PROGRAM SEHARI DI MELAKA BERSAMA KETUA WANITA KEADILAN

Wanita Keadilan Melaka telah mengadakan program sehari bersama Ketua Wanita Pusat, YB Zuraida Kamaruddin yang melibatkan beberapa tempat sekitar Melaka. Program dimulakan dengan majlis minum petang dan penyerahan borang keahlian daripada veteranWanita Umno Melaka iaitu Mak Dara di Kg. Kuala Ina, Tampin. Kemasukan Mak Dara yang juga mendapat jolokan ‘Tarzan Wanita’ di kalangan Umno Melaka melakar sejarah pada petang itu di mana borang keanggotaan beliau diserahkan sendiri kepada Ketua Wanita Pusat, YB Zuraida.

Mak Dara mengakui bahawa nasib rakyat hanya terbela sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah. Segala janji yang ditabur oleh  Umno/BN selama ini hanyalah omongan kosong semata-mata ingin meraih undi rakyat agar mereka terus berkuasa. Bersama-sama borang Mak Dara, 30 borang keanggotaan baru yang lain turut diserahkan kepada YB Zuraida.

Program seterusnya adalah lawatan di Hospital Tampin. 2 orang penyokong kuat PKR telah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas. YB Zuraida sempat menghulurkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban mangsa.

Program diteruskan lagi dengan Majlis Sambutan Ponggal anjuran Wanita Melaka. Majlis ini turut dihadiri oleh Sdr. Shamsul Iskandar, PPN Melaka merangkap Ketua AMK Pusat serta YB Ravi, ADUN Port Dickson. Majlis diserikan dengan tarian Ponggal daripada anak-anak remaja serta masakan nasi manis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: