KENYATAAN MEDIA -SIASATAN JAIS TERHADAP DATO’ ASRI PERLU TELUS DAN ADIL: MB SHAH ALAM

KENYATAAN MEDIA

2 NOVEMBER 2009

Kerajaan Negeri Selangor prihatin kepada pelbagai reaksi yang timbul daripada masyarakat umum berhubung dengan tangkapan yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) ke atas bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Kerajaan negeri telah dimaklumkan bahawa JAIS – yang memiliki kuasa yang bebas dari kekangan Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan Eknamen Pentadbiran Agama Islam Selangor – sedang menyiasat perkara tersebut dan tiada sebarang dakwaan dikenakan sehingga kini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid yakin bahawa JAIS akan bertindak profesional dalam menjalankan siasatan yang bebas, adil dan telus ke atas Dato’ Asri. “Saya pasti JAIS akan menjalankan siasatan yang adil dan akan mengambil kira seluruh aspek bagi memastikan keadilan terjamin bukan sahaja kepada orang awam tetapi juga Dato’ Asri,” kata Tan Sri Khalid.

Menteri Besar turut menggesa JAIS unutk memberikan penjelasan yang munasabah kepada orang awam berkenaan kejadian itu memandangkan pelbagai persoalan dan pertikaian timbul berikutan cara penangkapan itu dibuat.

SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

2 Responses to “KENYATAAN MEDIA -SIASATAN JAIS TERHADAP DATO’ ASRI PERLU TELUS DAN ADIL: MB SHAH ALAM”

  1. abby bahrin Says:

    kes mufti di tangkap sememangnya tidak wajar!

  2. abby bahrin Says:

    ternyata banyak konspirasi berat sebelah yang berlaku!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: