Penanti by-election (3)

BN bersiap bertempur di Penanti?
Muda Mohd Noor | May 14, 09 5:13pm
Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang akan bermesyuarat malam ini untuk membincang mengenai pilihanraya kecil Penanti pada 31 Mei depan.

Setiausaha Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Menurutnya, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh ketua badan perhubungan Umno negeri itu, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Apabila ditanya sama ada Umno akan bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, Azhar berkata: “Datuk Seri Najib (Tun Razak) belum umum lagi.”

“Tunggulah keputusan Umno bertanding atau tidak,” tambahnya.

Mesyuarat tersebut akan berlangsung bangunan Umno negeri mula jam 9 malam.

Bagaimanapun, spekulasi bertiup kencang mengenai kemungkinan besar BN bertanding di situ.

Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan ketua MCA bahagian Permatang Pauh, Ma Kok Ben yang memberitahu Malaysiakini bahawa BN telah membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

MCA sudah bersedia

Menurutnya, bilik MCA gerakan sudah bersedia menghadapinya manakala bendera Umno juga telah dinaikkan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti.

Manakala sumber-sumber BN negeri pula berkata, Umno telah menyenaraikan nama calon, termasuk ketua bahagian Datuk Abdul Jalil Majid untuk bertanding di Penanti.

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan kemungkinan BN tidak akan bertanding di Penanti kerana beranggapan pilihanraya kecil itu hanya membazir wang rakyat.

Kerusi tersebut kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohd Fairuz Khairuddin pada 16 April lalu.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Umno, termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat BN perlu bertanding supaya dianggap takut berdepan dengan pembangkang.

Manakala Dewan Tertinggi BN dijadualkan bermesyuarat Isnin ini untuk memutuskan sama ada BN akan bertanding atau tidak di Penanti.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan 23 Mei ini sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 31 Mei depan.

Manakala timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman telah dinamakan sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: