Politik Durjana dan Kempen Memfitnah dan Memburukkan Pakatan Rakyat oleh Umno-BN di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir

Politik Durjana dan Kempen Memfitnah dan Memburukkan Pakatan Rakyat oleh Umno-BN di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir

Permatang Pasir, 24 Ogos 2009;   Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin, yang juga Ahli Parlimen Ampang, telah mendedahkan beberapa taktik durjana dalam kempen Pilihan Raya Kecil Umno-BN di Permatang Pasir dalam satu sidang media di Markaz Pemuda Pas Kg Pelet semalam.

Pengundi telah dikirimkan warkah-warkah yang berunsur fitnah melalui pos.

Bukti tersebut telah didapati dan diserahkan oleh para pengundi dari Kg Pelet kepada petugas pilihan raya Wanita KEADILAN.   “Bayangkan bahawa sekali hantar menggunakan setem 30sen yang berjumlah RM6000 untuk penghantaran kepada 20 ribu pengundi… jika dihantar sebanyak sepuluh kali akan mendapati keseluruhan jumlah wang, jika diambilkira perbelanjaan lain akan mudah saja melepasi perbelanjaan yang di benarkan oleh SPR dalam sesebuah pilihan raya kecil,” jelas Zuraida Kamaruddin.

(Gambar: dari kiri, Saudara Zalizan, Zuraida Kamaruddin, dan Rodziah Ismail)

Para pengundi juga telah dikirimkan wang palsu untuk meraih undi di Permatang Pasir.  “Cetakan wang palsu adalah suatu jenayah…ia satu taktik untuk menipu rakyat… satu tidakan yang amat tidak bertanggungjawab dan sama sekali bukan  mencerminkan 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak,” kata Zuraida Kamaruddin.

Serentak itu, enam puluh penduduk telah mengadu kepada wakil KEADILAN di Kg Pelet, Saudara Zalizan bahawa mereka (penduduk) sentiasa diganggu oleh SMS yang berunsur memfitnah Pakatan Rakyat, dan mengugut penduduk supaya tidak mengundi calon Pakatan Rakyat.


(Gambar: Rodziah Ismail menunjukkan wang palsu bernilai RM100)

Wanita KEADILAN dan penduduk terbabit akan membuat laporan polis terhadap kesemua aduan-aduan tersebut hari ini.

Poster-poster yang sangat aib, di mana pihak-pihak yang tidak bermoral dan bertanggungjawab telah memperlihatkan kepada khalayak poster-poster sebegini:

Zuraida Kamaruddin menyelar pihak-pihak yang berselindung disebalik simbol parti politik lain dan memfitnah PAS.   Penduduk telah menyatakan kemarahan mereka dan tidak termakan dengan tohmahan-tohmahan murahan sedemikian.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Ketua Wanita, Rodziah Ismail yang juga Ketua Biro Pilihan Raya Wanita KEADILAN dan  EXCO Kerajaan Negeri Selangor serta pimpinan Wanita KEADILAN peringkat Pusat dan Negeri Pulau Pinang.

“Isu-isu yang ditimbulkan (dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir ini) adalah berbentuk perkauman yang bertujuan melaga-laga antara Melayu dan Cina dan sebagainya…politik durjana…yang hanya berniat memecah-belahkan masyarakat … ia suatu tindakan terdesak Umno-BN yang langsung tidak menggambarkan 1Malaysia yang diperkatakan oleh Perdana Menteri, bahkan ia adalah suatu dongengan…” tegas Rodziah Ismail.

“Kes wang palsu membuktikan bahawa pihak yang mencetak wang tersebut masih memilih politik wang, boleh dihukum di bawah ISA…pihak berkuasa mesti segera disiasat dan dibawa ke pengadilan mereka yang tidak bertanggungjawab…tidak boleh ditutup hanya kerana laporan berpunca dari

Pakatan Rakyat. “ ujar beliau lagi.

Rodziah Ismail juga menegaskan bahawa amalan Umno-BN yang menggunakan jentera kerajaan dalam pilihan raya telah berlaku sejak dahulu lagi.   Laporan demi laporan telah dikemukakan tetapi tiada satupun tindakan wajar yang diambil oleh pihak-pihak yang berkuasa.

Petugas Wanita KEADILAN telah mendapati di Kg Ara, Puteri Umno Negeri Pulau Pinang dan Puteri Umno Bahagian Permatang Pauh telah menjadikan pusat atau dewan orang ramai sebagai bilik gerakan kumpulan Umno-BN (gambar bawah).

Rakyat, khususnya pengundi Permatang Pasir, merasakan fitnah yang dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat  adalah keterlaluan dan boleh menatijahkan krisis kepercayaan terhadap Umno-BN dan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

Kenyataan Media DSAI: Propaganda Umno

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA 11 Ogos 2009

Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak. Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak siarkan oleh media milik UMNO.
Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri bersidang pada 8 September 2008, menegaskan komitmen menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa. Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka. Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO lah yang menghina instutusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993.
Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai Gunung dan Bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

AMNESTY AWARD FOR AUNG SAN SUU KYI

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Date: 8 August 2009

Parti Keadilan Rakyat
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
Telephone: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: ibupejabat@keadilanrakyat.org
Web: http://www.keadilanrakyat.org

AMNESTY AWARD FOR AUNG SAN SUU KYI

On behalf of KEADILAN, I would like to offer my heartfelt congratulations to Aung San Suu Kyi on receiving the Ambassador of Conscience Award for 2009 from Amnesty International on 27 July 2009.

Her unwavering courage and determination, as well as her immense personal sacrifice, have inspired millions around the world and have made her an icon for the universal struggle for democracy and human rights.

At the same time, the continuing illegal detention of the leader of a party which won a national election more than two decades ago is an affront to universal principles of justice and democracy. It reflects badly on the world that, after so long, the international community’s political will to put a stop to it has been found lacking.

It is even more shameful that the governments of ASEAN member countries, including Malaysia, have been even more half-hearted in their efforts to push the Junta to free Aung San Suu Kyi and restore democracy in Burma. They should by now be ready to admit that their strategy of neighbourly engagement and persuasion has been an abject failure. Worse still, it has facilitated continuing covert support of individuals and companies, including in Malaysia, doing lucrative business with the military junta, which has contributed not a little to its ability to cling onto their illegal power.

ASEAN should also abandon its misguided – not to mention immoral – policy of non-interference in the “internal affairs” of its member states, as if such affairs exist in a vacuum. The folly of this stand is by now obvious since, as a result of its continuing inability or disinclination to bring Burma into line, ASEAN’s reputation, and consequently its influence in the world, has suffered a significant decline. This in turn has caused considerable damage to the economic wellbeing and competitiveness of all member states. In short, ASEAN nations, in this global era, not to mention economic recession, disregard the Burma problem at their common peril.

August 8 marks the 21st anniversary of the Burmese people’s brave, but unfortunately unsuccessful, uprising aimed at overthrowing the military regime. By bestowing this award on Aung San Suu Kyi, Amnesty International, a universally respected organisation, is not only racking up the pressure on the junta itself, but giving a firm reminder to political leaders, especially Burma’s neighbours, to do more than simply utter politically correct platitudes regarding this important issue.

For the rest of us, as Aung San Suu Kyi remains in detention, let us be inspired anew by her shining example and let our outrage at the continuing injustice against her be reaffirmed. Let us redouble our efforts to press for her immediate release, as well as enhance our initiatives to establish freedom, justice and democracy in our own country, in Burma and in every nation.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President
Parti Keadilan Rakyat
Malaysia

Sikap ala Zionis Shahrizat Abdul Jalil

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

4 Ogos 2009

Wanita Pakatan Rakyat menggesa agar kerajaan segera menghapuskan Akta zalim ISA yang telah disalahguna oleh mereka yang berkuasa.   Polis dipergunakan untuk  melaksanakan wewenangan dengan kuasa yang terkandung dalam Akta zalim ISA.   ISA memberi kuasa untuk menangkap dan memenjara rakyat tanpa alasan dan bukti yang sah.
Wanita Pakatan Rakyat juga amat kesal dengan kenyataan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil, dalam usaha menutup kelemahan Umno-BN, Sahrizat seolah-olah seperti Zionis Israel yang mempertikai kanak-kanak Palestin yang berada bersama-sama ibu bapa mereka dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.
ISA adalah satu Akta yang zalim dan diwujudkan hanya untuk menegakkan kepentingan Umno-BN.   Oleh itu, ia wajar dituntut oleh sekelian rakyat, termasuk anak-anak yang menjadi pewaris masa depan negara.    Sebuah negara yang mendokong demokrasi sewajarnya tidak menghalang sebarang perhimpunan aman.   Tuntutan rakyat agar ISA dimansuhkan dan bukan hanya dipinda tidak mendapat perhatian kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN.   Polis yang diperguna untuk mengukuhkan kepentingan Umno-BN telah memperalat ISA untuk menangkap sesiapa yang disukai tanpa alasan yang hak atau dakwaan dengan bukti yang sahih.   ISA adalah alat yang memberi wewenangan kepada sebuah pemerintahan seperti kerajaan Umno-BN untuk meneruskan agenda menghalang kebebasan berhimpun dan  bersuara.    Pandangan yang lain dari Umno-BN disekat berhabisan dan tidak diberi ruang secukupnya agar didengari oleh rakyat.   Media arus perdana di Malaysia adalah berat sebelah dan memperkukuh kewujudan Akta zalim ISA.
Polis telah mengamalkan budaya menghukum dan menyiksa mereka yang ditangkap ketika perhimpunan aman menentang ISA.   Para OKT (orang kena tahan) telah sengaja tidak di layan dengan sewajarnya dan dibiarkan tanpa makan dan minum yang sempurna ketika dalam tahanan.   OKT adalah tidak bersalah sehingga dijatuhkan sebarang hukuman oleh mana-mana mahkamah, maka wajar mereka dilayan sebagai rakyat Malaysia yang lengkap segala hak-hak kewarganegaraan mereka.   Sharizat lebih wajar menegur pihak polis, yang di bawah kuasa Menteri dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, untuk melaksanakan tugasan mereka secara adil dan profesional, bukannya menjadi alat atau barua mana-mana golongan, hatta Umno-BN sendiri.
Ketika perhimpunan berlangsung, gedung dan perniagaan sekitar lokasi terlibat telah penuh dikunjungi oleh pelanggan.   Begitu juga dengan restoren dan kedai-kedai makan yang penuh dengan pengunjung.   Pengangkutan awam, khususnya perkhimatan LRT, Monorail dan bas dipenuhi oleh penumpang yang kesemuanya memberi keuntungan yang besar kepada perniagaan.   Sebenarnya tindakan polis yang menyimbah air asid dan gas yang  telah menjejaskan kegiatan ekonomi rakyat Malaysia pada hari Perhimpunan menentang ISA 1hb Ogos lalu.   Bahkan polis juga telah mengakibatkan lalulintas jalanraya yang penuh sesak kerana sekatan jalanraya yang dikenakan.   Halangan dalam pengamalan demokrasi sebenar adalah punca kerugian perniagaan, kegiatan ekonomi rakyat Malaysia dan huru-hara di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN sebenarnya sangat cemas terhadap kebangkitan rakyat yang menuntut pemansuhan ISA.
Wanita Pakatan Rakyat menyokong penuh sebarang perhimpunan aman rakyat Malaysia dan menuntut agar pihak polis di bawah Kementerian Dalam Negeri memainkan peranan mereka menyuburkan amalan demokrasi ini, bukan sebaliknya.   Kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Abdul Jalil, Wanita Pakatan Rakyat menggesa beliau agar hentikan bersikap ala Zionis yang mempertahankan keganasan polis terhadap rakyat.
Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN

Hjh Nuridah Salleh
Ketua Muslimat PAS

Chong Eng
Ketua Wanita DAP
—————————————————————————————————————————————————-

Press Statement

3 August 2009

Arrest and Detention of Minors

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil’s statement on the federal government’s plan to take stern action against parents, guardians and organisers who allowed children and teenagers to participate in the peaceful gathering on Saturday reveals the stunning superficiality of her understanding of the democratic process and the rule of law.

Public gatherings are a constitutional right of all Malaysians. The gathering last Saturday, 1 August, 2009, was a peaceful demonstration attended by ordinary citizens from all walks of life who felt compelled to stand against the draconian Internal Security Act (ISA). If Datuk Seri Sharizat was sincerely concerned about the safety of minors, she would have condemned the violent tactics employed by the police against Malaysians armed with nothing more than their convictions.

Despite being voted out by Lembah Pantai residents in the last general elections, Datuk Seri Sharizat was given the opportunity to serve as the Women, Family and Community Development Minister. Unfortunately, instead of using her position to protect the welfare of minors, she has chosen instead to sustain the unprecedented brutal tactics of political persecution of children as young as 13 years old.

Instead of ensuring that the police complies with both the Child Act 2001 and the United Nations International Convention on Children’s Rights, of which Malaysia is one of the signatories, she spreads the outlandish lie that children were used as shields. This blatant falsehood serves as Barisan Nasional spin to portray the parents among the demonstrators as cruel. Instead of being worried about the welfare of the young Malaysians arrested, Datuk Seri Sharizat now chooses to further the lack of compassion by demanding for the arrest of their parents.

One of those arrested, Faizudin Hamzah, 16, will be remanded for four days. Any minister worthy of her position would ask why the young man was arrested, while asleep, close to midnight at KL Sentral without a reason given. Malaysians would have at least expected the minister to investigate claims by Legal Aid Centre lawyers that juveniles were denied food last night. Or question why they were kept in the same lockups as adults. Unfortunately this is not the case.

Political persecution by the ruling elite is already at an all-time high. Is it now reaching a new low with underaged children victimised for Barisan Nasional’s political gain?

YB Elizabeth Wong

Information Chief, Wanita Keadilan

State Assemblyman (Bukit Lanjan)

IN PRAISE OF CORY AQUINO


Cory Aquino’s life proved that one woman’s heroic response to adversity can transform a tribulation into a national triumph.
In assessing every notable figure of history, a vexing question arises: to what extent did greatness inhere in the person, and to what degree was it a product of the situation?
If great persons have their starts, as Gandhi said he did, it is often because a national or world crisis favors greatness.
Corazon Aquino’s rise to historical fame was much like John Kennedy’s ascension to soldierly bravery. “They sank my boat,” said Kennedy responding to the question of how he became a wartime hero.
“They killed my husband,” one imagines Cory Aquino would have said had she been asked how a homemaker became the first female President of the Republic of the Philippines.
If her husband Benigno Aquino personified Filipino courage in the face of oppression, as Jamie Cardinal Sin famously eulogized Ninoy at his funeral, Cory Aquino exemplified every surviving victim’s desire for redemption of a cause momentarily ground into dust by brute force.
Against what she felicitously described as the “guns, goons and gold” of the dictator Ferdinand Marcos, Cory Aquino rallied the forces to change the seemingly hopeless destiny of the Filipino masses under the initially bright but soon-to-be blighted Marcos presidency.
Just as her husband could have preferred the sterile comforts of exile to the savage threats to his physical safety upon his return home, likewise Cory could have retired from her slain husband’s cause and let the cup of destiny pass into the hands of another presumptive leader.
She didn’t let the cup pass. Instead she raised her murdered husband’s fallen banner, and after a two-and-a-half year struggle, hoisted it victoriously at the Malacanang Palace.
Thus she earned the undying gratitude of the Filipino people for returning their country to the ideals of its founding liberator, Jose Rizal, whom history recognizes as Asia’s first fighter for constitutional government by consent of the governed.
Cory Aquino’s struggle for and success at fortifying constitutional democracy in the Philippines was one of the signal battles in the last quarter of the 20th century. Oppressed masses in Asia, nay the world, touched their forelocks in gratitude to her for the inspiring example of her courage in the face of adversity.
The Malaysian people have a special reason to view her as an iconic figure. Their striving for a return of their country to the dispensation entrusted to it by its founding constitution mirrors hers and Ninoy’s successful struggle to return the Filipino nation to the promise of Rizal’s legacy.
My family, especially my wife Azizah, has a more intimate reason to be grateful to her for the generosity of her support during the years of my incarceration. Cory treated my wife and children as family, exemplifying the solidarity of all hearts that thirst for justice.
Azizah will convey in person the grief felt by Malaysians, particularly members of the party she leads, Keadilan, for the inspiration of her life’s achievement and the solicitude she showed us in our hour of acute need.
Our gratitude for her support knows no bounds; likewise our grief at her passing.
ANWAR IBRAHIM

Hubungan Zahid Hamidi dengan Israel

Kenyataan Media
22 Julai 2009

Pertemuan Zahid Dengan Rakan Sejawatnya dari Israel Menimbulkan Persoalan

Parti Keadilan Rakyat melahirkan rasa kecewa dengan pendedahan laporan bahawa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak di Paris bulan lepas.

Turut dilaporkan ialah Zahid telah terlebih dahulu mengakui menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan bahawa beliau (Zahid) telah berkeras supaya tidak ada jurugambar yang hadir dalam pertemuan tersebut. Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan pertemuan tersebut kekal menjadi rahsia, jelaslah sekarang bahawa apa yang berlaku di Paris, tidak semestinya hanya kekal di Paris!

Pertemuan yang sedemikian rupa dengan regim yang telah dikecam di seluruh dunia kerana kekejamannya di Palestin dan Lebanon secara tidak langsung menunjukkan ketidakpekaan dalam isu moral dan politik, tidak kira apa jua justifikasi yang diberikan oleh Zahid. Sesungguhnya, adalah amat menyedihkan sekiranya Zahid berasakan bahawa pertemuannya dengan Israel akan membuatkan Israel mengubah caranya, sedangkan sekutu-sekutunya yang paling setia seperti Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat pun tidak berjaya dalam desakan supaya regim Zionis mengubah caranya, contohnya desakan untuk menghentikan pembinaan pendudukan haram Yahudi di atas tanah Palestin.

Oleh itu, kita hanya dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat lebih daripada sekadar pertemuan yang biasa dalam gerak isyarat diplomatik singkat Zahid dengan Menteri Pertahanan Israel, yang merupakan orang yang sama yang bertanggungjawab dalam semua serangan udara yang dikecam hebat oleh kerajaan Malaysia selama ini.

Pertemuan ini menimbulkan persoalan tentang keupayaan Zahid dalam membuat penilaian yang baik dalam tempoh yang singkat sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Apakah urusan Malaysia untuk bertemu dengan Menteri Pertahanan sebuah regim yang mana ia tidak mempunyai hubungan, atau yang tidak pernah diakui hubungannya? Bagi menambahkan lagi keraguan, pertemuan tersebut bukannya di antara dua orang menteri luar negeri, tetapi di antara dua orang menteri pertahanan. Protokol politik tidak akan membolehkan dua orang Menteri Pertahanan kerajaan-kerajaan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik untuk mengadakan pertemuan. Jelaslah Zahid telah melangkaui deskripsi kerjanya.

Satu-satunya orang yang boleh menjawab persoalan ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Atau mungkin juga Zahid, yang pada awal tahun ini memainkan peranan ‘memperjuangkan Islam” dengan amaran kerasnya kepada pemimpin-pemimpin bukan Islam di Malaysia supaya ‘tidak menguji kemarahan orang Islam’, mahukah beliau memberitahu kebenaran dan membuat pengakuan tentang kepura-puraan diplomatiknya?(tamat)

Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

Kematian Teoh Beng Hock: Suatu Pengkhianatan

Kenyataan Media

Ketua Wanita KEADILAN

17 Julai 2009

Tragedi Kematian Teoh Beng Hock boleh dianggap sebagai suatu pengkhianatan oleh Kerajaan Malaysia, menerusi SPRM, terhadap amanah memelihara keselamatan setiap rakyat


Wanita KEADILAN amat sedih dengan berita kematian seorang anak muda, Teoh Beng Hock (30), aktivis, idealis dalam arena politik Pakatan Rakyat.   Penglibatan aktif beliau telah memberi harapan kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan, khususnya dalam DAP, bahawa beliau memiliki masa depan yang cerah dalam karier politik beliau.   Kematian beliau dalam suasana yang menimbulkan seribu satu tanda tanya, amatlah menyayat hati seorang ibu, yang telah kehilangan seorang anak kesayangannya, tempat membahu berbagai harapan, tetapi kini musnah secara mengejut.   Hasrat untuk melihat anaknya mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya hari ini juga hancur berkecai.   Bahkan mana-mana ibu yang akan menganggap Teoh seolah-olah anaknya juga, akan merasai yang serupa.

Apakah mesti berlakunya tragedi barulah sistem dan peraturan yang ada dalam agensi-agensi kerajaan dikuatkuasakan atau diselia lebih ketat?   Tidakkah budaya preventif lebih memberi jaminan keselamatan kepada rakyat?

SPRM yang belum beberapa bulan diwujudkan telah semestinya tercemar imej dan dipandang negatif kerana tregedi kematian Teoh berlaku di bangunan Pejabat  SPRM sendiri.   SPRM wajar segera melaporkan kesemua siasatan dan memberikan hak sepenuhnya kepada keluarga Teoh untuk memastikan bahawa siasatan itu adil dan telus.   SPRM wajar memberi segala bantuan dan nasihat kepada keluarga Teoh dalam menyelesaikan kes kematian beliau, terutamanya mengenai hak waris Teoh dalam proses penyiasatan, bagi membersihkan sebarang anggapan negatif terhadap SPRM.

Kehilangan nyawa dalam apa jua keadaan merupakan suatu peristiwa yang dahsyat bagi mana-mana keluarga yang terbabit.   Ia juga bermakna kehilangan yang besar kepada sesebuah negara kerana rakyat adalah aset terpenting bagi setiap negara.   Oleh itu, pemeliharaan nyawa rakyat Malaysia dalam setiap konteks dan keadaan mestilah diambil berat oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku dalam perkarangan pemeliharaan keselamatan sebuah agensi Kerajaan.

Wanita KEADILAN menuntut agar tragedi kematian Teoh disiasat dengan serta-merta secara telus.   Pihak berkuasa seperti SPRM dituntut untuk mengambil pendekatan memastikan keselamatan fizikal, mental dan jiwa mereka yang didapati tidak bersalah selepas soal-siasat, terutamanya apabila mereka masih berada dalam kawasan di mana soal-siasat telah dilakukan.   SPRM telah lalai dalam memberi jaminan keselamatan sedemikian dalam konteks kemanusiaan dan konsep kerajaan yang dikatakan mementingkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat umum.   SPRM patut menggantung serta tidak meneruskan siasatan mengenai Perbelanjaan Peruntukan ADUN selagi siasatan ke atas kes kematian Teoh Beng Hock tidak diselesai dan dikemukakan hasil siasatannya kepada awam.

Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN