Generasi Muda Harapan Negara

Gelombang kebangkitan golongan muda terhadap perkembangan negara khususnya bidang politik mula tercetus di era Reformasi ‘98. Mereka mula celik politik dan peduli dengan pemasalahan negara. Kebangkitan ini seterusnya diterjemahkan dalam pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008.

Berdasarkan kajian terperinci yang dijalankan mengenai keputusan PRU 12 yang lepas telah menunjukkan beberapa keputusan yang amat menarik. Saya ingin berkongsi maklumat bahawa hampir 60 peratus sokongan yang diperolehi Pakatan Rakyat adalah dari kalangan generasi muda. Generasi ini merupakan golongan yang mengundi tidak berdasarkan sebarang sentimen tetapi melalui kajian dan perbandingan yang bijak. Media alternatif melalui internet khususnya memberi kelebihan kepada golongan muda ini mendapatkan maklumat dengan lebih meluas.

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan 2 juta pengundi baru yang mendaftar dan kebanyakan dari mereka adalah anak muda yang bakal meneruskan kesinambungan pentadbiran negara. Di dalam pelan strategik Generasi Dua ini insyAllah akan dilontarkan idea kontemporari yang mampu menarik perhatian dan minat generasi muda untuk meneruskan serta mewarisi kesinambungan perjuangan wanita dan mengelak negara ini terus ditadbir kearah kehancuran.

Pelan tindakan yang dilaksanakan Wanita Keadilan adalah khusus bagi wanita muda ini adalah bersesuaian dengan citarasa mereka. Berbagai program intensif yang disediakan merangkumi;

i. Latihan kepimpinan

ii. Membimbing

iii. Memberdaya

 iv. Kepimpinan

Dengan perancangan strategik ini menjadi hasrat kami untuk melahirkan pelapis yang mandiri, berprinsip dan tegas untuk terus mara ke hadapan. Pada masa yang sama usaha ini adalah lambing sikap Wanita Keadilan yang terbuka dalam mengalu-alukan generasi muda. Kami yakin orang muda merupakan lambang Harapan Negera.

Wanita Keadilan juga ingin memulakan budaya politik baru dalam memberi ruang seluasnya kepada wanita generasi kedua ini. Oleh itu, pasukan Srikandi yang merupakan sayap kanan Wanita Keadilan yang dianggotai oleh remaja perempuan perlu diaktifkan semula dengan serius. Kita juga boleh memikirkan penjenamaan semula atau ‘rebranding’ agar kelihatan lebih menarik untuk disertai. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan persaingan sihat serta boleh dijadikan platform kepada mereka untuk mengenengahkan potensi mereka sebagai pemimpin golongan muda. Hal ini sangat penting supaya kita tidak kehilangan sokongan golongan muda dan juga dapat memastikan setiap tindakan atau keputusan yang kita ambil dapat turut mengembilkira kesesuaian dan minat golongan tersebut.

YB ZURAIDA KAMARUDDIN

KETUA WANITA PKR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: