MAJLIS PENUTUP PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN DAN LAUNGAN AZAN – ANJURAN DUN BATU UBAN

Pada 12 Julai 2009, YB Zuraida selaku Ketua Wanita Keadilan telah dijemput menghadiri Majlis Penutup Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Laungan Azan anjuran DUN Batu Uban, Pulau Pinang. Walaupun jadual beliau amat padat pada hari itu di dalam kawasan Ampang, tetapi beliau dapat juga meluangkan masa hadir ke majlis sebagai tanda sokongan terhadap program yang amat unik ini.

Program ini dikatakan unik kerana ianya dianjurkan oleh seorang ADUN yang berbangsa India iaitu YB RAVEENTHARAN, ADUN Batu Uban. Ini adalah salah satu contoh politik baru yang diterapkan dalam amalan PKR di mana kita sebagai rakyat yang hidup berbilang kaum hendaklah sentiasa menghormati dan memahami agama dan budaya masyarakat lain. Program ini bukan sahaja dinaungi oleh seorang pemimpin berbangsa lain tetapi ahli jawatankuasanya juga terdiri daripada berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Kelihatan mereka saling bekerjasama bertungkus-lumus demi menjayakan program yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat setempat.

Ini merupakan satu sejarah baru bagi dunia politik di Malaysia. Belum pernah kita mendengar program seumpama ini diadakan di Malaysia. Syabas dan tahniah kepada warga kerja program ini dan difahamkan juga ianya akan dijadikan sebagai acara tahunan selepas ini.

Diharapkan program-program sebegini akan membuka mata masyarakat Malaysia khususnya orang-orang melayu bahawa dakwaan PKR menggadaikan agama dan bangsa adalah tidak benar sama sekali. Kami sentiasa mengamalkan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada YB Raveentharan dan seluruh jawatankuasa penganjur.

majlis tilawah Al-Quran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: