Kegiatan jahat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

Tidakkah Rakyat wajar bangkit sendiri memprotes dan menghapus amalan keji sebegini?
Siapakah yang dilihat oleh rakyat mengedar bahan-bahan keji sebegini? Gambar-gambar mereka perlu diambil dan dihebahkan, bahkan dibuat laporan polis. Kegiatan amar maaruf, nahi mungkar berkesinambungan walaupun dalam Ramadhan al-Mubarak.

—————————————————————————————————————————————————

Buku burukkan Anwar, MB S’gor
Jimadie Shah Othman
Ogos 21, 09
12:37pm

kemaskini 3.49pm Dua buku yang menyerang kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Ibrahim kini beredar di pelbagai tempat di negeri itu.

Nasib Melayu Selangor dan 50 Kemusykilan Tentang Manusia Bernama Anwar Ibrahim muncul setelah kelab penyokong kerajaan Selangor mendakwa wujud konspirasi Umno-BN bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Buku tanpa penulis dan penerbitnya berjaya dikutip oleh anggota Angkatan Muda PKR di beberapa tempat tumpuan ramai di Petaling Jaya, Subang dan Damansara, dua minggu lepas.

Edaran di tempat-tempat lain di negeri itu tidak dapat dipastikan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, ketua angkatan itu Shamsul Iskandar Md Akin berkata, setelah menyedari buku itu, beliau mengerahkan anggota pergerakan itu kutip semua dan bawa balik ke pejabatnya.

Tentang kepimpinan Khalid, buku itu antaranya mempersoalkan tindakan Selangor menambah peruntukan tahunan untuk rumah ibadat bukan Islam, bantuan kepada sekolah Cina dan Tamil, dan cadangan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Tiga keping foto seorang exconya Elizabeth Wong, yang dilanda kontroversi berhubung isu gambar intimnya Februari lalu, turut dimuatkan.

Sebuah lagi buku dikhaskan bagi menjawab kenyataan Anwar, antaranya, berhubung dakwaan berlakunya konspirasi berhubung kes liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.

Menjelaskan penemuan buku itu, Shamsul berkata, pihaknya berjaya mengutip kira-kira 600 naskhah kedua-dua buku itu yang dilonggokkan di perhentian-perhentian bas pada malam 10 Ogos lalu.

Tindakan pantas itu diambil setelah mendapat maklumat daripada anggota AMK setempat, tambahnya.

Ditanya keberkesanan tindakan AMK itu, Shamsul berkata: “Mungkin ada sebilangan kecil yang dapat buku itu. Kita harap tidak ada kesan terhadap orang awam.”

Ditanya tindakan lanjut pergerakan itu, pengamal undang-undang itu berkata, mereka sedang mengumpulkan bukti dan bercadang mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit.

“Kita sedang kumpul bukti. Buku ini ‘buku layang’, tiada nama penulis dan tiada nama penerbitnya.

“Kita syak (pengedarannya) ada kaitan dengan usaha menjatuhkan kerajaan Selangor. Tetapi setakat ini bukti belum cukup,” katanya.

Minggu lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina turut melaporkan, ketua penerangan PKR Selangor, Datuk Paduka Dr Tan Yee Kew mendedahkan penyebaran dua buku itu dalam ceramahnya.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ketika dihubungi Malaysiakini semalam menafikan pihaknya terbabit menerbit dan mengedarkan buku tersebut.

“Tidak ada kot. Kalau ada, ini satu gerakan yang baik,” katanya apabila ditanya sama ada beliau mengetahui penyebaran buku-buku berkenaan.

Nasib Melayu Selangor setebal 35 halaman dan 50 Kemusykilan Tentang Manusia Bernama Anwar Ibrahim pula 193 muka surat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: