Ketua Wanita KEADILAN: Bantuan yang masih dinantikan rakyat-pekerja

Kenyataan Media

Ketua Wanita KEADILAN

5 Mei 2009

Bantuan yang masih dinantikan rakyat-pekerja

Wanita KEADILAN mengalu-ngalukan kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak untuk segera diwujudkan Tabung Pemberhentian Pekerja sebagai bantuan kepada para pekerja yang telah kehilangan punca pendapatan kerana keadaan ekonomi dunia yang merudum dengan dahsyatnya. Hasrat dan kenyataan PM untuk mewujudkan Tabung Pemberhentian Pekerja itu walaubagaimanapun telah berulangkali disuarakan dan didesak oleh Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat, khususnya menerusi Kaukas Eksploitasi Pekerja yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Langkah-langkah yang membantu pekerja yang kini menganggur dalam angka ratusan ribu dan masih meningkat perlulah ditangani segera.

Dalam keadaan ekonomi yang meleset, wanita adalah golongan yang paling terkesan kerana sebahagian besar daripada mereka merupakan nadi dalam pengurusan hal-ehwal dan kesejahteraan keluarga. Sebarang kemeruduman ekonomi akan mengakibatkan tekanan luarbiasa terhadap kemampuan setiap keluarga untuk meneruskan kehidupan harian dan memenuhi keperluan keluarga masing-masing.

Kerajaan Selangor, di bawah kepimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim telah awal-awal lagi membuka hotline bagi memberikan ruang kepada para pekerja yang kesempitan hidup untuk mendapatkan bantuan yang perlu. Ia wajar dicontohi oleh Kerajaan Persekutuan.

Wanita KEADILAN menggesa agar kerajaan tidak lagi melengah-lengahkan penyelesaian yang konkrit bagi mengatasi masalah pengangguran pekerja Malaysia yang terlalu ramai yang tentunya memberi impak negatif terhadap keadaan sosial, dan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Keadaan yang sedang melanda rakyat-pekerja di Malaysia bukanlah sesuatu yang tiba dengan sekonyong-konyong. Ramai pakar, khususnya Pengerusi Kaukas Eksploitasi Pekerja di peringkat Parlimen telah memberikan amaran dan cadangan-cadangan yang praktikal, dan jika diikuti mampu mempertahankan keadaan ekonomi dan keadaan keluarga para pekerja dengan lebih baik dari apa yang sedang berlaku kini.

Wanita KEADILAN menggesa Perdana Menteri agar mengenepikan sebarang jurang, termasuk perbezaan politik dalam mencari penyelesaian segera dan lebih mampan dalam menangani krisis ekonomi dan masalah pengangguran masakini yang kritikal. Dalam pada itu, penyelesaian jangka panjang, bukan retorik, perlu juga mendapat perhatian sewajarnya dalam memberikan harapan untuk kehidupan masa depan rakyat Malaysia.

Zuraida Kamruddin

Ketua Wanita KEADILAN

Ahli Parlimen Ampang

—————————————————————————————————————

Sila hubungi Rozaini binti Mohd Rosli, tel.: 019-2676879, email: rozainiebbm@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan media di atas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: