Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir: Mengarus Utamakan Kebajikan Rakyat tanpa diskriminasi

Permatang Pasir, Ogos 24, 2009;   Pasukan Pilihan Raya Wanita KEADILAN, WIN, telah ditemukan dengan seorang penduduk warga emas yang telah lumpuh sebahagian badannya kerana serangan angin ahmar.

Pasukan WIN telah berusaha untuk mendapatkan kerusi roda bagi kemudahan Razali Hassan yang telah kehilangan keupayaan beliau untuk menjalani kehidupan secara normal.

Pasukan WIN yang diketuai oleh Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail, ketika bertugas di Bukit Indera Muda telah mendapati Razali Hassan terlantar sepanjang masa kerana tidak dapat menggerakkan tubuh beliau seperti biasa.

Sebelum itu, Dr Daroyah, Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Selangor telah secara spontan memeriksa keadaan beliau dan memberikan motivasi agar beliau sentiasa melakukan riadah dan menjalani terapi agar segera pulih.

Razali Hassan adalah seorang pesara dan guru mengajar al-Quran.

Beliau dan keluarganya amat terharu dengan keperihatinan pasukan petugas Pakatan Rakyat di Permatang Pasir yang telah memberikan apa yang diperlukan oleh beliau.

Kerusi roda tersebut telah disampaikan oleh calon N11 Permatang Pasir, Mohd Salleh Man.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: