Permatang Pasir By Election: BN kekal tewas di Semenanjung

Lim Hong Siang | Aug 25, 2009 08:25:57 pm

“Angin perubahan” yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika berkunjung di Permatang Pasir pada hari ini, rupa-rupanya lanjutan daripada tsunami 8 Mac, 2008.

Calon UMNO dari Barisan Nasional, Rohaizat Othman ditewaskan oleh calon PAS dari Pakatan Rakyat, Mohd Salleh Man (gambar kiri) dengan majoriti  4,551 undi.  Mohd Salleh Man memperolehi 9,618 undi, sementara Rohaizat Othman mendapat 5,067 undi, selain undi rosak sebanyak 83 undi.  Undi majoriti berkurang, selaras dengan penurunan peratusan pengundian kepada 73.1%, berbanding 82.57% pada tahun lalu.

Terdapat seramai 20, 289 orang pengundi berdaftar di kawasan DUN Permatang Pasir, dengan Melayu 72.36%, Cina 25.85%, India 1.63% dan kaum lain 0.16%.

Mengimbas Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008, bekas ADUN PAS, Allahyarham Hamdan Abdul Rahman berjaya mempertahankan kubu dengan 11,004 undi, memandangkan calon UMNO ketika itu, Ahmad Sahar Shuib hanya memperolehi 5571 undi.  Majoriti yang diraih ialah 5,433 undi, dengan 227 undi rosak.

Kekal rekod tewas di Semenanjung

Keputusan malam ini memperlihatkan BN mengekalkan rekod kekalahannya dalam setiap pilihan raya kecil yang diadakan di Semenanjung Malaysia, selepas PRU ke-12.  BN hanya menang di pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dan tidak bertanding untuk pilihan raya kecil Penanti, Pulau Pinang, 31 Mei 2009.

Sebelum ini, “angin perubahan” lebih kencang apabila pilihan raya kecil kawasan parlimen Permatang Pauh menyaksikan bagaimana UMNO-BN tewas dengan majoriti yang lebih besar.  Malah, Kuala Terengganu yang sebelum ini dimiliki UMNO, ditembusi calon PAS dari PR.

Seterusnya, pilihan raya kecil Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau juga menyaksikan kemenangan yang memihak kepada Pakatan Rakyat, dengan majoriti yang lebih besar.

Keadaan menjadi “reda” buat UMNO apabila membuat kejutan di pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan dengan menghakis majoriti calon PAS, sehingga PAS hanya menang tipis dengan 65 undi majoriti di kubu sendiri.  Walaupun UMNO-BN dilihat cuba mengekalkan, malah memacu momentum selepas “kekalahan tipis” tersebut, namun hasrat BN akhirnya tidak tercapai.

Analisa selanjutnya…

Data terperinci keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir akan dikeluarkan kemudiannya.  Sejauh manakah propaganda UMNO yang disebarkan sejak awal Ogos, bahawa “Anwar pengkhianat Melayu”, “Nik Aziz menghina Islam” dan sebagainya berkesan, akan diteliti dalam analisa selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: