Kenyataan Media Ketua Wanita: PERKESO(SOCSO) yang belum mesra rakyat

Kenyataan Media

30 Jun 2009

Pentadbiran PERKESO yang belum mesra pekerja

Kerajaan Malaysia berperanan memberi jaminan kualiti hidup yang sempurna kepada rakyat Malaysia.   Setiap jentera kerajaan dan agensi di Malaysia dituntut untuk berfungsi membantu rakyat membangun diri dan keluarga mereka dengan sempurna.   Ia menuntut suatu sistem yang mengarusutamakan hasrat tersebut di semua peringkat dan lapangan pentadbiran kerajaan dan badan-badan yang diselia kerajaan agar berupaya memberi keadilan kepada semua rakyat, terutamanya kepada mereka yang teraniya atau mendapat musibah dalam kehidupan mereka.

Salah satu agensi yang berperanan memberi sepenuh bantuan kepada rakyat yang menderita kerana hilang keupayaan mencari nafkah ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia).

Wanita KEADILAN telah menerima aduan dari seorang pekerja, Azizan Jaafar   Pada tahun 2002, Azizan mengalami kemalangan dan telah lumpuh kaki dan tidak berupaya meneruskan pekerjaannya.   PERKESO pada awalnya mendapati beliau tidak layak mendapat pencen ilat.   Permohonan beliau untuk mendapatkan bantuan kewangan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pertubuhan Keselamatan Pekerja  1969 telah gagal atas alasan bahawa beliau tidak layak mendapat bantuan tersebut kerana kecuaian teknikal.

Menurut pegawai tinggi di Ibu Pejabat PERKESO, apabila kes itu diteliti kembali, ternyata telah berlaku kesilapan di pihak pegawai yang menerima permohonan beliau pada pertama kali; pegawai yang mengendalikan kes Azizan Jaafar itu telah tidak merekodkan tarikh pengesahan kelumpuhan Azizan Jaafar oleh panel doktor yang telah memeriksa Azizan Jaafar.   Kesilapan tersebut telah berlarutan selama tujuh tahun sehingga kes diteliti kembali atas permohonan Pejabat Parlimen Ampang di mana Azizan telah datang untuk mengadu.   Berapa ramaikah rakyat yang berkemungkinan menderita akibat kecuaian pentadbiran PERKESO?

Wanita KEADILAN menggesa Kementerian Sumber Manusia melakukan reformasi dalam Akta Pertubuhan Keselamatan Pekerja 1969 yang usang dan mewujudkan panel khas untuk mengkaji ketelusan, dan keberkesanan sistem penyampaian tuntutan dan pampasan kepada rakyat yang memerlukan.   Kes seumpama Azizan Jaafar tidak sepatutnya berlaku, selaras dengan motto PERKESO, Sikap Terbuka, Layanan Mesra.   Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga wajar mengambil tindakan proaktif agar gesaan tersebut menjadi kenyataan demi memelihara kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat.


Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: