PILIHANRAYA KECIL N.11 PERMATANG PASIR – TAKTIK ‘RATU BOLLYWOOD’ BERKEMPEN

Wanita Keadilan membidas kenyataan Ketua Wanita Umno, Sharizat Jalil yang mendakwa PAS membawa pengundi hantu ke dalam DUN Permatang Pasir. Sharizat yang juga dikenali sebagai ‘ratu bollywood’ disebabkan penampilannya itu berkata demikian ketika berkempen di PRK Permatang Pasir semalam. Kita sedia maklum bahawa taktik kotor membawa pengundi hantu ini adalah kepakaran turun-temurun Umno/Bn. Jadi mengapa tuduhan-tuduhan tidak masuk akal sebegini ditimbulkan oleh pihak Umno/Bn kepada pihak PAS. Adakah Umno/Bn telah mula dihantui bayang-bayang sendiri sehingga kita pula disamakan dengan mereka.

Wanita Keadilan ingin menegaskan kepada Umno/Bn khususnya Wanita Umno bahawa Pakatan Rakyat tidak perlu menggunakan taktik kotor mereka itu untuk memenangi pilihanraya. Mereka harus sedar bahawa rakyat telah menolak mereka dan mahukan perubahan bersama Pakatan Rakyat.

Respon yang amat baik telah diterima daripada majoriti para pengundi Permatang Pasir yang berjanji akan memberi undi kepada calon Pas,Ustaz Saleh Man.Ini telah disahkan oleh jentera Wanita Keadilan Pusat (WIN) yang turun berkempen sejak bermula dari hari penamaan calon bersama Muslimat Pas dan Wanita DAP.Sokongan pengundi semakin meningkat setiap hari dan kita menjangkakan kemenangan yang bergaya bakal diperolehi. Ini adalah petunjuk yang baik bagi kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil untuk kali yang ke-7 setelah PRU 2008.

Wanita Keadilan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: