PILIHANRAYA KECIL N.11 DUN PERMATANG PASIR

DSC034481-300x224

 

 

 

 

 

 

Ketua Wanita Keadilan, YB Zuraida menyelar kepimpinan UMNO/BN khususnya Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Muhyiddin Yassin atas kelemahan mereka memilih dan meletakkan calon yang tercalar kredibilitinya bagi bertanding PRK N.11 DUN Permatang Pasir. Pekung Rohaizat semakin terbongkar hari demi hari sehingga pimpinan UMNO/BN terpaksa mengeluarkan pelbagai kenyataan dan teori yang tidak masuk akal bagi menutup kudis calon mereka.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Saudara Nasrudi Hasan juga telah memaklumkan melalui Malaysiakini bahawa Rohaizat mempunyai isteri kedua yang dikenali sebagai ‘Hafizah’ yang telah dikahwini pada tahun 2005. Walaubagaimanapun, Rohaizat telah menafikan
sekeras-kerasnya dakwaan itu. Sekiranya benar Saudari Hafizah adalah isteri kedua beliau, Wanita Keadilan bersimpati dengan Saudari Hafizah kerana dinafikan hak sebagai isteri oleh suami beliau sendiri. Rohaizat seharusnya mengiktiraf kedudukan isterinya itu walaupun berstatus isteri kedua. Jangan disebabkan gila menjaga nama sebagai calon pilihanraya hingga sanggup
berbohong dan mengenepikan hak isteri keduanya itu.

Kami tertanya adakah sudah pupus kepimpinan/calon yang bersih dan amanah dalam Umno/BN? Bagaimana mereka mahu mendahulukan
rakyat sepertimana yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri mereka sekiranya calon pilihanraya kecil pun mereka tidak mampu sediakan yang bersih dan berkredibiliti. Kini semakin terbukti bahawa kepimpinan Umno/BN pada hari ini sudah cukup korup bermula dari pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke akar umbi. Adakah golongan sebegini kita mahu pilih sebagai pemimpin kita?

Justeru, Wanita Keadilan menyeru dan merayu kepada semua pengundi N.11 DUN Permatang Pasir agar memilih calon PAS, Ustaz Saleh Man sebagai wakil rakyat mereka yang baru. Ustaz Saleh adalah pilihan yang terbaik untuk rakyat Permatang Pasir.

Ketua Wanita Keadilan

YB Zuraida Kamaruddin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: