Penanti by-election(2)

Gerak kerja wanita KEADILAN di pilihan raya kecil Dun Penanti yang telah lama bermula adalah diketuai oleh Ketua Wanita Pulau Pinang, Norhayati Jaafar (Gambar bawah, berpakaian seba merah).
Wanita KEADILAN sentiasa ceria dalam menghadapi kedurjanaan Umno-BN, dan sentiasa pula berwaspada.

Kelihatan Wanita KEADILAN Pusat, Kedah, Perak, Perlis, & Pulau Pinang bersama Timbalan Pengarah JK Pilihanraya Negeri, Saudara Jamil(sedang tunduk menulis):

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin telah juga memulakan proses memperkemaskan gerak kerja Wanita KEADILAN di Dun Penanti.

Bakal calon bersama isteri beliau telah turut hadir dalam satu sesi bersama Ketua-Ketua Wanita Bahagian di Pulalu Pinang.

Ketua Wanita KEADILAN bersama Dr Mansor, bakal calon KEADILAN bersama wanita Pulau Pinang mengatur strategi.

—————————————————————————————
Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat
13 Mei 2009

Rumusan Pertemuan Tertutup dengan Suruhanjaya Pilihanraya

Pihak jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya di pejabat SPR di Putrajaya semalam 12 Mei.

Rombongan Pakatan Rakyat terdiri daripada YB Dr Dzulkifli Ahmad (PAS), YB Saifuddin Nasution (PKR), YB Liew Chin Tong (DAP), YB Dato’ Johari Abdul (PKR), YB Dr Siti Mariah (PAS), YB Tian Chua (PKR), YB Manikavasagam (PKR) dan Sdr Saiful Izham sebagai penasihat Undang-undang. Rombongan kami telah disambut oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan para pegawai kanan SPR.

Antara rumusan pertemuan tersebut adalah:

1) Peraturan Pondok Panas

Kedua pihak bersetuju setelah merujuk peruntukan undang-undang bahawa proses semakan daftar pemilih di luar jarak 50 meter dari kawasan mengundi boleh dibuat oleh semua pihak. Untuk itu pihak SPR tiada halangan bagi mana-mana parti berbuat demikian.

2) Menghadkan jumlah penyokong

SPR bersetuju bahawa cadangan untuk menghadkan jumlah penyokong pada hari penamaan calon adalah sesuatu yang sukar dikuatkuasakan dan tiada peruntukan undang-undang bagi perkara tersebut. Bagaimanapun SPR menasihatkan semua parti yang bertanding agar tidak membuat kerahan bagi mengelakkan keadaan menjadi terlalu sesak.

3) Larangan berkempen

Semua pihak bersetuju bahawa semua parti tidak dibenarkan meneruskan aktiviti berkempen selepas jam 12 malam pada malam sebelum hari mengundi. Untuk itu larangan ini harus dikuatkuasakan ke atas semua parti yang bertanding.

Kedua pihak juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan berkala bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit sekurang-kurangnya setiap 3 bulan.

SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT

(Sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Kerja Pakatan Rakyat Shabrimi pada talian 016-4124735.)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: