Happy Women’s Day (Updated 13 March 2009)

SMS dari Ketua Wanita Miri, Zulhaidah :
A women has strengths that amaze men. She can handle trouble and carry heavy burdens. She holds happiness, love, and opinions. She smiles when she feels like screaming. She sings when she feels like crying, cries when she is happy, laughs when she’s afraid. Her love is unconditional. There is only one thing wrong with her, she sometimes forgets what she is worth…Happy Women’s Day.

———————————————————————–

Kembalikan kepada wanita nikmat rasa selamat dan aman di Malaysia

Oleh Rozaini M R

Wanita seluruh dunia telah menyambut Hari Wanita Sedunia 2009 pada 8 Mac 2009.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat, Rodziah Ismail, telah melancarkan sambutan hari Wanita Sedunia 2009 dengan tema “Kembalikan kepada Wanita Rasa Selamat dan Aman di Malaysia” (Restore Peace and Security to Women in Malaysia).
Sambutan yang meriah itu telah diraikan bersama para wanita Pakatan Rakyat dan orang ramai, hampir seratus orang, di Sunway Pyramid Shopping Complex pada 7 Mac 2009 lalu.

Satu tayangan video mengenai OSCC, One Stop Crisis Centre, bagi wanita dan lelaki teraniaya telah dipersembahkan.
Selepas itu, Wakil-Wakil Rakyat yang telah hadir untuk sidang media sambutan Hari Wanita Sedunia 2009 itu telah mengedarkan risalah OSCC kepada orang ramai yang berada di Kompleks tersebut. Adun dan Ahli Parlimen yang hadir ialah Teresa Kok (Parlimen Seputeh), Teo Nie Ching (Parlimen Serdang), Janice Lee (Adun, Teratai), Hannah Yeoh (Adun, Subang Jaya), dan Gan Pei Nei (Adun, Rawang).
Senator Ubaidah (Kelantan) juga telah hadir.

Perutusan Hari Wanita Sedunia itu telah turut disokong oleh Wanita-Wanita Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Wanita KEADILAN, Muslimat PAS dan DAP.

Dalam konteks hal ehwal wanita, pertemuan berkala wakil-wakil kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat menerusi Jawatankasa Hal-Ehwal masing-masing akan menjadi mekanisme awal dalam perkongsian maklumat dan pemikiran dalam rangka halatuju memberdaya wanita Malaysia, khususnya di negeri-negeri yang terlibat.
Penberdayakan wanita( empowerment of women) dalam bidang politik, ekonomi, kesihatan dan sosial masih memerlukan suatu komitmen dan pelan tindakan yang jitu dan menitikberatkan pengoperasian yang sistematik dan penyeliaan yang rapi dan profesional.
Menurut kajian di peringkat antarabangsa, pemberdayaan wanita akan menyaksikan pembangunan negara menjadi lebih seimbang dan menyeluruh. Penglibatan wanita dalam bidang politik pula akan meningkatkan kepekaan dan ketelusan parti dan pemerintah dalam seliaan dan perlaksaan dasar-dasar sosio-ekonomi negara.

Kebersamaan Wanita-Wanita Pakatan Rakyat dan Hal Ehwal Wanita Kerajaan Negeri-Negeri pimpinan Pakatan Rakyat perlu di institusikan segera untuk menjadi suatu Majlis Permuafakatan Wanita Pakatan Rakyat agar perkongsian kesemua organisasi dan kerajaan tersebut dapat dimanafaatkan dengan semaksimum mungkin demi kemaslahatan wanita dan negara.

Dalam forum yang telah berlangsung di Johor Baharu, 8 Mac 2009, mengenai Krisis Politik dan Perlembagaan di Perak, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin telah menjelaskan tentang berlakunya jurang mengenai kefahaman mengenai pengurusan tentang kepentingan wanita di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita dan apa yang sedang berlaku kepada wanita-wanita Malaysia yang masih mengalami diskriminasi gender, gangguan seksual di tempat kerja dan tahap pemberdayaan ekonomi yang masih jauh tertinggal di mana menurut satu kajian seramai sejuta wanita di Malaysia masih di bawah kemiskinan (RM1500).

Sekitar Sambutan Hari Wanita Sedunia 2009 di Sunway Pyramid Shopping Complex, 7 Mac 2009:

Membership Drive by Setiawangsa Division, headed by Women’s Chief, Hasnah Hashim:

7 Mac 2009
———————————————————————————————
Perutusan Hari Wanita Sedunia 8 Mac 2009
Tema: Kembalikan kepada wanita nikmat rasa selamat dan aman di Malaysia
(Restore peace and security for women in Malaysia )

Hari ini, Barisan Kepimpinan Wanita Pakatan Rakyat berhimpun bersama-sama meraikan Hari Wanita Sedunia dan setahun setelah Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran lima buah negeri pada 8 Mac 2009.

Berpuluh-puluh tahun sejak Malaysia ditubuhkan, Wanita di Malaysia masih belum mengalami nikmat rasa selamat dan aman. Di manakah silapnya perancangan, aplikasi dan implementasi Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan terhadapnya?

Kerajaan Malaysia Belem dapat mewujudkan suasana dan prasarana aman dan selamat lagi kondusif bagi wanita menjalani segala aktiviti pembangunan negara, samada secara langsung atau tidak langsung.

Setiap hari di Malaysia berlaku sebanyak 8.2 kes keganasan rumahtangga, 6.7 kes rogol, kes-kes gangguan seksual yang tidak dilaporkan, keperluan wanita Orang Asli yang tidak dipenuhi dan keperluan wanita kurang upaya yang masih tidak difahami.
Berlaku juga peningkatan kes HIV/Aids di kalangan wanita berkahwin dan kes-kes jenayah yang banyak seperti samun dan ragut. Diskriminasi dalam bidang pekerjaan, gangguan seksual, khususnya dalam sektor awam juga tetap berlaku tanpa penyelesaian yang wajar dan diambil tindakan dengan kadar segera.

Dalam sektor ekonomi, sebahagian besar Wanita Malaysia juga belum lagi berada dalam arus perdana pembangunan ekonomi. Menurut satu kajian, kira-kira lebih sejuta pekerja wanita masih di bawah paras kemiskinan (yang berpendapatan kurang dari RM1500). Status mampu kendiri wanita luar bandar adalah jauh lebih parah. Pemberdayaan ekonomi wanita di Malaysia haruslah menjadi antara agenda utama dalam usaha memberdaya wanita.

Jika diteliti, penglibatan wanita dalam arus pembangunan sosial, ekonomi, pendidikan dan politik masih memerlukan rangsangan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti mereka.

Realiti kehidupan kini menjadikan wanita nadi dalam berbagai lapangan selain dalam rumahtangga mereka. Wanita adalah pencetus perubahan, pemelihara budaya dan agama dan perancang masa depan generasi mendatang.

Kerajaan Malaysia telah gagal membimbing Wanita Malaysia ke suatu tahap kualiti insan yang dapat meningkat persepsi umum secara norma bahawa Wanita Malaysia adalah insan-insan yang berdaya (empowered) dan cemerlang dalam peranan mereka yang pelbagai.

Kerajaan yang bertanggungjawab adalah dituntut untuk sentiasa mewujudkan suatu suasana yang selamat dan aman bagi wanita dan kehidupan mereka di Malaysia. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia akan dapat dilaksanakan jika pendekatan non-partisan dan kebersaaman yang luhur dan telus menjadi ciri utama mendekati sebarang permasalahan wanita.
Permasalahan wanita adalah permasalahan semua rakyat, tanpa mengira ideologi politik, perbezaaan ras dan agama.

Mengarusperdanakan gender (Gender Mianstreaming) yang menjadi asas kepada kejayaan Dasar Wanita Negara dan pencapaian cita-cita Millenium (the Millennium Goals) masih belum berjaya sepenuhnya dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN.

Kedudukan wanita di mana saja adalah suatu amanah yang mesti dipenuhi. Ia perlu disokong oleh kefahaman yang mantap mengenai gender dari kalangan pemimpin dan masyarakat dan oleh sistem-sitem sokongan agar wanita memainkan peranan besar itu dengan nikmat rasa selamat dan aman.
Sinergi kefahaman terhadap gender dan mewujudkan sistem sokongan akan menghasilkan wanita Malaysia yang berdaya-saing (empowered) dan cemerlang dalam peranannya sebagai ibu, isteri, pendidik, penegak kebenaran dan keadilan sejagat.

Selepas setahun mendengar rintihan wanita, berbicara dengan mereka dan prihatin terhadap kekhuatiran mereka, kami telah cuba untuk memahami dan melaksanakan keperluan para wanita.

Dengan itu, kebersamaan kami di sini hari ini adalah pernyataan bahawa kami akan terus memberikan komitmen terhadap memenuhi hak-hak wanita dan kesetaraan gender (women’s rights and gender equality). Kami juga memberikan penegasan bahawa kami ingin terus bekerjasama dengan lelaki dan wanita untuk melakukan perubahan dan ingin mengembalikan nikmat rasa selamat dan aman kepada wanita Malaysia.

Kepada Mu Wanita, ”Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia”

Rodziah Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan,
Kebudayaan, Sains, Inovasi & Teknologi
Kerajaan Negeri Selangor

Disokong oleh Wanita-Wanita Pakatan Rakyat

Advertisements

Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu(5)

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bersama Wanita KeADILan dan AMK serta aktivis PAS telah menemui pengundi di Hiliran Masjid.

Rakyat di situ telah mengadu bahawa pampasan yang sepatutnya mereka dapati ketika pembinaan lebuh raya dahulu tidak diberi oleh kerajaan Terengganu.

Isu suatu masa dahulu bahawa Kerajaan negeri ingin mengambil tanah-tanah rakyat Terengganu di Hiliran Masjid untuk pembangunan telah terbantut dan dibatalkan kerana protes dari rakyat.
Rakyat perlu tahu bahawa mana-mana kerajaan tidak boleh dan adalah salah di sisi undang-undang untuk mengambil tanah milik persendirian dengan status bukan komersil digunakan untuk tujuan komersil.
Penukaran status tanah mestilah dimohon sendiri oleh pemilik tanah.

Bagi sebahagian petugas Wanita KeADILan yang telah melihat dari dekat kehidupan rakyat di Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu,ia menimbulkan rasa kehairanan dan kekecewaan terhadap kepimpinan dan pentadbiran Kerajaan Terengganu yang telah tidak melaksanakan lebih dari yang terlihat untuk kebajikan rakyat di Kuala Terengganu.
Perkara itu sebenarnya dikongsi oleh rakyat tempatan yang belum sepenuhnya menikmati hasil minyak dan kekakyaan negeri Terengganu.

Kemiskinan bandar di Terengganu tentunya melibatkan risiko penyakit, bukan saja kepada penghuni di kawasan setinggan, tetapi kepada rakyat Terengganu yang lain kerana tiada sistem pengairan yang baik.
Kemiskinan juga membawa segala gejala sosial yang boleh mencemarkan kehidupan rakyat di bandar.

Manifestasi Dasar Sosial Negara tidak kelihatan dalam kehidupan sebahagian rakyat Terengganu yang terbelenggu dalam kemiskinan di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu. Menjadi kebiasaan dasar-dasar BN yang cantik di atas kertas, tetapi kebanyakan pengoperasiannya sentiasa belum menepati hasrat dasar-dasar yang digubal walaupun telah mentadbir lebih setengah abad lamanya.
BN terus berjanji dulu kini dan selamanya.

Galeri Wanita KeADILan di Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu:
Di Hari Penamaan Calon

Selepas Penamaan Calon, sejenak bersantai, suatu perkara yang jarang sekali dibuat oleh pemimpin Wanita KeADILan, khususnya mereka yang telah bergelar Yang Berhormat. Aktivis akan mengambil kesempatan untuk bergambar dengan mereka walaupun telah banyak kali bergambar bersama!

Kebersamaan…

Edaran:

Kempen bersama Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim:

Himpunan Kasih Ibu-Ibu Tunggal

Aktivis Wanita KeADILan telah bersama-sama membantu menjayakan program Himpunan Kasih Ibu-Ibu Tunggal yang telah dihadiri lebih 500 orang ibu tunggal dari sekitar Parlimen Ampang, Ahad 20 Disember yang lalu

Majlis telah di rasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Timbalan Ketua Wanita KeADILan, Rodziah Ismail.

KENYATAAN MEDIA WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT SELANGOR

Untuk hebahan semerta:

20 Disember 2008
KENYATAAN MEDIA WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT SELANGOR
REFORMASI dalam Lanskap Sosial Negara
 
Wanita Parti Keadilan Rakyat Selangor mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Selangor, yang telah mengambil langkah menyusun dan menggerakkan semula Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC – One Stop Crisis Centre) di Negeri Selangor.
 
Sungguhpun OSCC pertama sudah diwujudkan seawal 1986, namun peranannya sejak penubuhan sangat terhad dan telah tidak dioptimakan. Ketidaksungguhan kerajaan negeri yang lepas telah memperkecilkan skop dan peranan yang boleh dimainkan oleh OSCC dalam menangani kes-kes penderaan seksual.

Penyusunan semula OSCC wajar memberi perkhidmatan yang ada nilai tambah bukan sekadar penerusan perkhidmatan yang sedia ada, agar OSCC memberi perkhidmatan yang terbaik dan meningkatkan usaha pencegahan jenayah seksual.  
 
Dalam kerajaan menghadapi insiden keganasan rumahtangga, penderaan dan jenayah seksual yang semakin meningkat, keperluan OSCC amatlah mendesak. Sistem sokongan seperti OSCC amat membantu mangsa-mangsa dari sudut emosi, seksual, dan fizikal.

Statistik pihak keselamatan mencatat kira-kira tujuh hingga lapan wanita dirogol atau dicabul kehormatannya setiap hari. Purata, seratus orang kanak-kanak di dera dengan pelbagai cara dan tujuh didera secara seksual setiap hari. 52% daripada mangsa rogol adalah mereka yang berumur kurang dari 15 tahun dan 80% daripada mangsa rogol mengenali perogol mereka.  
Kes-kes rogol telah meningkat hampir 100%, di mana jumlah kes rogol terbabit pada tahun 2001 ialah 1217 dan di tahun 2006 telah meningkat sehingga 2341 kes. Kebiasaannya kes-kes yang tidak dilaporkan adalah lebih daripada yang dilaporkan.

Kesemua statistik tersebut menunjuk kepada gejala sosial yang meningkat, yang perlu ditangani secara bersepadu, di antara kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan. Ia memerlukan tumpuan yang khusus dan berterusan serta ketelusan dalam melihat perubahan atau reformasi dalam lanskap sosial negara. Ia menuntut suatu budaya pemikiran dan budaya kerja yang melihat seluruh Rakyat Malaysia menjangkau fahaman politik yang mereka dokongi. Kepentingan politik mesti dikesampingkan demi Rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat yang melambangkan keadilan sejagat semestinya mendokong politik non-partisan dalam merealisasikan reformasi lanskap sosial negara.
  
Wanita KeADILan Negeri Selangor juga telah dan akan terus terlibat sama dalam usaha-usaha ‘outreach’ kepada masyarakat menerangkan perkhidmatan yang disediakan oleh OSCC khususnya dan menjayakan agenda lanskap sosial Kerajaan negeri Selangor amnya.
 
 
Haniza Talha
Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor