The tenacity of wanting change…

Friday, August 7, 2009

Saya Melayu

By Hussein Hamid

The problems we now face does not only concern Perak, Kelantan, Penang and Selangor but the whole country. It does not only concern the Malays, the Chinese, the Indians but everybody who are Malaysians. It is not a concern for today, tomorrow, next week or next year but a concern for not only today but more important, of the future. The errors we make, the foundations we build and all that we do now will be there for posterity – to be judged by those that come after us. If we are not there to hear the verdict, our children will.

While the individual leaders within Pakatan Rakyat have long been in Politics their ability to govern and govern well is yet to be tested. But time favours them.

Time does not favor UMNO. The years of UMNO rule, while all not bad, has brought into question whether more of the same excesses are to prevail in the years to come?

“If Umno fails, the Malays fail and if the Malays fail the nation will also fail, this we cannot avoid (if it happens),” Mahyiddin.

The Malays have not failed UMNO !! Have you not won every General Election since the first one in 1959 – and winning all, bar the 1969 and 2008 elections, with two thirds majority everytime? Enough to do what you want in Parliment? Pass any law? Amend any exisisting one? No effective opposition to question your plundering and pillaging of the Nation’s treasures? Is that not enough time to champion the cause of the Malays or were you too busy championing your own self? From the Mata Mata who was robbing the poor taxi drivers of their hard earned daily earnings to our Prime Ministers whose family, relatives, drivers even bodyguards – robbed us blind !!

And now after winning 12 General election like Oliver Twist you say “ Please Sir, Can I have some more?” No you will not.

As a Malay I had wanted UMNO to represent the Malay interest. Not UMNO’s interest.

As a Malay I see no harm that the Chinese or the Indian can cause me. Do not tell me that the Chinese and Indians can be a danger to me because they are a danger to UMNO.

As a Malay I do not have a quarrel with DAP, Keadilan or PAS. Let them be and not make them my enemy because they are UMNO’s enemies.

As a Malay I see the richness that comes with the NEP being claimed by UMNO whereas it rightly belong to all Malays.

The Chinese, Indians and the others are not the nemesis of the Malays. They are citizens of Malaysia as the Malays are citizens of Malaysia. They never were or will ever be the enemies of the Malays. If the Malays are too polite then they are that because that’s the way we are. If the Chinese are good at business – then it is because they have had many years of doing just that. Was it not a Chinese who said “To grow rich is glorious!!” What a wonderful sentiment! If the Indians are having their own problems trying to keep up with the others then maybe they should choose better leaders to lead them.

But these are sweeping statements to illustrate the great divide that could be exploited by mischievous politicians for their own advantage. But it will not happen now because of The Times They are A Changing…

Come senators, congressmen
Please heed the call
Don’t stand in the doorway
Don’t block up the hall
For he that gets hurt
Will be he who has stalled
There’s a battle outside
And it is ragin’.
It’ll soon shake your windows
And rattle your walls
For the times they are a-changin’.

Bob Dylan.

Everything that is right and reasonable points to the fact that the Malays in UMNO are men with vested interest and are not to be trusted. We cannot allow men in whom we have no trust to be in power. Let it not be said that the Malays do not have the resolve to effect change.

WE ARE DONE WITH UMNO.

I am truly and conscientiously persuaded that it is in the interest of the Malays and our country for us to do so. For, as Milton said, “never can true reconcilement grow where wounds of deadly hate have pierced so deep.”

What will now happen to UMNO? Ruin…it will be in ruins. The time for reconciliation between the Malays and UMNO is past. Hidup Pakatan Rakyat. Hidup PAS. Hidup Keadilan. Hidup DAP. As UMNO says:

” BERSAMA KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH! (UNITED WE STAND, DIVIDED WE FALL!)

MERDEKA.

//

Posted by barred at 8/07/2009 12:32:00 PM

One Response to “The tenacity of wanting change…”

  1. Hussein Hamid Says:

    Saya Melayu

    MONDAY, 07 JANUARY 2008 00:19
    Mission Statement

    The Centre for Policy Initiatives was formally established as a non-profit policy reform organization in June 2007. Its mission is focused on providing the policy interested public, academia, private sector, government and other key stakeholders with accurate information, data and analysis on vital national issues affecting the country’s economy and society. The Centre also aims to act as a independent and uncompromising watchdog on democratization, good governance and public policy reform.

    I have always regret not being able to write in our Bahasa – but this translation captured the essence of what I wanted to convey. regards.

    HH
    steadyaku47
    steadyaku47

    Home Translation BM Saya Melayu
    Saya Melayu
    Translation
    WRITTEN BY HUSSEIN HAMID
    FRIDAY, 07 AUGUST 2009 20:12

    (Terjemahan daripada Bahasa Inggeris oleh Centre for Policy Initiatives)

    Masalah-masalah yang kita sedang hadapi sekarang bukan hanya berkaitan dengan negeri Perak, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor sahaja malah merangkumi seluruh negara. Ia bukan sahaja menlibatkan kaum Melayu, Cina dan India, malah sesiapa sahaja yang warga Malaysia.

    Ia bukan hanya berkaitan isu hari ini, esok, minggu depan ataupun tahun depan sahaja, malah ia adalah mengenai masa kini dan lebih penting lagi, ia adalah mengenai masa depan kita. Kesilapan yang dibuat, dasar yang dibina dan segala yang dilakukan sekarang akan dinilai dan dihakimi oleh generasi masa depan. Jika kita tiada lagi untuk mendengar rumusannya, anak-anak kita akan mendengarnya juga.

    Walaupun sesetengah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah lama menceburi dunia politik, soal kemampuan mereka untuk memerintah dengan baik masih belum dijawab lagi. Akan tetapi, mereka masih mempunyai masa untuk membuktikan diri.

    Tetapi tiada masa lagi untuk Umno. Pemerintahan Umno yang sudah bertahun-tahun lamanya, walaupun ada juga membawa sedikit manfaat kini menimbulkan soalan sama ada Umno akan terus bertindak dengan melampau pada masa akan datang.

    “Jika Umno gagal, Melayu akan gagal dan jika Melayu gagal, negara akan gagal, ini tidak boleh dielakkan,” kata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin [pada Ogos 4, 2009].

    Sebenarnya Melayu tidak pernah hampakan Umno!! Tidakkah Umno memenangi setiap pilihan raya umum sejak yang pertama pada tahun 1959 – dan memenangi kesemuanya, kecuali PRU 1969 dan 2008 dengan majoriti dua-pertiga? Bukankah itu cukup untuk membuat apa yang perlu Umno lakukan di Parlimen? Mennggubal undang-undang baru? Meminda yang sedia ada?

    Tidak ada pihak pembangkang yang efektif untuk mempersoalkan Umno apabila Umno merompak dan mencuri khazanah negara. Tak cukup masakah untuk memperjuangkan nasib Melayu, ataupun Umno terlalu sibuk memperjuangkan kepentingan diri sahaja? Dari mata-mata jalanan yang merompak rezeki harian hasil titik peluh pemandu-pemandu teksi sehinggalah ke Perdana Menteri kita, di mana keluarganya, saudaranya, pemandunya malah pengawal peribadinya – kesemuanya sedang merompak rakyat Malaysia!

    Kini, selepas memenangi 12 pilihan raya umum, Umno hendak meminta lebih lagi? Dahlah diberi betis, masih nak peha? Tidak lagi.

    Sebagai seorang Melayu, saya harapkan Umno memperjuangkan kepentingan Melayu. Bukan memperjuangkan kepentingan Umno.

    Sebagai seorang Melayu, saya tidak nampak bagaimana kaum Cina atau India boleh memudaratkan saya. Dan jangan cuba yakinkan saya bahawa kaum Cina atau India boleh membahayakan diri saya hanya kerana mereka membahayakan Umno.

    Sebagai seorang Melayu, saya tidak ada apa-apa pertelingkahan dengan DAP, Keadilan atau PAS. Biarlah mereka, dan jangan musuhkan saya dengan mereka hanya kerana mereka adalah musuh Umno.

    Sebagai seorang Melayu, saya melihat kekayaan yang ciptaan DEB dikaut oleh Umno sahaja, sedangkan kekayaan itu adalah hak kesemua orang Melayu.

    Kaum Cina, India dan lain-lain bukanlah musuh kepada Melayu. Mereka adalah rakyat Malaysia sebagaimana orang Melayu juga adalah rakyat Malaysia. Mereka tidak pernah dan tidak akan pernah menjadi musuh kaum Melayu.

    Jika orang Melayu terlalu sopan, itu memanglah tatasusilah budaya kami.

    Jika orang Cina pandai berniaga, itu kerana mereka mempunyai pengalaman panjang dalam bidang itu. Bukankah seorang Cina yang mengatakan bahawa, “Jadi kaya itu mencipta nama!” Ini pemikiran yang amat bernas!

    Jika orang India menghadapi masalah hendak merapatkan jurang antara mereka dan kaum-kaum yang lain, mungkin sudah tiba masanya mereka memilih pemimpin yang lebih mampu membantu mereka.

    Akan tetapi, kenyataan-kenyataan seperti yang di atas hanya akan menonjolkan jurang antara kaum yang boleh dipergunakan oleh ahli-ahli politik untuk memajukan kepentingan diri mereke sendiri. Tetapi kini ia tidak akan berlaku lagi. Bak lagu Bob Dylan ‘The times they are a changin’…

    Senikata lagunya:

    Come senators, congressmen (Ayuh, Yang Berhormat semua)
    Please heed the call (Dengarlah seruan kami)
    Don’t stand in the doorway (Jangan tercegat di tengah pintu)
    Don’t block up the hall (Jangan menyekat ruang diberi)
    For he that gets hurt (Kerana si dia yang akan tercedera)
    Will be he who has stalled (Adalah mereka yang lepas tangan)
    There’s a battle outside (Di luar sedang mereka bertempur)
    And it is ragin’. (Rakyat sedang berjuang)
    It’ll soon shake your windows (Jendelamu akan goncang)
    And rattle your walls (Dindingmu akan goyah)
    For the times they are a-changin’. (Kerana arus masa kini sedang giat berubah)

    Semua yang faham apa yang dimaksudkan sebagai munasabah dan tulus telah nampak yang Melayu Umno adalah orang yang mempunyai agenda sendiri dan tidak boleh dipercayai. Kita tidak boleh memberi kuasa kepada mereka yang tidak boleh dipercayai. Janganlah hinggakan kaum Melayu diperkatakan yang kita tidak mempunyai azam untuk membawa perubahan positif.

    Kita sudah muak dengan Umno

    Aku, demi kepentingan Melayu dan negara, dengan segala hati dan jiwa saya percaya yang kita mesti berbuat demikian. Sepertimana Milton, orang ternama di England dahulu, menyatakan, “tidak mungkin perdamaian ikhlas berputik di mana kebencian telah mewujudkan luka yang amat dalam.”

    Apakah yang akan berlaku kepada Umno sekarang? Musnah…ia akan musnah. Masa untuk Melayu berdamai dengan Umno telahpun berlalu. Hidup Pakatan Rakyat. Hidup PAS. Hidup Keadilan. Hidup DAP. Seperti kata Umno:

    “Bersama kita teguh, bercerai kita roboh!”

    MERDEKA.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: