Muslimat PAS voice wanting in decision making within PAS

Lo’ Lo’ kecewa peranan diberikan pada Muslimat masih kecil
Roy Rasul
Sun | Jun 07, 09 | 2:49:37 pm MYT  HarakahDaily.Net
SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) – Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Masyarakat, Dr Lo’ Lo’ Ghazali berkata, beliau melihat dalam muktamar kali ini, peranan yang dimainkan oleh muslimatnya semakin mengecil.

“Saya menerima beberapa aduan daripada Ketua Muslimat dan juga wakil Muslimat yang dinafikan mewakili kawasan atau bilangan mereka semakin dikurangkan,” katanya.

Sehubungan itu katanya beliau berharap usia PAS yang semakin matang itu memberi perhatian di atas perkara tersebut.

Beliau yang berucap dalam sesi penggulungan Muktamar kali ke-55, hari ini berkata sudah sampai masanya Muslimat yang sebelum ini diberi peranan yang sangat besar dihargai sebagai jentera dan diberi tempat untuk berada di dalam peringkat membuat keputusan dalam parti.

“Sudah sampai masanya Muslimat melepasi era ‘tea lady’ dan bukan sebagai AJK hadiah, cenderahati tetapi muslimat hendaklah bersama-sama berperanan untuk membuat atau memberi sumbangan serta cadangan untuk membuat keputusan di peringkat pusat,” katanya.

Dalam masa sama beliau turut menyentuh isu Nisa’ atau wanita muda dan remaja dalam PAS.

Katanya, beliau agak terkilan kerana lebih 10 tahun Nisa masih lagi di peringkat yang tidak memberangsangkan.

Sebaliknya beliau berkata baru-baru ini didapati ada cadangan yang sangat baik iaitu memantapkan Kelab Penyokong PAS sehingga menjadi sebuah dewan.

“Saya kira sepatutnya Nisa yang ke depan dulu kerana Nisa lebih lama hendaklah diiktiraf dan dihargai dan diletakkan sebagai sebuah sayap dalam PAS dab bukan berada di bawah Dewan Muslimat selama-lamanya,” katanya.

Katanya beliau menghargai sokongan golongan muda di seluruh negara dan peranan Nisa sangat besar.

Kerana itu katanya kerjasama dan memposisikan Nisa di tempat yang jauh lebih baik iaitu sebagai sayap atau dewan baru parti.

Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai pakaian kaum wanita sebagai pemerhati dan wakil media.

Katanya, Dewan Muslimat sememangnya sangat menggalakkan pakaian yang menutup aurat dalam menjaga sentiviti dalam muktamar.

Tetapi katanya dalam masa yang sama PAS sewajarnya mengambil pendekatan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz di dalam memimpin dan menerajui Kelantan berkata PAS mengambil pendekatan dan menerang, mendidik dan memberi pilihan-pilihan yang lebih baik kepada mereka bukannya secara paksaan. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: