Politik Durjana dan Kempen Memfitnah dan Memburukkan Pakatan Rakyat oleh Umno-BN di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir

Politik Durjana dan Kempen Memfitnah dan Memburukkan Pakatan Rakyat oleh Umno-BN di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir

Permatang Pasir, 24 Ogos 2009;   Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin, yang juga Ahli Parlimen Ampang, telah mendedahkan beberapa taktik durjana dalam kempen Pilihan Raya Kecil Umno-BN di Permatang Pasir dalam satu sidang media di Markaz Pemuda Pas Kg Pelet semalam.

Pengundi telah dikirimkan warkah-warkah yang berunsur fitnah melalui pos.

Bukti tersebut telah didapati dan diserahkan oleh para pengundi dari Kg Pelet kepada petugas pilihan raya Wanita KEADILAN.   “Bayangkan bahawa sekali hantar menggunakan setem 30sen yang berjumlah RM6000 untuk penghantaran kepada 20 ribu pengundi… jika dihantar sebanyak sepuluh kali akan mendapati keseluruhan jumlah wang, jika diambilkira perbelanjaan lain akan mudah saja melepasi perbelanjaan yang di benarkan oleh SPR dalam sesebuah pilihan raya kecil,” jelas Zuraida Kamaruddin.

(Gambar: dari kiri, Saudara Zalizan, Zuraida Kamaruddin, dan Rodziah Ismail)

Para pengundi juga telah dikirimkan wang palsu untuk meraih undi di Permatang Pasir.  “Cetakan wang palsu adalah suatu jenayah…ia satu taktik untuk menipu rakyat… satu tidakan yang amat tidak bertanggungjawab dan sama sekali bukan  mencerminkan 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak,” kata Zuraida Kamaruddin.

Serentak itu, enam puluh penduduk telah mengadu kepada wakil KEADILAN di Kg Pelet, Saudara Zalizan bahawa mereka (penduduk) sentiasa diganggu oleh SMS yang berunsur memfitnah Pakatan Rakyat, dan mengugut penduduk supaya tidak mengundi calon Pakatan Rakyat.


(Gambar: Rodziah Ismail menunjukkan wang palsu bernilai RM100)

Wanita KEADILAN dan penduduk terbabit akan membuat laporan polis terhadap kesemua aduan-aduan tersebut hari ini.

Poster-poster yang sangat aib, di mana pihak-pihak yang tidak bermoral dan bertanggungjawab telah memperlihatkan kepada khalayak poster-poster sebegini:

Zuraida Kamaruddin menyelar pihak-pihak yang berselindung disebalik simbol parti politik lain dan memfitnah PAS.   Penduduk telah menyatakan kemarahan mereka dan tidak termakan dengan tohmahan-tohmahan murahan sedemikian.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Ketua Wanita, Rodziah Ismail yang juga Ketua Biro Pilihan Raya Wanita KEADILAN dan  EXCO Kerajaan Negeri Selangor serta pimpinan Wanita KEADILAN peringkat Pusat dan Negeri Pulau Pinang.

“Isu-isu yang ditimbulkan (dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir ini) adalah berbentuk perkauman yang bertujuan melaga-laga antara Melayu dan Cina dan sebagainya…politik durjana…yang hanya berniat memecah-belahkan masyarakat … ia suatu tindakan terdesak Umno-BN yang langsung tidak menggambarkan 1Malaysia yang diperkatakan oleh Perdana Menteri, bahkan ia adalah suatu dongengan…” tegas Rodziah Ismail.

“Kes wang palsu membuktikan bahawa pihak yang mencetak wang tersebut masih memilih politik wang, boleh dihukum di bawah ISA…pihak berkuasa mesti segera disiasat dan dibawa ke pengadilan mereka yang tidak bertanggungjawab…tidak boleh ditutup hanya kerana laporan berpunca dari

Pakatan Rakyat. “ ujar beliau lagi.

Rodziah Ismail juga menegaskan bahawa amalan Umno-BN yang menggunakan jentera kerajaan dalam pilihan raya telah berlaku sejak dahulu lagi.   Laporan demi laporan telah dikemukakan tetapi tiada satupun tindakan wajar yang diambil oleh pihak-pihak yang berkuasa.

Petugas Wanita KEADILAN telah mendapati di Kg Ara, Puteri Umno Negeri Pulau Pinang dan Puteri Umno Bahagian Permatang Pauh telah menjadikan pusat atau dewan orang ramai sebagai bilik gerakan kumpulan Umno-BN (gambar bawah).

Rakyat, khususnya pengundi Permatang Pasir, merasakan fitnah yang dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat  adalah keterlaluan dan boleh menatijahkan krisis kepercayaan terhadap Umno-BN dan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: