100++ hari Najib yang tercemar

2009年7月13日 星期一

Pengacara ntv7 Diberi Amaran

“Tak Wajar Menilai Najib”
Pengacara ntv7 Diberi Amaran

Oleh Wong Shu Qi

Eksklusif Pengacara rancangan isu semasa ntv 7 , Point of View, Florence Looi menerima surat amaran kerana meminta ahli panel undangan untuk meramal kemungkinan Najib membuka ruang demokrasi. Secara kebetulannya, salah seorang ahli panel memberi penilaian yang rendah ketika menjawab soalan tersebut.

Dalam Point of View yang disiarkan pada 5 Julai, sebelum rancangan sampai ke penghujungnya, Florence Looi telah meminta ahli panel untuk meramal kemungkinan Perdana Menteri yang ke-6, Najib Abdul Razak membuka ruang demokrasi di Malaysia. Soalan ini telah menyebabkan Florence menerima surat amaran.

Menurut sumber dalaman stesen televisyen tersebut, surat amaran itu dikeluarkan atas sebab ” Florence Looi tidak harus meminta ahli panel undangan untuk menilai (grade) Najib. Ini tidak selaras dengan panduan dalaman stesen tv.”

Point of View yang disiarkan pada 6 petang, 5 Julai ini merupakan episod terakhir untuk musim ini. Ahli panel yang dijemput ke rancangan ialah kolumnis, Syed Akbar Ali dan editor Malaysian Insider, Leslie Lau.

Leslie menilai : C atau D

Ketika ditemuramah merdekareview, Leslie Lau berkata bahawa dirinya tidak mengetahui apa-apa berhubung isu Florence Looi menerima surat amaran. Beliau tidak pasti sama ada C atau D diberikannya kepada Najib ketika menjawab soalan yang diajukan oleh Florence Looi.

Menurut Leslie, seorang lagi panel, iaitu Syed Akhbar Ali tidak menjawab soalan tersebut. Selain soalan tersebut, perbincangan dalam rancangan hari itu berkisar pada prestasi Najib dalam 100 hari pertama beliau menyandang jawatan Perdana Menteri.

Point of View adalah rancangan perbincangan isu semasa dalam bahasa Inggeris, mula disiar sejak 9 Januari tahun ini, dijadualkan pada jam 6 petang, setiap hari Ahad di saluran ntv7.

Florence Looi Diturun Pangkat?

Sumber maklumat dalaman memberitahu merdekareview, selain menerima surat amaran, Florence Looi yang asalnya memegang jawatan Assistant Assignment Editor, tidak perlu membuat liputan di luar (pejabat), kini diminta memikul semula tugas sebagai wartawan, dengan alasan “tenaga kerja wartawan tidak mencukupi”.

Walau bagaimanapun, salah seorang sumber maklumat dari ntv7 juga memberitahu, kontrak asal antara ntv7 dengan Florence Looi adalah “wartawan penyiaran”. Florence Looi telah dinaik pangkat kemudiannya, namun stesen televisyen tersebut tidak memperbaharui kontraknya. Dengan kata lain, syarat lama yang terkandung dalam kontrak sebagai wartawan penyiaran diteruskan.

Sumber ini mengesahkan, apa yang benar adalah, Florence Looi telah menerima surat amaran. Namun, beliau enggan komen sama ada Florence Looi “diturun pangkat” kerana peristiwa ini.

Isu Khir Toyo

Selain itu, merdekareview juga dimaklumkan, setelah rancangan Point of View melabuh tirai, ada cadangan supaya disusuli dengan rancangan isu semasa dalam bahasa Cina. Namun, setelah perbincangan dalam pasukan produksi, mereka memutuskan untuk tidak mengisi slot selama 13 minggu ini.

Sumber maklumat menjelaskan fikiran pasukan produksi, “Daripada membuat satu rancangan Cina yang tidak bermakna, lebih baik tidak buat.”

Ini dipercayai setelah Najib (gambar kanan) mengambil alih tampuk pemerintahan, ruang yang ada di stesen televisyen semakin mengecut. Pasukan produksi yang enggan menjadi sasaran serangan, lebih sanggup untuk melepas tangan.

Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan isu banglo bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo telah diharamkan di stesen televisyen. Sama ada ADUN Sekichan Ng Suee Lim yang membongkarkan kes ini, mahupun Khir Toyo yang berada di posisi untuk membela diri, kedua-dua tidak menjelma di skrin televisyen.

Pengamal media yang mengendalikan buletin televisyen memberitahu, walaupun ruang kebebasan bersuara bukannya disekat secara keterlaluan sejak Najib berkuasa, namun dalam isu-isu tertentu, mereka memilih untuk mengendalinya secara low profile.

“Pandai-pandailah,” katanya.

Tafsiran Pengamal Media Berlainan

Pada 6 April, Najib berucap di Majlis Malam Wartawan Malaysia sebagai PM yang baru. Menurut laporan Nanyang Siang Pau, Najib menekankan bahawa pentingnya laporan yang bertanggungjawab. Beliau menjelaskan bahawa tanggungjawab ketika membuat laporan bukan bermakna memihak kerajaan, tetapi memperluas dialog politik ke seluruh pelusuk negara.

Beliau mahu media tidak gentar untuk memantau kerajaan dengan laporan yang berasas.

Walau bagaimanapun, tafsiran pengamal media berlainan. Secara terus terang, seorang pengamal media mengaku kepada merdekareview, “apabila pemimpin membincangkan soal profesional, kebebasan bersuara, itu bukan perkara yang baik. Seolah-olah ada orang dengan sengaja berkata, ‘saya mahu lebih terbuka, kamu boleh bincang dengan saya’.”

“Akhirnya, sesiapa yang pergi berbincang dengannya, tidak tahu bagaimana dia di-sudah-kan,” jelas beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: