Fuziah Salleh: Idea (Kerajaan Perpaduan) tidak akan jadi kenyataan

Sinar Harian 17 Jun 2009

Kuala Lumpur – Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menjadi kenyataan kerana sejarah kerjasama Pas-Umno menunjukkan Parti Islam itu dipergunakan oleh Umno untuk mengukuhkan parti berkenaan.

Pengarah Biro Latihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fuziah Salleh berkata, pengalaman PAS bekerjasama dengan Umno suatu masa duhulu cukup menyedihkan dan PAS sepatutnya belajar dari sejarah lampau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, sebagai pemimpin parti KEADILAN berpegang kepada prinsip untuk tidak menyokong penubuhan ‘kerajaan perpaduan’ kerana ia bukan satu fokus Pakatan Rakyat (PR) buat masa kini.

“Kita (PR) juga patut merasakan kita ada kekuatan sendiri dan tidak perlu mengharapkan keuatan dari Barisan Nasional untuk ke hadapan malah kita turut ada kelebihan berbanding dengan mereka sekarang.

“idea penubuhan Kerajaan Perpaduan adalah pandangan berbentuk ‘elemen pecahan’ dan bukan pandangan politik perdana PR,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan PAS sebagai ikhlas dalam mengutarakan idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dan Umno sedia untuk bekerjasama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: