencari penyelesaian membantras jenayah pemerdagangan orang ini. Gejala rasuah yang timbul di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam jenayah ini mestilah dibawa segera ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya. Kempen-kempen umum yang komprehensif dan merakyatkan pengetahuan tentang Akta Pemerdagangan Orang dan kejelekan aktiviti jenayah berkaitan perlulah dilaksanakan dan diperluaskan kepada rakyat Malaysia.
Kerajaan Malaysia Umno-BN perlu meyakinkan rakyat dan masyarakat global bahawa ia benar-benar serius dalam menangani permasalahan jenayah pemerdagangan orang. Setakat ini, Akta Pemerdagangan Orang 2007 dilihat belum berfungsi sepenuhnya seperti yang dikehendaki.
==========================================================================================
Altantuya murder: Case against Abdul Razak delayed |
Hafiz Yatim | Jun 16, 09 11:21am |
Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4
The family of murdered Mongolian model Altantuya Shaariibuu will have to wait for their day in court, to compel the attorney-general (AG) to appeal against Abdul Razak Baginda’s acquittal.
The matter came up in the Shah Alam High Court today before Judicial Commissioner Noraini Abdul Rahman, but another mention date was set on July 8.
The case will be mentioned before a deputy registrar on that day. Counsel Sangeet Kaur mentioned the case on behalf of Karpal this morning. Senior federal counsel Kamaluddin Mohd Said represented the AG’s Chambers, while KK Wong appeared for Abdul Razak. Mongolian honorary consul to Malaysia, Syed Abdul Rahman Al Habshi, was also present to monitor the progress of the case.
In the application, they asked the court to quash the AG’s decision not to appeal Abdul Razak’s acquittal on an abetment charge in the murder. They also want the court to direct the AG to use his discretionary powers under Article 145 (3) of the federal constitution to apply for leave to file an appeal. Abdul Razak was acquitted and discharged on Oct 31 last year without his defence being called. Shah Alam High Court judge Mohd Zaki Md Yasin had ruled that the prosecution had not proven a prima facie case, as a sworn affidavit by Abdul Razak was not rebutted. AG’s discretionary power Lead prosecutor Tun Abdul Majid Tun Hamzah announced two weeks later that the prosecution would not appeal, as the court had made a finding of fact in its decision.
The article reads that the AG shall have power, exercisable at his discretion, to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence, other than proceedings before a Syariah court, a native court or a court-martial. Abdul Gani had also submitted that Shaariibuu does not have locus standii (legal standing) in the case as the AG has represented the public interest. Two special action squad members – Azilah Hadri, 33, and Sirul Azhar Umar, 37, – have been found guilty of the murder and sentenced to death. They have filed separate appeals. Kamaluddin also stated that Shaariibuu’s RM100 million civil suit against the two policemen, Abdul Razak and the government is fixed for mention next month. The AG’s chambers have requested Shaariibuu to deposit RM1 million in security to cover possible costs in the suit. |