Pencalonan Isa Samad Bukti UMNO Tidak Serius Untuk Berubah

Pencalonan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon UMNO bagi menentang rakyat di Bagan Pinang sebenarnya tidak mengejutkan. Ianya sudah dijangka sementelah cuma satu nama sahaja yang diacdangkan oleh kepimpinan UMNO Bahagian Teluk Kemang yang diketuai oleh Isa sendiri. Dengan ugutan boikot dari UMNO Bahagian dan sebahagian pemimpin utama UMNO Negeri Sembilan yang masih dipengaruhi Isa Samad, UMNO sendiri dilihat sebagai tidak mempunyai pilihan selain daripada memilih untuk mencalonkan Isa Samad sendiri walaupun terdapat banyak nama yang boleh dipertimbangkan.

Pemilihan ini membuktikan kepada banyak pihak bahawa laungan UMNO untuk berubah hanyalah sekadar lapisan angan-angan sahaja dan impian tersebut sangat sukar dilaksanakan kerana political will atau kemahuan yang jitu gagal diserap oleh UMNO di semua peringkat. Janji manis UMNO untuk berubah selepas pemilihan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang ke enam nyata musnah di Bagan Pinang. UMNO masih lagi ditakluki segelintir pemimpin kelas elit yang hanya mementingka kesinambungan kuasa dan peluang meraup kekayaan. Buktinya, Isa Samad yang telah lebih dua dekad menjadi wakil rakyat dan hampir 20 tahun menjadi Menteri Besar masih lagi dipilih. Untuk apa jika bukan kerana ada agenda lainnya? Seolah-olah tiada pemimpin pelapis dari generasi muda yang berkemampuan untuk menggalas harapan UMNO.

Pemilihan Isa Samad pastinya memanaskan punggung Menteri Besar sekarang yang umum mengetahui ialah dari kelompok penyokong bekas Perdana Menteri Pak Lah. Semenjak memegang kepimpinan UMNO Negeri Sembilan, ramai EXCO baru yang dilantik dan calon-calon pro Isa Samad digugurkan dari bertanding dalam PRU ke 12 yang lepas. Hasilnya BN hilang majoriti di Negeri Sembilan dan hanya 4 kerusi diperlukan untuk majoriti mudah bagi Pakatan Rakyat memerintah Negeri adat perpatih itu. Pastinya kegusaran itu akan bertambah kerana jika Isa Samad menang, adalah mustahil beliau akan hanya menjadi wakil rakyat biasa sahaja. Isa sentiasa dilihat sebagai kroni Najib Tun Razak semenjak dari zaman beliau menjawat EXCO Pemuda UMNO di zaman Anwar Ibrahim lagi.

PAS yang meletakkan Pesuruhjaya Negeri Sembilan, Zulkifi Omar nyata optimis untuk mengulangi kejutan seperti di Parlimen Kuala Terengganu. Di atas kertas, PAS turun selaku underdog dengan kekurangan 2333 undi berbanding UMNO. Menyedari fakta bahawa undi pos di Bagan Pinang ialah sebanyak 4604 undi dan amat mustahil bagi pas mengulangi kejayaan mencuri lebih satu ribu undi pos seperti pilihanraya umum lagu kerana pastinya kawalan , amaran dan ugutan lebih keras lagi digunakan bagi memperlekehkan anggota keselamatan yang mengundi di kem masing-masing. Awal-awal lagi PAS sudah berstrategi agar UMNO meletakkan Isa Samad selaku calon kerana ini merupakan nilai tambah bagi PAS untuk berkempen kerana Isa Samad mempunyai track record yang tidak bersih. Untuk UMNO menyatakan bahawa character assasination atau kempen menghentam peribadi ini sebagai tidak bermaruah adalah agak lucu kerana latarbelakang UMNO yang sehingga hari ini menyerang peribadi Tuan Guru Menteri Besar Kelantan dan juga Dato Seri Anwar Ibrahim masih rancak berkumandang. PAS juga melalui calonnya boleh menggunakan isu kebajikan rakyat yang dilaksanakan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah selain daripada menggunkan isu kontroversi seperti Perarakan Kepala Lembu dan sebagainya untuk diterangkan kepada rakyat Bagan Pinang.

Secara umumnya, peluang dilihat masih ada bagi PAS membuat kejutan walaupun dengan hanya mengurangkan majoriti undi Barisan Nasional walaupun untuk menang adalah di luar jangkaan. Namun sekiranya PAS berjaya memenangi pilihanraya kecil ini, maka kemungkinan gelombang perubahan di kawasan Selatan tanah air yang dahulunya dilihat sebagai benteng Barisan Nasional akan mula membadai.

One Response to “Pencalonan Isa Samad Bukti UMNO Tidak Serius Untuk Berubah”

  1. IsHaK MoHaMaD Says:

    KEGAGALAN DI BAGAN PINANG BUKTI UMNO DAN BARISAN NASIONAL TETAP DIHATI RAKYAT,JANGAN PENTINGKAN KUASA SEHINGGA BANGSA KITA TERGADAI.BUKAN KITA NAK PINGGIRKAN BANGSA LAIN,TAPI INGAT INI TANAH MELAYU YANG PUNYA.HAK DAN KEISTIMEWAAN MELAYU MESTI LEBIH DARI BANGSA PENDATANG,JANGAN KITA GADAIKAN BANGSA KITA SENDIRI DEMI PANGKAT DAN DARJAT.SAYA SEBAGAI ANAK MELAYU MAHU MELIHAT MELAYU TIDAK HILANG DI DUNIA,SAYA MEMOHON KEPADA ORANG MELAYU DI DALAM PKR DAN PAS SEDARLAH BAHAWA PEJUANGAN ANDA HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN HAK SESUATU PIHAK SAHAJA.DEMI ALLAH,SAYA SEBAGAI UMAT ISLAM YANG CINTAKAN AGAMA DAN BANGSA SAYA AKAN TERUS MEMBELA HAK DAN KEPENTINGAN ORANG MELAYU.HANYA ALLAH AKAN MEMBALAS SEGALA FITNAH HAMBANYA DI AKHIRAT KELAK..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: