Kenyataan Media: SELANGOR MAHU BATAL PERMOHONAN PEGUAM NEGARA

KENYATAAAN MEDIA

4 OGOS 2009


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari  ini telah memfailkan afidavit jawapan kepada permohonan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail untuk membatalkan satu pekeliling yang mengarahkan pegawai dan kakitangan kerajaan membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)pada waktu pejabat dengan kehadiran peguam.

Afidavit tersebut telah ditandatangani oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3pm.

Afidavit yang telah difailkan mempunyai dua tujuan iaitu menentang permohonan yang difailkan oleh Peguam Negara, dan keduanya menyokong permohonan kerajaan Negeri Selangor untuk membatalkan tindakan  Peguam Negara malalui satu Saman Dalam Kamar yang juga telah difailkan pada hari ini.

Afidavit setebal 55 mukasurat antara lain menyatakan bahawa pekeliling bertarikh 28 Julai 2008 telah dikeluarkan setelah mendapat nasihat daripada Penasihat Undang Undang Negeri dan dikeluarkan bagi tujuan untuk membantu siasatan SPRM dan bukan sebaliknya.

Menteri Besar juga telah berkata dalam afidavit tersebut bahawa Peguam Negara tidak mempunyai hak memulakan prosiding (locus standi) untuk memfailkan permohonan tersebut kerana pekeliling tersebut hanya berkait langsung dengan SPRM, sebuah badan berkanun,  dan bukan Peguan Negara.

Afidavit tersebut juga memperincikan kacau ganggu yang dilakukan oleh SPRM terhadap pentadbiran Negeri Selangor dan bahawa kaedah siasatan yang diguna pakai oleh SPRM tidak mengikut lunas undang-undang sepertu siasatan melalui panggilan telefon tanpa notis, kunjungan mengejut tanpa pengenalan diri, tuntutan dokumen tanpa notis dan soal siasat saksi yang kadang kala menjangkau tempoh lewat malam.

Menteri Besar juga menyatakan bahawa pekeliling itu tidak mencabar peruntukan siasatan SPRM, tetapi  sebenarnya peruntukan di dalam Akta SPRM itu yang mencabar peruntukan perlembagaan yang menekankan hak kehidupan dan kebebasan (right to life and liberty), hak untuk mendapat khidmat guaman pilihan (right to counsel of choice) dan hak kesamarataan (right to equality).

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT MENTERI SELANGOR

Disertakan disini lampiran kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha Akhbar Arfa’eza A. Aziz di talian 03-5544 7452. Terima kasih.

2 Responses to “Kenyataan Media: SELANGOR MAHU BATAL PERMOHONAN PEGUAM NEGARA”

  1. ehsan Says:

    DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

    Surat ini ditujukan kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Rodziah Ismail, Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23, Hj. Zainuddin & Pengerusi Surau Seksyen 23, Azrul Hakim, Penduduk ISLAM Seksyen 23, Para pemimpin ISLAM dan umat Islam keseluruhannya.

    Saya merupakan seorang penduduk di Seksyen 23 dan telah hidup secara aman bersama jiran tetangga yang berbilang bangsa dan berlainan agama. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk untuk kebaikan penghuni tanpa mengira bangsa dan agama. Jiran-jiran saya terdiri dari kaum India. Ada yang beragama Kristian dan Hindu. Manakala kaum Cina pula ada yang beragama Kristian dan Buddha.. Saya terpanggil untuk memberikan sedikit cebisan pandangan saya berikutan kekecohan yang berlaku di kawasan perumahan kami sejak akhir-akhir ini. Semoga usaha saya ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. INSYAALLAH.

    Saya ucapkan tahniah kepada KHALID IBRAHIM kerana masih ingin meneruskan hasrat untuk memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Perlu diingat sejarah Khir Toyo dan UMNO/BN, SALAH SATU FAKTOR KEKALAHAN pada 2008 adalah berpunca dari ‘anugerah penyapu’ yang diberikan. TIDAK MUSTAHIL KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR AKAN BERPUNCA DARI PROJEK KANDANG KHINZIR, ISU ARAK DAN PEMBINAAN ATAU PEMINDAHAN KUIL. INSYAALLAH.

    Saya juga mengucapkan terima kasih kepada KHALID SAMAD kerana menerangkan sejarah kuil di Seksyen 19 dengan begitu panjang lebar. Cuma tuan TERLUPA menjawab isu yang dibangkitkan oleh penduduk Seksyen 23 – MENGAPA PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 DIPINDAHKAN KE SEKSYEN 23 YANG MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH YANG BERAGAMA ISLAM? Sedangkan pada bulan Mei 2009, pertanyaan penduduk mengenai isu kuil tersebut ditolak mentah-mentah dan penduduk dikatatakan mempercayai ‘khabar angin’. ADAKAH INI JAWAPAN DAN TINDAK TANDUK SEORANG PEMIMPIN ISLAM YANG DILANTIK? KINI, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!!!

    Sekiranya UMNO/BN GAGAL menangani isu kuil di seksyen 19 yang mana majoriti penduduk adalah beragama ISLAM, tuan sebagai salah seorang pemimpin yang dilantik hendaklah cuba menyelesaikannya permasalahan penduduk tersebut. Sekiranya SATU-SATUNYA JALAN PENYELESAIAN YANG DAPAT DICAPAI ADALAH SEKADAR MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 YANG JUGA MEMPUNYAI MAJORITI PENDUDUK YANG BERAGAMA ISLAM, itu bukanlah satu penyelesaian yang bijak kerana anda cuma ‘MENCAMPAKKAN’ MASALAH KUIL DI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23!!!

    ADAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULA INGIN MENCIPTA REKOD UNTUK MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DAN MENGULANGI IGAUAN DAN TRAUMA YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 19 KEPADA PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 23 DALAM TEMPOH TIDAK SAMPAI 2 TAHUN SEJAK MEMERINTAH SELANGOR???

    ADAKAH INI PERUBAHAN YANG DIINGINKAN OLEH PENDUDUK SHAH ALAM SEWAKTU MENGUNDI PADA 2008???

    SURAH AL-MAIDAH : 90
    “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (BERKORBAN UNTUK) BERHALA, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”

    Di Malaysia, terdapat kepelbagaian agama, bangsa dan kaum, maka lahirlah pelbagai parti politik seperti UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain. Mereka semua ada yang hidup berjiran. Begitu juga di Seksyen 23. TETAPI KAMI TIDAK PERNAH MENJADIKAN PARTI POLITIK SEBAGAI ALASAN UNTUK BERMUSUH DAN KAMI DAPAT HIDUP BERJIRAN DENGAN AMAN. KEPADA AHLI-AHLI POLITIK, CUBA CELIKKAN MATA DAN BUKA MINDA MENGENAI ISU YANG SEBENARNYA! KAMI MEMBANTAH PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DI MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH BERAGAMA ISLAM!!!

    Kepada RODZIAH ISMAIL pula saya ucapkan jutaan terima kasih kerana ketidakprihatinan puan ke atas permasalahan yang melanda penduduk ISLAM di Seksyen 23. PERTANYAAN PENDUDUK DARI BULAN MEI 2009 MENGENAI ISU KUIL TERSEBUT HANYA DIJAWAB PADA BULAN OGOS 2009. ITUPUN JAWAPAN DIBERIKAN MELALUI MEDIA CETAK. MENGAPA WAKIL RAKYAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23 PERLU ADA PEJABAT DI SEKSYEN 23 SEKIRANYA TIDAK PERNAH BERJUMPA ATAUPUN INGIN BERKHIDMAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23???

    Kepada Pengerusi Penduduk, HAJI ZAINUDIN, saya berharap tuan agar dapat memimpin penduduk ISLAM Seksyen 23 bagi membela nasib kami dan anak-anak kami demi menegakkan agama ISLAM. INSYAALLAH.

    SURAH AT-TAUBAH : 123
    “Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, BAHAWASANYA ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.”

    Kepada Pengerusi Surau, AZRUL HAKIM, saya utarakan pertanyaan-pertanyaan tersebut. Adakah wajar seseorang mengherdik dan memaki seseorang yang lebih tua dari dirinya yang sebaya dengan ayahnya sendiri? Dalam ceramah agama pula adakah wajar diceritakan perihal seorang pendakwah bebas yang ‘berkawan rapat’ dengan seorang artis wanita sebelum isteri pendakwah bebas tersebut tampil ke media massa untuk menerangkan keadaan sebenar rumahtangga mereka? Adakah wajar juga sewaktu ceramah agama, dijadikan medan untuk menjelaskan mengenai lokasi kuil sedangkan orang yang menjelaskan perkara tersebut bukanlah ahli yang layak ataupun wakil rakyat yang dilantik untuk menerangkannya kepada penduduk? Adakah wajar juga sesi ceramah agama dijadikan medan untuk memburuk-burukkan orang-orang lain yang seagama ISLAM hanya kerana berlainan pendapat atau berlainan parti politik? WALLAHU’ALAM.

    AKHIR SEKALI, saya memohon maaf di atas kata-kata yang menyinggung perasaan tuan puan tetapi saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ISLAM untuk mengingatkan di antara satu sama lain. SEGALA YANG BAIK DATANGLAH DARI ALLAH S.W.T DAN YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA SENDIRI.

    SURAH AL-FURQAN : 17
    ”Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) ALLAH menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain ALLAH , lalu ALLAH berkata (kepada yang disembah); ‘ Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hambaKU itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?”

    AL-FATIHAH : 5-7
    “Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan”. TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS, (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan (pula jalan ) mereka yang sesat (Nasrani)”.

    SURAH AL-AN’AM : 162
    “SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM.”

    AMIN YA RABBAL ALAMIN.

  2. wanitakeadilan Says:

    Salam
    Saudara/Saudari Ehsan
    Saya rasa telah berlaku jurang kefahaman terhadap duduk perkara yang sebenar.
    Keputusan cadangan perpindahan kuil dari seksyen 19 ke 23 telahpun dihentikan selepas dialog dengan penduduk semalam 5 Sept. 2009 di MBSA.
    Walau bagaimanapun lihat saja gelegat setengah Melayu yang ikut serta dalam dialog tersebut (lihat video yg dipaparkan)yang tidak memungkinkan suatu dialog yang sihat dan saling mendengar penjelasan.
    Di akhirnya, objektif dialog dapat juga dicapai apabila Menteri Besar Selangor, dengan penuh kebijaksanaan dan setelah Kerajaan Negeri Selangor mengikuti prosedur yang tepat dalam mencapai keputusan terhadap permasalahan yang dialami oleh sebahagaian stakeholders di Shah Alam, mengumumkan bahawa suatu tapak baru yang sesuai akan dicari bagi tujuan perpindahan kuil dari Seksyen 19; perpindahan yang telah tertunda selama 20 tahun. Penduduk di Seksyen 19 telah tertipu dengan tawaran pembelian rumah di situ kerana tidak diberitahu oleh pemaju bahawa di sana ada kuil yang telah tertegak berpuluh-puluh tahun sebelumnya.
    Mungkin saudara/saudari boleh cadangkan di mana tapak kuil yang sesuai untuk dibuat perpindahan itu?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: