Selamat Hari Ibu – Ibu Berdaya, Negara Berjaya

Sebaran Media Wanita KEADILAN

10 Mei 2009

Ibu tetap dikenang walaupun tidak lagi bersama sebahagian daripada kita.

Jasa mereka tidak terbalas walaupun seumur hidup kita ingin berbuat sedemikian. Jika ibu tiada, masyarakat akan pincang. Tiada yang akan bersungguh-sungguh memperjuangkan kesejahteraan anak-anak, keluarga dan wanita; lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana negara-negara sedang berperang dan mengalami ketidaksetaraan gender yang memungkinkan berbagai diskiriminasi gender berlaku.

Di negara-negara sedang membangun, setiap minit, seorang ibu akan meninggal dunia ketka melahirkan anak. Puluhan ribu yang lain pula mengalami kecederaan kekal yang mengesani kehidupan mereka sepanjang hayat kerana tidak mendapat rawatan yang sebaiknya.

Jika ibu tiada, anak-anak akan berisiko diabaikan dan didapati berada dijalanan, terdedah kepada berbagai penyakit, ekspolitasi dan dinafikan pendidikan yang sempurna.

Pemberdayaan (empowerment) wanita dalam bidang ekonomi juga masih belum dicapai di kebanyakan negara miskin dan membangun di dunia, termasuk Malaysia. Sekurang-kurangnya sejuta rakyat Malaysia pekerja wanita masih berada diaras kemiskinan. Kebanyakan dari mereka adalah ibu-ibu dan sebahagian mereka merupakan ibu tunggal. Ketiadaan pemberdayaan dalam bidang ekonomi ibu-ibu akan menafikan juga pemberdayaan dalam bidang sosial dan politik.

Kes Noorfadilla Binti Ahmad Saikin yang ditarikbalik tawaran sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) telah menyaksikan kewujudan buta gender di kalangan sebahagian jentera kerajaan yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Kementerian Pelajaran, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Biro Pengaduan Awam sendiri. Meletakkan syarat bahawa ibu-ibu mengandung tidak boleh memohon kerja sebagai GSTT adalah jelas suatu bentuk diskriminasi yang tidak dapat dimaafkan. Ia nyata bertentangan dengan perlembagaan negara dan janji-janji Malaysia dalam mendokong sensitiviti gender dalam semua perkara di Malaysia. Penafian hak untuk diterima sebagai GSTT berdasarkan merit oleh ibu-ibu mengandung seperti Noorfadilla telah berlaku setiap tahun. Berapa ramaikah ibu-ibu yang telah merasa kecewa seperti Noorfadilla? Keadaan buta gender yang wujud dalam pentadbiran negara tidak boleh dibiarkan berlarutan. Oleh itu, langkah menerusi tindakan undang-undang akan diambil bagi membetulkan keadaan itu.

Sudah tiba masanya juga, kerajaan dan rakyat menerima hakikat bahawa keibuan itu adalah suatu konsep yang harus dipegang oleh semua demi kesejahteraan rakyat dan negara. Keibuan tidak harus difahami sebagai suatu tanggungjawab khusus para ibu tetapi juga adalah tanggungjawab yang wajar dipikul oleh semua dan perlu wujud dalam semua jentera kerajaan yang beroperasi bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara. Keibuan merangkumi sensitiviti terhadap pembangunan potensi setiap anak, yang akan menjadi warganegara dewasa suatu masa kelak.

Di antara ciri kesedaran tanggungjawab keibuan ini ialah keperihatinan dan kesungguhan dalam memastikan persekitaraan yang terbaik untuk pembangunan potensi anak-anak dan menghapuskan sebarang unsur yang boleh membantut, merencat dan mencemar pemikiran, fizikal, spiritual, perkembangan emosi, kreativiti dan innovasi anak-anak.

Ia meliputi persekitaran yang boleh mempengaruhi perwatakan dan keperibadian anak-anak dalam bentuk audio-visual dan interaksi bersama mereka. Pendedahan audio-visual yang berunsur positif dan interaksi yang beradab dan sopan serta peka tentang keperluan anak-anak akan menjamin perkembangan potensi anak-anak yang sihat.
Oleh itu pengurusan penerbitan program-program televisyen, radio, akhbar, majalah, dan bahan-bahan audio visual yang lain, pengurusan operasi perkhidmatan untuk anak-anak seperti perkhimatan bas sekolah, transit aliran ringan, tren dan lain-lain, persekitaraan, yang merangkumi layanan terhadap anak-anak di tempat-tempat umum – pejabat, bank, restoren, kedai, pasaraya dan lain-lain lagi – wajar digalakkan untuk menepati kehendak pembangunan potensi anak-anak.

Ibu tulus dan halus sifatnya dalam memastikan kebaikan dan kesejahteraan dinikmati oleh setiap mereka yang di bawah jagaannya.
Kehadiran ibu adalah penting untuk anak-anak, keluarga, masyarakat, dan negara, tetapi jika rakyat dan kerajaan bersifat keibuan, maka banyak pula masalah sosial, politik dan ekonomi negara akan dapat diselesaikan.

Selamat Hari Ibu,
Ibu Berdaya, Negara Berjaya

Biro Penerangan
Wanita KEADILAN —————————————————————————————————————-

Untuk sebarang petanyaan mengenai sebaran media di atas, sila hubungi: Rozaini binti Mohd Rosli, tel.: 019-2676879, email: rozainiebbm@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: