Shahrizat gagal agenda memberdaya wanita

Kenyataan Media

Ketua Wanita KEADILAN 23 Jun 2009

Shahrizat gagal memberdaya wanita (empowering women)

Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil bahawa dasar  sekurang-kurangnya 30%  perwakilan wanita dari jumlah kedudukan pimpinan adalah berasal dari beliau, jelas menyalahi fakta, yang dikira menjejaskan imej beliau sebagai seorang yang bertaraf Menteri.

Dasar 30 % perwakilan wanita tersebut  telah di terbitkan dalam Persidangan Wanita peringkat Dunia di Beijing lebih sedekad yang lalu.   Ia merupakan suatu kesepakatan yang telah diterjemahkan dalam Deklarasi Beijing di mana Malaysia menjadi salah sebuah negara penandatangan.   Perkara 182 dalam Platform for Action, di mana terdapat kuota minimum 30% itu, adalah perkara khusus yang disebut dalam Deklarasi Beijing.

Walaupun pernah menjawat kedudukan sebagai Menteri dan tergolong di antara pemimpin utama dalam Umno dan Barisan Nasional, Sharizat Abdul Jalil tidak mampu meningkatkan bilangan Menteri wanita dalam Kabinet Umno-BN.

Oleh kerana Pengarusperdanaan Gender (Gender Mainstreaming) dalam sistem pemerintahan Umno-BN tidak berlaku, akibat yang ketara ialah kemorosotan dalam perlaksanaan sekurang-kurangnya 30% perwakilan wanita dalam kepimpinan negara khususnya dalam Barisan Kabinet Menteri.   Begitulah prestasi Shahrizat Abdul Jalil dalam menerajui agenda untuk melaksanakan pencapaian 30% perwakilan wanita.

Budaya politik yang mencatas ahli-ahli politik yang berpengalaman dan berwibawa juga telah mengheret Wanita Umno ke kancah kemorosotan bilangan para menteri wanita dan ahli-ahli pimpinan tertinggi wanita dalam Umno.   Sewajarnya pemimpin wanita Umno yang berkaliber dan berpengalaman dibawa dalam saf pimpinan untuk meneruskan agenda mengarusperdanakan gender bukan dipinggirkan.

Umno, sebagai parti utama BN telah gagal memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada wanita sebagai agen yang layak dan penting dalam bersama-sama merangka dan menggubal dasar dan keputusan-keputusan penting dalam negara dan parti.   Sebagai seorang Menteri, Sharizat Abdul Jalil dikehendaki mengotakan janji beliau dengan bertindak progresif menjadikan dasar 30% perwakilan wanita ini suatu kenyataan dalam pentadbiran negara.   Ia harus dilakukan dalam tempoh enam bulan mendatang atau beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN

—————————————————————————————————————————————————————————————————-

PKR Wanita challenges Shahrizat

23 Jun 09 : 2.37PM

By Zedeck Siew
Nutgraph

KUALA LUMPUR, 23 June 2009: PKR Wanita has challenged Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil to enact a policy that ensures 30% women’s representation in government within six months, or resign.

PKR Wanita chief Zuraida Kamaruddin also pointed out that Shahrizat’s claim that the idea of a 30% quota for women’s representation was hers was factually inaccurate.

“This policy was brought up in the World Conference on Women in Beijing more than a decade ago. It was an agreement, contained in the Beijing Declaration, of which Malaysia was a signatory,” Zuraida said.

“(This claim) has sullied Shahrizat’s image as a minister,” Zuraida said at a press conference in Parliament today.

On 18 June, Shahrizat, who is the women, family and community development minister claimed that the 30% quota had been a policy that she began. “It was a policy created during my first term as minister,” Shahrizat said.

Shahrizat also revealed that Umno Wanita would be pushing for 30% of party leadership positions to be reserved for women, when Umno moves to amend its constitution.

This decision follows a similar amendment to PKR’s constitution. The 30% women’s representation in leadership positions was one of several amendments, passed at the Opposition party’s special congress on 13 June.

At today’s press conference, former PKR Wanita chief Fuziah Salleh suggested that the 30% quota be instituted as a key performance indicator (KPI) for the Women, Family and Community Development Ministry.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: