Apa dah jadi Tok Nan?(Ooops…apa dah TAK jadi, Tok Nan)

MB Pahang diarah bayar RM63 juta

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat Kuantan.

Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan pihak responden (menteri besar) perlu melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Ketika membenarkan permohonan perintah ‘mandamus’ (untuk memaksa) syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd., Abd Halim berkata, tindakan itu dibenarkan selepas segala saluran perundangan untuk menuntut bayaran itu telah selesai.

Syarikat berkenaan memperoleh perintah bayaran penghakiman dari Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 dan kerajaan negeri gagal membuat bayaran tersebut, lapor Bernama.

“Pendirian sebegini mencerminkan keengganan kerajaan negeri mematuhi kehendak statutori dan secara tidak munasabah membebankan rakyat (pembayar cukai) kerana ia akan membebankan kerajaan negeri dari segi faedah harian,” katanya.

Abd Halim berkata permohonan responden untuk mengenepikan tindakan ‘mandamus’ itu dengan hujah bertulis bahawa syarikat terbabit salah menamakan menteri besar sebagai responden adalah tidak tepat.

“Menteri besar adalah orang yang tepat serta berkelayakan untuk dinamakan sebagai responden kerana di Pahang dan mana-mana negeri sekalipun kecuali Sabah dan Sarawak, tiada wujud jawatan menteri kewangan negeri,” katanya.

Beliau berkata, mengikut Artikel 41 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang turut menyatakan menteri besar mempunyai kuasa serta berkompeten untuk menyempurnakan jumlah bayaran dari Tabung Kumpulan Wang Yang Disatukan Negeri.

Fail semakan kehakiman

Seruan Gemilang diwakili peguam Rajoo D Moothy dan Richard Bong Chong Fook manakala Adnan diwakili oleh Datuk Shafie Abdullah.

Pada 15 Oktober 2008, syarikat pembalakan berkenaan memfailkan permohonan ‘mandamus’ setelah gagal menerima sebarang pembayaran walaupun telah menuntut pembayaran jumlah penghakiman dan faedah pada 7 April 2008 dan 27 Ogos 2008.

Pada 9 Disember 2002, syarikat itu memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pahang Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri kerana didakwa melanggar perjanjian

kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar.

Pada 17 September tahun lalu, kerajaan Pahang diperintah membayar sejumlah RM60 juta kepada syarikat tersebut selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu.

Mahkamah Persekutuan dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Datuk Mat Zara’Ai

(Zara’Ai) Alias berkata pihaknya akan memfailkan permohonan menangguhkan keputusan esok.

Malah beliau berkata, pihaknya sebelum ini juga telah memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada 17 September tahun lalu.

TV Antara.

Advertisements

Menjelang Sambutan Hari Wanita Sedunia, pendedahan yang menyayatkan hati setiap insan, terutamanya wanita

Inilah pendedahan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Perancis:

“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. “ Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis Liberation adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti) disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

selanjutnya…

Dari Parlimen Hari ini

Siaran Media Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

—Kuala Lumpur, 15 Disember 2008—

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha untuk memerangi rasuah. Walaubagaimanpun beliau menegaskan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih mempunyai kelemahan ketara kerana masih terikat dengan kuasa eksekutif terutamanya Perdana Menteri.

“Pakatan Rakyat akan sokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri itu dengan syarat pindaan memberikan Suruhanjaya lebih kebebasan termasuk kuasa pendakwaan,” demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Datuk Seri Anwar menekankan bahawa menurut seksyen 5(1) dan seksyen 5(3), perlantikan Ketua Suruhanjaya dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang berasaskan seksyen 13(2)(a), masih di atas nasihat Perdana Menteri. Peruntukan ini membuktikan Suruhanjaya yang dimaksudkan masih belum bebas sepenuhnya dan dikhuatiri ianya terdedah kepada sebarang manipulasi eksekutif.

Berucap di Dewan Rakyat sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan Dewan Yang Mulia akan kes-kes rasuah terdahulu, berprofail tinggi dan membabitkan orang-orang ternama. Namun apa yang dikesali ialah tiadanya tindakan tegas dari pihak yang berkuasa. Kita masih menunggu sebarang tindakan tegas diambil bagi kes-kes melibatkan wang Perwaja dan MAS.

Ketua Pembangkang juga menyarankan bagi memastikan Suruhanjaya tersebut bebas, ahli-ahlinya mestilah dilantik oleh Jawatankuasa Khas Parlimen agar calon yang paling layak sahaja dilantik, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga bersih dari tuduhan dan celaan.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sila klik di bawah untuk membaca cadangan Akta SPRM 2008tersebut:

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008