KONVENSYEN WANITA KELANTAN – WANITA BERDAYA HARAPAN NEGARA!

Pada 30 Januari, 2010, bertempat di Hotel MGU, Kota Bharu Kelantan telah diadakan satu Konvensyen Wanita Kelantan. Konvensyen ini dianjurkan oleh Wanita Keadilan Kelantan bertemakan ‘Wanita Berdaya Harapan Negara’. Lebih 300 orang peserta hadir dari semua Cabang PKR Kelantan.

Majlis ini ini dirasmikan oleh Ketua Wanita Keadilan Pusat, YB Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang. Antara barisan pembentang kertas kerja terdiri daripada YB Zuraida, YB Saifuddin Nasution dan Pn Rozaini Mohd Rosli. Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab dengan barisan panel termasuklah Pn Noorsham Abu Samah selaku Naib Ketua Wanita Pusat.

Di akhir konvensyen ini, ketua-ketua wanita cabang menyahut cabaran daripada Ketua Wanita Pusat untuk mengadakan konvensyen peringkat cabang masing-masing untuk pemantapan dan pemerkasaan parti khususnya sayap wanita. Majlis berakhir tepat jam 6.00 petang diakhiri dengan penyerahan resolusi Wanita Keadilan Kelantan kepada YB Zuraida selaku Ketua Wanita Pusat. Terpancar semangat juang dan iltizam yang tinggi tersemat di hati para peserta. Wanita Berdaya Harapan Negara!

 

One Response to “KONVENSYEN WANITA KELANTAN – WANITA BERDAYA HARAPAN NEGARA!”

  1. roslin Says:

    Assalamualaikum…….!
    syabas kaum hawa kelantan negeri yang di panggil serambi mekah.Tapi apa yang saya kesalkan sikap peniaga yang mejoritinya kaum hawa yang cara berniaga bukan cara Nabi S.A.W berniaga contoh:
    1.Kalau bukan orang dari negeri kelantan harganya lebih mahal
    2.Dalam urusan jual beli meti ada tawar menawar,tapi yang saya kesalkan sikap peniaga yang mulat kasar bahasanya dan seolah olah mengugut pembeli.Adakah cara ini yang nabi S.A.W lakukan bersama isteri semasa urusan jual beli?
    Siapa yang harus di salahkan?
    Umnokah?
    Paskah?
    Keadilankah?
    DAPkah?
    Dan siapa pula yang harus membetulkan perkara ini
    Tuan guru kah?
    Dato Najib kah?
    Anuar/Azizah kah?
    Kiat Siang/Karpal Singh kah?
    Kalau kita kata kita pengikut Ahli Sunnah Waljamaah takkan lah sampai jadi kacau bilau macam ni.Tanda akhir zaman umat islam dah mempercayai ulama dan ulama akan membawa diri ke Mekah.Sekarang dah ada tanda tanda itu ulama pas ada fatwanya,ulama umno ada fatwanya dan yang terkini ulama india dan cina yang dah pandai baca ayat Quran.Ini akan menyebabkan orang islam yang kurang ilmu agama jadi bingung yang mana satu benar.Inilah jadinya kalau agama digunakan untuk politik tidak ada kejujuran 100% dalam menegakkan ajaran islam .Wahai semua yang berilmu berdakwah dan perbetulkanlah apa yang salah dan menambahbaik lah umat islam di kampung,negeri dan negara masing masing dan janganlah libatkan agama dengan politik kotor kamu.tolonglah….?
    Ingatlah apa yang soalan yang akan ditanya bila kita mati nanti.Berdakwahlah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: