Perak Crisis lingers on…

MB Perak: Mahkamah Persekutuan benar Nizar merayu
Jul 9, 09 4:55pm Malaysiakini.com
Perebutan jawatan menteri besar Perak bakal berlarutan di Mahkamah Persekutuan selepas mahkamah tertinggi itu memberikan kebenaran kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merayu terhadap pengisytiharan Mahkamah Rayuan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, memberikan kebenaran itu selepas responden, Dr Zambry, dan pencelah Tan Sri Abdul Ghani Patail tiada bantahan terhadap permohonan itu.

Bagaimanapun, panel tiga hakim itu menolak permohonan Nizar bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 22 Mei lepas, lapor Bernama.

“Ini adalah keputusan sebulat suara, permohonan bagi penangguhan ditolak. Bagaimanapun, kami akan mengambil langkah untuk mendengar rayuan ini secepat mungkin,” kata Alauddin.

Terdahulu, peguam yang mewakili Nizar, S Ambiga, memberitahu mahkamah bahawa peguam utama, Sulaiman Abdullah, tidak sihat dan tidak hadir pada prosiding hari ini.

Tiga persoalan

Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, kemudian mengemukakan tiga persoalan untuk pertimbangan mahkamah tertinggi itu:

1. Sama ada di bawah Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, jawatan Menteri Besar Perak kemungkinan atau telah dikosongkan,

2. Sama ada Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, penentuan isu kepercayaan ke atas Menteri Besar Perak telah dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Perak mengenai resolusi kepercayaan atau sebaliknya,

3. Sekiranya menteri besar enggan meletakkan jawatannya, sama ada mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, seorang menteri besar mungkin dipecat daripada pejabat atau jawatan Menteri Besar dianggap kosong atau telah dikosongkan.

Ambiga kemudian meminta mahkamah bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan.

“Setelah responden (Zambry) dilantik pada 6 Februari 2009 sehingga keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei, 2009, dalam masa tiga bulan, responden dan kerajaan Barisan Nasional telah mengambil tindakan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat Perak,” kata Ambiga sambil membaca afidavit yang diikrarkan oleh Nizar.

Baca afidavit

Antara tindakan tersebut ialah:

* Responden telah gagal atau enggan melaksanakan program-program kebajikan yang telah diluluskan dalam pembentangan bajet 2009 di Dewan Undangan Negeri seperti tabung kifalah, tabung khas kebajikan rakyat, peningkatan kadar bantuan bulanan kepada keluarga miskin dan tabung pinjaman perniagaan kecil.

* Menamatkan perkhidmatan ketua-ketua kampung seluruh Perak dan membubarkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung

* Menukar senarai dan menamatkan perkhidmatan ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan

* Melengahkan projek perkhidmatan bas bersepadu Ipoh Sentral

* Melelong kereta Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Kami membantah penangguhan keputusan. Jika penangguhan dibenarkan, mahkamah yang dihormati ini akan campur tangan dalam kuasa eksekutif menteri besar sedangkan mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian,” hujah peguam yang mewakili Dr Zambry, Datuk Cecil Abraham.

Mohon perintah penangguhan

“Permohonan penangguhan ini adalah tidak betul. Dasarnya mungkin betul atau salah, terserah kepada ahli politik itu

“Jika penangguhan dibenarkan, perintah Mahkamah Tinggi akan dikekalkan semula dan perayu akan menjadi menteri besar. Ini adalah perkara yang mahkamah tidak patut lakukan,” kata Abraham dan menambah kata bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mempercepatkan perbicaraan kes itu.

Abdul Gani, selaku pencelah, turut mengambil pendirian sama dan membantah permohonan itu.

Ambiga menjawab: “Perintah sementara itu perlu diberikan untuk menghalang prejudis terhadap perayu. Sesetengah dasar itu tidak boleh diubah.

“Semua keputusan yang dibuat perayu dan anggota Exconya perlu diteruskan demi kepentingan rakyat di Perak.

“Responden telah memohon bagi penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka kini tidak boleh kata yang kami tidak boleh buat perkara yang sama,” katanya.

Pada 13 Feb, tahun ini, Mohammad Nizar memulakan tindakan undang-undang bagi memohon diisytiharkan yang beliau adalah menteri besar yang sah dan injunksi untuk melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugasnya.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah tetapi keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei.

Nizar gets leave for Federal Court appeal
S Pathmawathy
Jul 9, 09
12:06pm

Ousted Perak Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin was today granted leave by the Federal Court to appeal against a Court of Appeal decision on the legitimate Perak menteri besar issue.

Nizar’s lawyer Leong Cheok Keng immediately declared the granting of the leave as a “victorious step for Nizar”.

“Such a leave is sparingly granted by the Federal Court,” he said.

nizar appeal to federal court 190609 07With the leave, Nizar can now appeal against the decision made by the Court of Appeal on May 22 that Barisan Nasional’s Zambry Abdul Kadir was the rightful menteri besar.

The Court of Appeal had overturned a decision made by the High Court which had ruled in favour of Nizar.

Attorney-General Abdul Gani Patail, who acted as an intervener, and Cecil Abraham, who was representing Zambry, had no objections for the leave application.

The Federal Court will now hear submissions to interpret three constitutional questions drafted by Nizar’s legal team, led by former Bar Council chairperson Ambiga Srenevasan.

The questions concern whether the Perak ruler can dismiss the menteri besar and elect a new one when the incumbent has not resigned nor was there a vote of no confidence passed.

The panel of the Federal Court today was made up of justices Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria and Zulkefli Ahmad Makinuddin.

No date has been fixed to hear the appeal but the court said it would fix an early date.

Leong said that it was supposed to be a five-member panel but no explanation was given as to why only three judges turned up for the leave application.

“Will push for a nine-member panel for the appeal proper,” Leong added.

Stay order denied

The Federal Court however rejected Nizar’s application for a stay order to prevent Zambry from carrying out his duties as menteri besar.

Nizar wanted the Federal Court to prevent Zambry from reversing the Pakatan government policies until the matter was fully disposed.

Ambiga, who acted for Nizar today as lead counsel Sulaiman Abdullah was unwell, told the judges that Zambry’s decision might be “impossible” to reverse later in the event the court ruled in the Pakatan man’s favour.

sivakumar and zambry at perak state assembly 130509 04In his affidavit, Nizar claimed that Zambry (right) has reversed some of the policies implemented by the Pakatan government.

Among them were the welfare programmes approved under the state budget and several contractual agreements.

He added that welfare policies such as special funds for senior citizens, people who suffer from chronic diseases, homeless old folks, disable persons, orphans and those who live in dire poverty were not being executed properly by the BN-led state government.

He further said that Zambry had also neglected funds allocated for small businesses.

“They have also stopped giving ownership and permanent grants to new villages… (And) ended the services of 817 village heads in all villages in Perak,” said Ambiga, reading out the affidavit.

On top of that, Zambry’s government also terminated the services of 342 local councillors and replaced them with councillors suggested by BN, added Nizar’s affidavit.

The other claims made to support the stay application were Zambry’s decision to slow down the ‘Ipoh Sentral’ project, the auctioning of Toyota Camry official cars used by the Pakatan government and the approval of new mining lands.

Strongly objected by Zambry’s lawyer

Zambry’s lawyer Abraham objected to the stay application, likening it to an injunction to stop the present menteri besar from performing his duties.

“The court has no jurisdiction to interfere… the policies may be right or wrong but it is up to the politicians (to solve),” said Abraham, adding that such decisions were in the powers of executives.

“If the stay is granted, the High Court orders will be reinstated and the appellant (Nizar) will become the menteri besar,” he argued.

Likewise, Abdul Gani also objected to the stay, stating that Zambry was merely acting to preserve his status quo in his capacity as the menteri besar.

bersih 21 charged in petaling jaya session court 230109 ambigaIn rebuttal Ambiga (left) pointed out to a stay order granted to Zambry by the Court of Appeal after the High Court had ruled in favour of Nizar as the menteri besar.

“(It) would have the same effect as Nizar’s stay application now,” she said.

“It does not lie in their (Zambry’ legal team) mouths to say we cannot make a similar application.”

The federal Court panel was however not convinced and rejected the stay application.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: