Sidang Media Wanita Pakatan Rakyat di Parlimen

Kerajaan Malaysia masih gagal mengarusutama agenda

Pemberdayaan Wanita Malaysia

Penerapan prinsip-prinsip kesetaraan gender dalam dasar dan pentadbiran negara bukanlah sekadar janji kosong.   Ia dicapai dengan kesungguhan untuk merealisaikan komitmen terhadap pengarusutamaan gender (gender mainstreaming) dalam semua ruang lingkup kehidupan rakyat, khususnya dalam merangka dasar kerajaan, bidang penyelidikan, dialog, perundangan, pengagihan sumber dan khazanah negara, serta dalam perancangan, perlaksanaan dan penyeliaan terhadap semua program dan projek.

Gender Focal Point yang diwujudkan pada tahun 2004 telah tidak berfungsi sepenuhnya sebagai mekanisme yang boleh melonjakkan aspirasi pengarusutamaan gender.

Pengarusutamaan gender bukanlah bermaksud bersaing kuasa dengan lelaki.   Ia merupakan suatu usaha menjelaskan dengan adil, keadaan dan keperluan sebenar 50% daripada penduduk Malaysia, iaitu wanita.

Sehingga kini, Ahli Parlimen wanita berjumlah 23 orang (10.36 %).  Statistik ini tidak menunjukkan perubahan ketara yang dikehendaki dalam tiga penggal pilihanraya yang lalu – dalam tahun 1999, 10.4% Ahli Dewan Rakyat Wanita dan 2004, 10%.  Daripada 29 orang Menteri, hanya terdapat dua orang Menteri wanita iaitu hanya 6.9%. Manakala daripada 40 orang Timbalan Menteri, hanya terdapat lapan orang Timbalan Menteri wanita (20%).   Dari segi perkhidmatan awam pula, di peringkat tertinggi, peratusan wanita tidak mencecah 15% – Ketua Setiausaha (14.8%), Ketua Pengarah (11.8%) dan Ketua Pegawai Eksekutif (14.1%).   Ada hanya 6.9% wanita dalam Dewan-Dewan Undangan Negeri, 12.5% dalam kerajaan-kerajaan tempatan dan 7.6% ahli lembaga dalam syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia (statistik 2007).    Banyak kajian mendapati bahawa wanita adalah pemimpin transformasi yang lebih berjaya, jujur, telus, menjauhi rasuah, dan bersungguh dalam melaksanakan komitmennya.

Maka amatlah penting diwujudkan suatu mekanisme yang mengukur pencapaian usaha ke arah kesetaraan gender itu.   Wanita Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Malaysia mewujudkan satu indeks kesetaraan gender yang diterapkan ke dalam Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indeks/KPI) setiap kementerian agar dapat diukur sejauh mana keberkesanan usaha pengarusutamaan gender dalam kementerian-kementerian berkenaan dan dalam pentadbiran kerajaan keseluruhannya.    Dengan cara ini, kerajaan bukan sahaja dapat mengumpul data untuk mengukur keberkesanan langkah yang telah diambil, tetapi juga akan membantu dalam pembentukan pelan strategi yang lebih berkesan untuk mencapai tujuan kesetaraan gender yang memberdaya wanita Malaysia,  dan pada akhirnya akan menghasilkan keadilan untuk semua rakyat.

Wanita Pakatan Rakyat menegaskan bahawa pengiktirafan terhadap wanita yang didokumentasikan semata-mata tidak akan berhasil mencapai matlamat kesetaraan gender.

Zuraidah Kamaruddin                          Chong Eng                              Nuridah Salleh

Ketua Wanita KEADILAN                  Ketua Wanita DAP                 Ketua Muslimat PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: