Secara Langsung dari Dewan Rakyat

10.00 pagi

Upacara angkat sumpah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin.

Diiringi pukulan gemuruh Ahli-Ahli Berhormat, khususnya dari Pakatan Rakyat.

Dengan permohonan Ahli Berhormat Bukit Gantang, laungan Hidup Rakyat begema di Parlimen. Dibantah oleh BN.

Ahli Berhormat yang memakai headband Bubarkan Dun Perak di arah keluar oleh Speaker.

Nizar juga diarahkan keluar.

Semua tetamu yang memakai headband yg sama didesak oleh Ahli Parlimen BN supaya keluar.

Permulaan yang sungguh kecoh di Parlimen.

Hampir 15 minit kekecohan belum selesai.

Nurul Izzah, Dr Hatta, Mahfuz, diarah keluar kerana memakai headband yang sama.

KUASA RAKYAT SEDANG MENYERLAH DI PARLIMEN.

10.25am

Sesi soal jawap lisan

PM, Najib Razak sedang menjawab soalan:

Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan penjelasan Gagasan “SATU MALAYSIA” dari segi
perlaksanaan dan penerapannya kepada masyarakat majmuk di Malaysia
dan bagaimanakah Gagasan ini akan dapat lebih bermanfaat dalam
menterjemahkan kejayaan Wawasan 2020.

Jawapan lisan Perdana Menteri dan susulan pertanyaan akan dikemaskini kemudian.

10:34 Suatu penjelasan dari PM yang panjang lebar dan belum selesai.

Beliau menyebut tentang penilai prestasi setiap jentera kerajaan.  Itu bukan suatu yang baru.   Dan terlalu lama tertunda dalam perlaksanaannya yang sempurna.

10.38 Karpal Singh dan Halimah Siddique bertanya soalan susulan.  Akan dikemaskini kemudian.

10.40 PM sedang menjawab perbezaan mengenai konsep Malaysian Malaysia dan 1Malaysia.

10.40 Lim Kit Siang berdiri mohon penjelesan kerana tidak mendapat kefahaman dari penjelsan PM

Ditolak oleh YDP.

Giliran DSAI untuk mengemukakan soalannya yang kedua.

10.42 Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin sedang menjawab soalan.

10.43 Yang Berhormat Bruas telah masuk semula kerana memakai headband.   Beliau telah diarah kelaur semula oleh YDP

10.46 DSAI menyatakan apa yang gambarkan oleh Hishamuddin adalah berbeza dengan apa yg telah sebenarnya berlaku.

Soalan susulan DSAI

“Apakah hak polis yg telah menolak hak Speaker Dun Perakyang telah dipilh, yang sah”

Apakah jaminan Menteri ia tidak berulang di mana2 Dewan, termasuk Dewan Rakyat ini.

Hishamuddin sedang menegakkan hujjahnya tentang kehadiran pihak polis dalam Dun Perak dan mengheret Sivakumar, Speaker Dun Perak  keluar dengan cara yang amat memalukan.

Liputan berakhir di sini.

Akan dikemaskini, harap bersabar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: