Kenyataan Media – WANITA TIDAK BOLEH MENJADI MENTERI BESAR BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN

Kenyataan YB Hamidah Osman, ADUN Sg Rapat bahawa ahli politik wanita boleh menjadi menteri tetapi bukan sebagai Menteri Besar, bukan sahaja bertentangan dengan perlembagaan Malaysia, malah prinsip kesaksamaan jantina di bawah Konvensyen CEDAW yang telahpun diratifikasikan oleh Kerajaan Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan di bawah pindaan terhadap Perkara 8(2) telahpun melarang pembezaan atas dasar jantina. Malahan Undang Tubuh Negeri Perak tidak pernah menyebutkan jawatan Menteri Besar merupakan hak eksklusif untuk lelaki sahaja.

Maka dakwaan Hamidah bahawa wanita tidak mampu menjadi Menteri Besar atas alasan protokol bersama Sultan dan perjumpaan dengan pegawai agama adalah pandangan bersifat diskriminasi terhadap kaum wanita kerana ianya menilai prestasi Menteri Besar berdasarkan jantina dan bukan kebolehan urus tadbir.

Pendirian sedemikian juga memperlihatkan kelemahan pentadbiran Barisan Nasional dalam menggalakkan partisipasi wanita dalam politik berbanding dengan Pakatan Rakyat di Selangor yang melantik 40 peratus wanita sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Adalah menjadi komitmen Parti Keadilan Rakyat untuk memastikan sekurang-kurangnya 30% pertisipasi wanita dalam membuat keputusan di setiap peringkat bagi menghapuskan diskriminasi terhadap wanita supaya wanita turut mendapat penghormatan yang setimpal dalam masyarakat.

Hakikatnya wanita kini bukan sahaja mampu untuk memimpin negeri, malahan wanita juga mampu memimpin Negara dengan baik. Misalnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama dalam negara ini; Mantan Presiden Indonesia Megawati Sukarnoputri, mantan Presiden Filipina Corazon Aquino dan mantan Perdana Menteri United Kingdom Margaret Thatcher merupakan antara contoh terbaik tokoh wanita dalam memimpin rakyat.

Saya berasa kesal dengan kenyataan Hamidah yang merasa tidak yakin untuk memimpin, namun pandangan beliau tidak akan menghalang kami yang berkeyakinan dan berkebolehan untuk melakukan perubahan, termasuk menggalakkan lebih ramai partisipasi wanita dalam politik serta menerajui perubahan dalam negara ini.

YB RODZIAH ISMAIL

TIMB. KETUA WANITA PKR/EXCO KERAJAAN SELANGOR/ADUN BATU TIGA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: