KONVENSYEN KEPIMPINAN WANITA PULAU PINANG-Anjuran bersama WIRDA, Wanita Prihatin & WATAMI

 

Bismillahirrahmannirrahim

Selaku Pengarah Program hari ini pertama sekali ingin saya mengucapkan rasa syukur pada Allah swt kerana dengan limpa kurnia dan izinya perancangan untuk mengadakan Konvensyen Kepimpinan Wanita Pulau Pinang 2010 telah terlaksana pada hari ini 7 Mac 2010, di Dewan Townhall MPPP yang serba indah ini -Alhamdulillah.

Yang Berhormat Timb Ketua Menteri 1 dan barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang , Para Ahli Panel , Pimpinan Pimpinan NGO , Pimpinan Wanita , Pimpinan Masyarakat dan semua yang hadir hari ini saya mengucapkan Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hadirin sakalian,

Golongan wanita membentuk hampir 50 peratus daripada penduduk Malaysia iaitu kurang sedikit daripada lelaki. Dengan jumlah 13,00776.8 juta, wanita telam memberi impak yang sangat ketara kepada hala tuju pembangunan dan pentadbiran negara.

Pengaruh kepimpinan wanita dalam sistem pentadbiran kerajaan masih jauh daripada yang dijangkakan walaupun mereka sebahagian besarnya mendapat pendidikan dan peluang pekerjaan yang sama rata dengan lelaki. Dalam laporan International Parliament Union 2005 menyatakan terdapat 20 buah negara yang telah mencapai 30 peratus wakil wanita dalam parliamen di mana Negara Rwanda menerajui jumlah ini dengan 48.8 peratus, diikuti Sweden 45.3 peratus, Norway 37.9 peratus, Finland 37.5 peratus, Denmark 39.7 peratus dan Belanda 36.7 peratus. Kejayaan negara-negara ini menambah penyertaan wanita dalam pentadbiran kerajaan adalah kerana komitmen yang sangat tinggi bagi menjayakan resolusi konvensyen antarabangsa seperti Beijing Platform for Action, The Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) dan Commonwealth Plan of Action.

Di Malaysia, senario penyertaan wanita di sektor kerajaan tidak selari dengan penyertaan mereka di dalam pilihan raya. Walaupun tidak ramai golongan wanita yang terlibat dalam pemilihan di Dewan Rakyat/Negeri iaitu di bawah 10 peratus, tetapi peranan mereka menentukan kemenangan sesebuah parti politik semakin membesar. Kesedaran berpolitik wanita ini dikatakan berpunca daripada tahap pendidikan yang semakin baik dan memberi akses kepada percambahan maklumat yang lebih banyak.

Selain itu kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan besar memberi kesedaran ke atas hak-hak wanita telah membantu lebih ramai golongan profesional wanita dan masyarakat luar bandar untuk mengambil bahagian dalam politik semasa. Kemunculan tokoh-tokoh politik wanita sama ada dalam parti kerajaan atau pembangkang menjadikan keghairahan golongan wanita untuk mengambil tahu isu-isu politik turut bertambah.

Penyertaan wanita profesional dan berkerjaya bakal mengubah persepsi masyarakat terhadap peranan dan sumbangan mereka dalam iklim pentadbiran negara dan negeri. Jawatan doktor, ahli ekonomi, ahli korperat, peguam dan aktivis sosial bukanlah penghalang kepada penglibatan wanita yang lebih meluas dalam masyarakat dan negara.

Justeru, satu formula khas perlu direka bagi mengumpul semua golongan ini di bawah satu bumbung. Lontaran idea dan pendapat mereka amat diperlukan bagi membantu Kerajaan PR dalam meningkatkan mutu dan prestasi cemerlang pentadbiran negeri.

Maka, kami gabungan 3 NGO Wanita iaitu WIRDA, Wanita Prihatin Pulau Pinang dan WATAMI mengambil inisiatif menghimpunkan seluruh pimpinan wanita di Pulau Pinang dalam konvensyen pada hari ini untuk kita sama-sama bertukar pendapat, berbincang dan membahaskan isu-isu kepimpinan wanita bersama-sama tokoh-tokoh jemputan kita hari ini.

Konvensyen sebegini adalah  julung-julung kalinya diadakan di negeri Pulau Mutiara ini degan hasil gabungan tenaga 3 NGO tadi dan menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri kedua salepas Negeri Selangor mengadakan  Konvensyen yang sama dengan bertemakan `Wanita Berdaya Harapan Negara’ dan moto `untuk negeri mutiara ini iaitu `Memeperkasakan ekonomi wanita Pulau Pinang’.

Negeri Pulau Pinang amat bertuah kerana  hari ini Konvensyen ini dapat  dilaksanakan dengan jayanya atas sokongan padu daripada Kerajaan Pulau Pinang sapert YB Puan  Lydia Ong dan khususnya TKM1, YB Dr. Mansor Othman. Beliau merupakan antara pemimpin yang peka dan prihatin dan pengalaman beliau dalam membela nasib wanita di negara kita khusunya di Pulau Pinang. Terima kasih YB Dr. Mansor!

Beliau adalah diantara pemimpin yang begitu sensitive dengan Gender maka  gelaran `Dr Mansor di Hati Wanita’ begitu sinonim dikalangan wanita keadilan terutama Wanita Ampang.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa yang bertungkus lumus  demi untuk menjayakan program ini. Diharapkan kerjasama yang erat antara kita akan berterusan di dalam program-program yang serterusnya.Penghargaan yang tidak terhingga juga kapada semua yang hadir terutama dari Wirda Pulau Pinang , Selangor, Wanita Perhatin Pulau Pinang, Watami,  BLI  dan juga kepimpinan Wanita dari  Keadilan, DAP & PAS . 

Terima kasih atas sokongan anda semua diatas  kesudian meluangkan masa untuk menghadiri konvensyen ini.

Akhir kata, diharapkan para peserta dapat menghadamkan ilmu-ilmu yang akan diperolehi pada hari ini.  Semoga apa yang kita usahakan ini mendapat keberkatan dan keredhaan Ilahi. Yang Baik itu datangnya dari Allah swt dan yang lemah itu dari diri saya sendiri.

Selamat  Berkonvensyen. Sekian, terima kasih.

PN NOORSHAM ABU SAMAH                                                                                                                                                                                                                       

Pengarah

Konvensyen Kepimpinan Wanita Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: