PELANCARAN KEMPEN PUNGUTAN SUARA HATI RAKYAT PERAK ANJURAN WANITA PR

Ketua Wanita PKR, YB Zuraida melancarkan kempenPada 15 May 2009, Wanita Pakatan Rakyat (PR) telah melancarkan Kempen Pungutan Suara Hati Rakyat Perak bertempat di Pusat Khidmat DUN Hulu Kinta, Perak. Kempen ini bertujuan untuk mendapatkan reaksi sebenar Rakyat Perak berhubung krisis yang berlaku di Perak sekarang.

Wanita PR mengambil inisiatif ini memandangkan 52% pengundi di Perak terdiri daripada wanita serta krisis yang berlarutan dilihat semakin parah. Majlis ini bermula pada jam 3 petang telah disempurnakan oleh ketiga-tiga Ketua Wanita dari Pakatan Rakyat iaitu YB Zuraida Kamaruddin (PKR), Ustazah Nuridah Mohd Salleh (PAS) dan YB Chong Eng (DAP) dengan disaksikan lebih 300 orang yang terdiri daripada Penyelia DUN, Ketua Kampung, Aktivis Parti, NGO serta Rakyat Perak sendiri.

Jentera PR akan turun ke akar umbi bertemu dengan semua Rakyat Perak bagi mengumpul suara hati sebenar mereka agar hak menentukan kerajaan negeri dikembalikan kepada rakyat Perak. Suara hati ini akan diterjemahkan melalui tandatangan sokongan mereka agar pembubaran DUN dilakukan segera bagi membolehkan pilihanraya DUN diadakan semula untuk memberi ruang kepada Rakyat Perak sendiri menentukan kerajaan yang mereka mahukan.

Majlis penyerahan borang dan poskad kempen

Majlis penyampaian Borang Tandatangan serta Poskad Kempen juga turut diadakan kepada semua wakil-wakil PR yang hadir. Borang-borang yang telah ditandatangan akan dikumpulkan di pejabat-pejabat Perhubungan Negeri Perak dari ketiga-tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP dalam masa seminggu. Satu memorandum akan dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak bersama tandatangan-tandatangan tersebut.Wanita Pakatan Rakyat Sebahagian jemputan yang hadir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: