Strategi Konspirasi BN, memainkan sentimen kaum (updated)

Kelihatan kepala lembu yang menjadi keharaman bagi kaum hindu memakannya di usung ke pintu pagar Bangunan Pentadbiran Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Kumpulan yang berdemonstrasi tanpa permit itu telah berceramah dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Rodziah Ismail, YB Khalid Samad, dan Dr Xavier.

Ribuan mereka yang solat Jumaat tidak mengikuti rombongan Demo tersebut, yang diketuai oleh seorang yang bernama Ibrahim.
Hanya kira-kira 35 orang menyertai demo itu.

————————————————————————————————

KENYATAAN MEDIA

29 OGOS 2009

KERAJAAN NEGERI KECAM TINDAKAN HINA AGAMA

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor kesal terhadap tindakan menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan penganut agama lain yang diapi-apikan oleh segelintir kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, di sini.

Pada ketika rakyat Selangor sedang bersiap-sedia untuk  menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-52, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama orang lain yang masih wujud dalam kalangan segelintir warganegara Malaysia itu, sangatlah dikesali.

Kejadian dan tindakan menghina agama orang lain itu menyebabkan  seluruh negara ini dilihat undur kebelakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan. Walhal usaha tersebut, sebenarnya sudah dilakukan sejak kemerdekaan tahun 1957 lagi, demi pembinaan satu negara bangsa yang memperlihatkan persamaan visi dan identiti.

Seterusnya, Kerajaan Negeri berharap semua rakyat supaya bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum.  Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan.

Sehubungan ini, Kerajaan Negeri meminta supaya pihak polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut para pemimpin Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada Sabtu, 5 September 2009, yang  dihadiri oleh penduduk sebenar Seksyen 23, pegawai-pegawai MBSA dan pegawai-pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, Kerajaan Negeri menggesa supaya penduduk Seksyen 23 bertenang dan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh fakta-fakta yang tidak benar yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik Kerajaan Negeri Selangor.

Sekali lagi, marilah kita sama-sama memelihara sikap bertimbang rasa, rasional dan saling hormat menghormati kerana inilah cara terbaik bagi menyelesaikan hal ini.

TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

——————————————————————————————————–

PARTI KEADILAN RAKYAT MENGUTUK TINDAKAN KUMPULAN MENGHINA AGAMA HINDU
Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.
Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.
Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.
Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.
Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.
Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.
Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.
Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
———————————————————————————————————–
Dari seorang pengirim MFILE:

Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23, Shah Alam

SHAH ALAM, 28 OGOS 2009

Usai waktu solat jumaat, sekali lagi berlakunya tunjuk perasaan dan bantahan dari sekumpulan individu yang mendakwa mereka dari kumpulan penduduk Seksyen 23, Shah Alam. Seramai lebih kurang, 35 orang sahaja, dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah, mereka telah melaungkan kata-kata kesat di depan pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) yang ditujukan buat Y.B. Rodziah Ismail, Y.B. Khalid Samad dan Y.A.B Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tanda teguh bantahan secara berterus-terusan. Mereka membantah penubuhan kuil di Seksyen 23 tersebut yang bukan pun terletak di dalam kawasan perumahan seperti dakwaan mereka. Tapak tersebut sebenarnya merupakan tapak industri dan berjauhan dari perumahan penduduk Seksyen 23. Jelas dan terang, tapak industri, bukan tapak perumahan. Jika tidak, masakan PKNS yang mencadangkan dan memberikan tanah tersebut? Dengan megah, mereka melaungkan bahawa ketiga-tiga pemimpin ini bagaikan pemimpin yang dicucuk hidungnya. Akan tetapi, tidakkah mereka sedar apa yang dikatakan oleh mereka itu tadi terkena batang hidung pemimpin Kerajaan Negeri Selangor dahulu iaitu KERAJAAN BARISAN NASIONAL? Pelik, membantah satu usaha kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kini yang sebenarnya telah membantu menyelesaikan masalah juak-juak pemimpin Barisan Nasional yang hanya menutup mata dan memekakkan telinga selama 26 tahun lepas akan aduan dan rungutan penduduk yang majoritinya Islam di seksyen 19, untuk memindahkan kuil Seksyen 19 tersebut yang didirikan amat berdekatan dengan barisan perumahan kawasan penduduk Melayu, telah dianggap salah oleh kumpulan ini. Di tapak yang baru ini, bukan sahaja barisan rumah sayup dilihat, melaung pun masih tidak dengar. Apa yang mereka tidak faham ialah Kuil di Seksyen 19 yang majoritinya kawasan penduduk Melayu itu perlu dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai. Walaupun cuba diberikan penerangan dan kefahaman akan tapak sebenar cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23, mereka masih menafikan dan menepis segala kebenaran dan melaungkan segala salah fahaman mereka itu.  Hari ini, dengan lantang bersuara mereka mencabar sekiranya penubuhan kuil tersebut diteruskan, akan berlakulah pertumpahan darah seperti di Taman Medan sebelum ini. Di manakah sebenarnya mereka ini harus diletakkan kerana telah terang-terangan mengugut dan mengancam keselamatan rakyat di Negeri Selangor khususnya. Segala bobrokan dan tindak -tanduk mereka ini semakin hari dilihat semakin memualkan, tidak cukup dengan kegiatan vandalism yang telah mereka lakukan. Merekalah pembangkang dan generasi yang mengajar aktiviti tidak sihat itu kepada anak-anak zaman kini. Ingin menghangatkan lagi mainan politik, sehinggakan rasional dan kesabaran tidak dapat difikirkan pada petang Ramadhan ini. Masyaallah..

—————————————————————————————————————–

Cops say sorry, promise prompt action
Aug 29, 09 11:07am

The police have apologised for not taking prompt action during the ‘cow head’ protest that took place in Shah Alam yesterday, said Selangor exco member Dr Xavier Jeyakumar.

He said Shah Alam district police chief Noor Azam Jamaluddin conveyed his apology to several Pakatan Rakyat leaders during a meeting this morning.

The police chief explained that the officer at the scene was a ‘junior’ (suggesting that he was inexperienced in handling such matters).

“So Noor Azam has given us his word that action will be taken immediately against those responsible (for the protest),” said Jeyakumar, who overseas non-Muslim affairs in the state.

He also revealed that numerous police reports have been filed over the incident.

“Many of the (reports) are by NGOs, councillors, PAS Youth, PKR Youth and some individuals,” he said.

The half-hour meeting was held at the Shah Alam police district headquarters and was attended by DAP MP Charles Santiago and state exco Ronnie Liu as well.

Yesterday, some 50 residents enraged with the proposed relocation of a Hindu temple to their area staged a noisy protest with a severed cow’s head.The residents who gathered after the Friday prayers, placed the head outside the gates of the state secretariat building for a short period before removing it.

Meanwhile, Santiago said it was “weird” that the dozens of policemen “watched silently” when the protesters were spitting on and kicking the bloodied cow head.

“I also strongly condemn the lack of action on the part of the police, who have subtly been accomplices to the act that is totally disrespectful of Hindus,” he said.

————————————————————————————————————-

Tuesday, August 18, 2009

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: