Aksi, Lisan & Rupa Bullies at Work (updated)


Scenes at the Dialogue with citizens of Section 23 in Shah Alam 5th September 2009.

SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR UNTUK SEMUA.

Umno Seksyen 23 Shah Alam buat kecoh dimajlis dialog bersama penduduk mengenai isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.

Sabtu 5hb.Sept,09– Kehadiran Umno Taman Seksyen 23 ke majlis dialog pada hari ini adalah untuk satu tujuan yang jelas, iaitu untuk membuat kecoh. Mereka telah memulakan rancangan mereka sejak sebelum majlis tersebut bermula.

Pada lebih kurang pukul 10 pukul pagi tiba-tiba beberapa orang Umno membuat bising dipintu depan Dewan banquet MBSA. Mereka memarahi anggota penguatkuasa MBSA kerana kononnya menghalang seorang penduduk cina dan isterinya masuk. Orang –orang tesebut memaki hamun pengkuatkuasa MBSA. Saya terpaksa mencelah menredakan keadaan. Saya memberitahunya bahawa kita tidak mengahalang penghui rumah membawa anak isteri mereka dan kita hanya hendak pastikan bahawa semua yang hadir untuk sesi dialog ini adalah penduduk Seksyen 23 sahaja. Setelah tiada isu lagi yang boleh dikecohkan lagi, kumpulan itu pun masuk ke dewan .

Sekali lagi kumpulan tersebut menjerit dan memaki apabila Menteri Besar, YB Khalid Samad , YB Rodziah dan delegasi Datuk Bandar masuk kedalam dewan. Pihak pengutakuasa terpaksa mengawal keadaan. Kumpulan itu juga menyerang dan mengasari seorang pembantu wanita YB Khalid Samad apabila beliau tengah mengambil gambar. Wanita tersebut terpaksa dibawa ke bilik VIP untuk mengelakkan kumpulan itu dari terus mengejarnya.

Kesemua tindakan dan perbuatan biadap UMNO ini direkodkan sepenuhnya oleh lebih 20 wakil media akhbar , TV and penulis –penulis blog .

Majlis yang reda seketika semasa bacaan doa, mula kecoh lagi semasa pembentangan Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor. Kumpulan pengacau tersebut tidak enggan mendengar penjelasan isu tersebut dan beberapa kali menjerit agar beliau hanya menyatakan samada pembinaan kuil akan diteruskan atau tidak.

Mereka ini merebut mikrofon walaupun sesi dialog belum bermula dan memaki hamun semua kepimpinan negeri yang berada didepan. Antara kata-kata yang telah dikeluarkan ialah “ MB Bodoh , “Khalid Samad sekongkol dengan kuil”,” Rodziah pelacur “, “Rodziah saya akan rogol you sekarang ! “ dan banyak kata –kata kesat lagi .

Ada juga beberapa yang telah mengangkat kasut dan kerusi untuk dibaling ke arah MB dan Ahli Parlimen dan ADUN. Penguatkuasa terpaksa membuat benteng dihadapan untuk menghalang kumpulan ini daripada menyerbu Khalid Samad dan MB . Beberapa kali timbul pergaduhahan yang terpaksa diredakan keadaannya.

Wakil penduduk Hindu yang ingin bercakap juga di jerit dan dikacau oleh mereka. Pada suatu ketika orang UMNO ini menyerbu kedepan untuk menumbuk wakil penduduk Hindu ini daripada bercakap . Penguatkuasa terpaksa meleraikan mereka.

Dialog ini berakhir dengan saranan Menteri Besar bahawa, beliau ingin semua penduduk yang terlibat agar jangan membincangkan isu ini lagi. MB memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan mendengar pandangan jawatankuasa kuil sebelum membuat keputusan. Sehingga itu semua pihak tidak harus membangkitkan isu ini dan membiarkan Kerajaan Negeri meneliti untuk membuat keputusan muktamad.

RUANG DEMOKRASI DISALAHGUNAKAN !

Sesi dialog yang berupa ‘town hall meeting’ bersama penduduk hari ini disalahgunakan demi kepentingan politik UMNO. Kerajaan Negeri telah sudi mengadakan mesyuarat seumpama ini tetapi ianya pula memberikan platform untuk UMNO bersikap biadap. Segala tindakan memaki dan perbuatan biadap UMNO Seksyen 23 akan diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia nanti.

PIHAK POLIS BERSEKONGKOL !

Sekali lagi, sejak protes dan perarakan kepala lembu tersebut, pihak polis gagal menjaga keselamatan rakyat. Kegagalan pertama ialah apabila penghasut dan penganjur protes kepala lembu masih gagal ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang. Yang hadir pada sesi dialog hari ini juga adalah orang –orang yang sama . Oleh kerana mereka masih bebas, dan seolah-olah ‘di atas’ undang-undang, maka ianya mengakibatkan kejadian kecoh hari ini.

Polis bertanggungjawab untuk kekecohan dan pemakian dan hasutan yang berlaku dalam sesi dialog hari ini. Ini adalah kali yang kedua dan polis terus membenarkan penghasut berbuat demikian .

Bersekongkolan polis juga terbukti apabila pihak polis gagal hadir dalam sesi dialog ini .Pada mesyuarat persiapan pada hari Khamis yang lalu semua ahli Majlis dn Datuk Bandar telah meminta kehadiran pihak polis dalam sesi dialog ini demi mengawal keadaan. Tetapi malangnya seorang pun pihak polis beruniform tidak hadir. Saya diberitahu ada 2tau 3orang SB sahaja yang hadir untuk menyaksikan kekecohan ini.

MAJORITY BELUM BERSUARA.

Jumlah penduduk Seksyen 23 yang sebenarnya ialah 323 rumah . Daripada jumlah ini 48 adalah keluarga India dan 28 adalah rumah orang Cina. Selebihnya ialah orang Melayu. Hujah bahawa kuil tidak boleh dibina dikawasan majority Melayu tidak relevan. Ini adalah kerana dalam semua projek pembangunan PKNS, adalah disyaratkan bahawa lebih 60% pembeli nya haruslah orang Melayu . Maka secara pratiknya tidak akan wujud kawasan majority Melayu di kawasan Tengah Shah Alam, iaitu Seksyen 1-24. Adakah ini bermaksud kaum lain akan dianiyayai dan ditindas hak mereka untuk beribadat ?

Justeru itu, hujah majority Melayu tidak sepatutnya wujud. Pemindahan kuil ke Seksyen 23 bukan sahaja untuk 48 keluarga yang menduduki Seksyen 23 tetapi juga kepada 2000 lebih penduduk India di kawasan Seksyen 19, 20 , 21 dan 23 keseluruhannya.

Tetapi yang hadir pada sesi dialog pada hari ini ialah sekumpulan penduduk ahli UMNO dan pro BN seramai lebih kurang 40 orang. Mereka telah hadir bersama naik bas, dengan tujuan utama untuk menimbulkan kekecohan .

Malangnya suara majority orang Melayu Seksyen 23 belum kedengaran lagi. ‘Silent majority’ ini sebenarnya tidak membantah pembinaan kuil kerana ianya langsung tidak menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan mereka. Isu perkauman hanya dipermainkan oleh segolongan yang beragenda politik.

CABARAN KEPADA KERAJAAN NEGERI PR

Kini cabaran besar yang terletak pada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan yang wajar. Adakah sesi dialog yang kecoh hari ini dengan bantahan dan laungan biadap beberapa penduduk memberikan suatu gambaran hasrat sebenar penduduk Seksyen 23?

Selain daripada kata-kata kesat dan memaki hamun kepimpinan negeri , adakah mereka ini mempertengahkan hujah –hujah rasional kenapa kuil Hindu tidak boleh dibina ditapak tersebut di Seksyen 23 ?  Kalau tiada hujah rasional, apakah yang perlu dipertimbangkan ?

Jika Kerajaan Negeri ingin menawarkan suatu tapak alternative selain dari Seksyen 23, demi mengambil kira bantahan penduduk hari ini, pada pandangan saya ianya akan merupakan kekalahan politik bagi PR .

Jelas bantahan tersebut adalah agenda politik UMNO , maka jika kuil tidak dibina di Seksyen 23 sepertimana yang dicadangkan, maka ianya akan bererti bahawa Kerajaan PR walaupun berkuasa di Selangor telah mengalah kepada samseng UMNO . Adakah PR sedia menerima hakikat ini ?

PSM merasakan bahawa, rakyat dan ‘silent majority’ perlu bersuara. Hasrat rakyat pelbagai kaum untuk hidup harmoni harus diketengahkan . Sikap hasutan perkauman dan perangai biadap mereka harus dikecam sekeras-kerasnya. Rakyat Selangor telah bersuara secara jelas memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah Selangor . Polisi dan tindakan UMNO Barisan Nasional yang memperjuangkan ketuanan Melayu dan mempermainkan perkauman telah pun ditolak oleh rakyat Selangor pada 8hb .Mac, 2008 yang lalu .

Justeru, rakyat perlu bangkit membantah dan melindungi hak demokrasi dan hak samarata semua rakyat. Tugas kuasa rakyat amat diperlukan pada ketika ini . Rakyat berbilang kaum harus digembeling untuk menyuarakan bantahan terhadap politik perkauman ini . Ini bukan sahaja isu diantara penduduk Melayu Muslim dan hak penduduk Hindu tetapi ia juga akan memberikan tamparan hebat kepada penganut Kristian , Buddist, Taosim dan Sikh. Hak beribadat adalah samarata dan harus dihormati. Jika hak penduduk Hindu Seksyen 23 dirampas, itu juga akan bermaksud, penganut agama Kristian , Buddist , Taoist , Sikh dan lain akan mengalami juga nasib yang sama.

Hapuskan perkauman, hapuskan politk keji UMNO Barisan Nasional, bangkitkan kuasa rakyat benteras politik perkauman.

Sivarajan

Ahli Majlis MBSA ,PSM .

19 Responses to “Aksi, Lisan & Rupa Bullies at Work (updated)”

  1. zumn Says:

    tak saya sangka bahawa rupa-rupanya orang melayu di seksyen 23 semua memamg bersifat kurang ajar belaka. ia menunjukkan bahawa penduduk di seksyen 23 merupakan aset yang sangat baik dalam kumpulan kurang ajar. tak dapat saya bayangkan bagaimana pula perangai generasi akan datang…

    mungkin inilah melayu sekarang yang sebenar…dahulu selalunya orang melayu diwar-warkan seakan-akan satu kaum yang beradat dan bertatasusila…tetapi kini, ia bukan lagi dikatakan melayu..ia dah jadi melayu baru.

    ini juga menunjukkan bahawa melayu dan Islam adalah 2 komponen yang berbeza terutama sekali bila kita berhadapan dengan ketua negeri…Islam konsisten dalam apa yang diperjuangkan, tetapi melayu tidak…

    terima kasih penduduk seksyen 23 kerana menyedarkan kami semua…terima kasih.

  2. WANTAIKO Says:

    samseng UMNO sebenarnya telah lama wujud…tp baru sekarang mereka benar2 ingin menunjukkan belang mereka..memalukan seluruh BANGSA MELAYU…

  3. zamKL Says:

    umno-bn memang haprak, tak berani nak berhujah dgn pimpinan PR hanya sekadar terjerit-jerit. peluang bersoal jawab disalahgunakan,apa jenis manusia..ini semua tak lain diperalatkan oleh ketua2 penganyak serta penyamun mereka yg cuba utk menjatuhkan kerajaan PR..

  4. Kepura-puraan 1Malaysia.. « AMK Permatang Pauh Says:

    […] Bagi mereka yang berpemikiran waras, jelas bahawa gelagat dan keceluparan yang dipamerkan oleh segelintir penduduk bukan budaya dari Pakatan Rakyat yang baru memerintah belum sampai dua tahun.(sila lihat video:https://wanitakeadilan.wordpress.com/2009/09/06/2558/) […]

  5. pojin Says:

    Syabas YB Khalid dan MB,jangan sekali kali tunduk dengan puak Ameno samseng ni…wat malu orang Shah Alam jer yg kononnya dikatakan Melayu elit. Dari apa yg ditunjukkan mereka ni adalah pengkhianat agama dan bangsa…wajib disembelih macam…. ****

  6. zam Klang Says:

    Apa yg digambarkan didlm video hanya akan memalukan agama islam pada org yg bukan beragama islam.seharusnya majlis dialog ini diambil kesempatan oleh penduduk untuk berdialog bersama kerajaan negeri secara aman damai dan penuh berhemah.mengenai persoalan pokok mengenai majoriti agama penduduk ,dikawasan daerah pusat bandar klang kebanyakan tmn perumahan baru penghuninya merupakan majoriti penduduk bukan beragama islam tetapi akiviti masjid dan surau berjalan lancar.Cthnya masjid tmn sentosa di klang.belum pernah ada bantahan dari penduduk bukan islam terhadap segala aktiviti masjid.apa yg saya risaukan dan takuti bagaimana nasib penduduk islam dikawasan perumahan majori bukan islam kelak.apakah aktiviti surau dan masjid dimasa hadapan akan mendapat bantahan demontrasi dari penduduk bukan islam atas alasan majoriti,harap fikir-fikirkanlah.islam mengamalkan toleransi antara satu sama lain.

  7. zam Klang Says:

    entahlah ,pening kepala

  8. Kepura-puraan 1Malaysia | Zulhaidah.com - Parti KEADILAN Rakyat - [P218] Sibuti - [P219] Miri - Sarawak Says:

    […] Bagi mereka yang berpemikiran waras, jelas bahawa gelagat dan keceluparan yang dipamerkan oleh segelintir penduduk bukan budaya dari Pakatan Rakyat yang baru memerintah belum sampai dua tahun. (sila lihat video) […]

  9. ambo Says:

    bui nyepak nge napar jo kalu jupo kat mano2 budok2 milo neh… nok nunjuk gedebe baso… sumak molek kawe nengok…

  10. pribumisabah Says:

    Islam bermaksud damai dan tunduk…… tunduk kepada Yang Maha Esa
    Love For All, Hatred For None

  11. rimau 1 melaya Says:

    nie lah dia pemuda @ puteri,ahli2 umno keduak,pemimpin UMONO yg tak sekolah di sekolah rakyat…..Presiden dia dok berabuk cakap Rakyat di dahulukan tp yg bengong org kat bwh dia nie tak faham2 ape msg yg nk di sampai kan olih presiden diorg…..Buat malu org melayu je kat bangsa asing….dah lah dalam bulan ramadhan diaorg nie x posa ka???korang org UMNO @ BN terima lah hakikat yg korang dah x sokong drp rakyat lg…..kalau nk kuat blk sokong drp rakyat minum lah t/ali..haa…haaa

  12. spy UMNO Says:

    saudara2 jgn salah sangka, bkn penduduk sek 23 yg bt kecoh.. wlupn aku xde waktu tu.. tp melalui rakaman video, aku yakin bkn kejiranan sek.23.. mgkn hanya seorg/dua sja. aku akan cari pondan yg berani nk pkul pompuan tu… biadap mcm sifat anjing. Gmbr dia ada, aku bole cr lu pondan… bln posa pn mcm sifat anjing… asyik menyalak sja.
    Kepada MB & YB-YB.. tks krn jumpa kmi & bt kputusan yg bijak..
    Psl Anjing2 tu biar aku urus…

  13. miezan Says:

    serahkan segalanya kepada allah. hanya ia yang lebih mengetahui kebenarannya…….

  14. Glory Says:

    Dah tiba masanya kita bersatu utk singkirkan BN.Cukuplah apa yg telah meraka lakukan dgn rakyat.

  15. Fadzli Says:

    Cukuplah ape yang org BN tunjukkan. Sememangnya kita jugak harus ambil iktibar dari kebiadaban mereka. Jalan yang terbaik yang harus kita ambil adalah secara berhikmah. Sejajar dengan ajaran Rasullullah yang berdakwah secara berhikmah..tak perlu kita terikut2 rentak kebiadaban BN-UMNO.

  16. Ahmad Nazir Says:

    Astaghfirullah…

    Aku kene buat solat hajat mlm ni, biar UMNO mampus😦

  17. DULU pr Says:

    bukan org seksyen 23 jer yang akan bwt mcm tu…klu kg aku pun same..jgn nk tegakkn benang yang basah…di perak tempat aku..cine korang bg tanah.selama berapa puluh tahun tah…ok…tanah yang dibagi kt cine…erm…bukan tanah mcm kerajaan BN bg kt melayu…cine dapat tanah taraf tinggi A lah…mmg cun…mane x cine nk kawan ngan korang…sudah la…aku meluat la parti politics yg pandai tabur janji jer..dulu mase aku keje kt shah alam, org pkr sume ckp klu sokong gj kite naik rm1500…peh..gile kentang korang…bile lepas GE aritu…mane janji korang…habuk pun takdak…senyap plak org yg ckp brapi kt aku dulu…xper…mungkin xde otak kot…janji ckp jer…sudah la…

  18. DULU pr Says:

    klu korang ckp umno kafir…fikir dulu ckp korang tu…kite same2 islam….beb…korang dh tue…fikirkn dulu sebelum ckp…klu PAS pertahankan kerajaan ‘islam’ tp aku tgk rate2 ustaz yang bg ceramah sume memaki org lain…jgn ckp org lain tu UMNO ke pe tp korang sume islam kn…1 g…ustaz2 ni xtau ker dosa…jgn kite tgk aspek duniawi…ustaz…korang berceramah kt tmpt umum tp perangai mak ai…lebih baik perangai korang tu korang tempah tiket g jer PALASTIN…korang tolong umat islam yang ditindas israel…amacam..klu korang xpuas ati aku xboleh nk puaskan ati korang…aku xla kuat agama sampai dahi bertande hitam tp aku tau aku islam…aku bukan nk membangkitkan isu tp sedarlah…klu korang ulama sekalipun…korang bukan maksum…so…jg tingkah laku…malu la…time sekolah dulu aku follow ustaz tp bila aku dh besak pale ni…aku tau ustaz tu cmner…harap keje jer ngan kerajaan tp mencaci kerajaan…bg makan anak bini gune dwt yang ko ckp kafir…haprak lah korang ni….

  19. DULU pr Says:

    aku xtau la…korang sume pandai ckp memalukan islam atas perbuatan orang islam tp korang malu x kalu org PAS n pkr bercakap psl islam tp islam korang xpertahankan…pe cita…xpayah korang nk malu…aku sebagai pemerhati…klu rase ayt2 aku ni pedas…sori…tp untuk bukak minda yang korang ckp org islam,memalukan,mcm2 g lah…org UMNO pun kadang2 de gak bwt salah tp jgn smp kite jd biadap dengan orang lain…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: