SIDANG MEDIA WANITA KEADILAN

Wanita Keadilan telah mengadakan Sidang Media jam 10 pagi tadi bertempat di Bangunan Yayasan Aman, Permatang Pauh.Jentera Pilihanraya Wanita Keadilan Pusat (WIN) telah berjaya membongkar satu salah laku jahat daripada Umno/BN yang telah memberi wang palsu kepada pengundi di Kg Pelet, Permatang Pasir bagi memancing undi. Pengundi yang menerima wang tersebut memberitahu mereka hanya menyedari wang tersebut adalah palsu apabila pergi memeriksanya di bank. Wanita Keadilan sangat kesal dengan tindakan Umno/BN yang kelihatan terlalu terdesak sehingga sanggup berbuat demikian semata-mata untuk meraih undi.Justeru tindakan susulan akan diambil bagi menyelesaikan perkara ini.

Wanita Keadilan juga menyelar tindakan Pemuda Umno yang menuduh Pas telah mendaftarkan pengundi hantu dalam daftar pemilih DUN Permatang Pasir. Tuduhan ini sungguh dangkal dan tidak masuk akal kerana seperti yang kita maklum bahawa SPR adalah di bawah cengkaman Kerajaan Umno/BN. Mana mungkin perkara sebegini boleh dilakukan oleh pihak PAS. Ini juga telah membuktikan bahawa Umno semakin terdesak untuk memenangi pilihanraya kecil kali ini setelah dimalukan 6-0 dalam pilihanraya-pilihanraya kecil yang sebelumnya. Sekiranya Umno/BN terdesak sekalipun untuk menang kali ini, janganlah sampai sanggup membuat pelbagai tipu helah yang bodoh sehingga menjadi bahan ketawa rakyat. Mereka harus sedar bahawa rakyat sekarang sudah semakin bijak dalam menilai sesuatu perkara, jika tidak mana mungkin Pakatan Rakyat dapat merampas 5 negeri dalam PRU 2008.

 Justeru, Wanita Keadilan sekali lagi menyeru dan merayu kepada semua pengundi N.11 Permatang Pasir agar memilih calon Pas, Ustaz Saleh Man sebagai wakil mereka kali ini. Ini adalah calon terbaik yang akan terus menyambung kecemerlangan perkhidmatan wakil rakyat yang sebelumnya. Wanita Keadilan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: