Nik Aziz to Elizabeth Wong

Pertemuan Eli dengan EXCO Wanita KEADILAN dua hari lepas telah menyaksikan Eli seorang yang lebih matang dan telah belajar dari peristiwa lalu yang dilemparkan oleh mereka yang mengamalkan politik durjana.

Eli telah sempat menemui Tuan Guru Nik Aziz sebelum beliau berangkat untuk menunaikan umrah. Eli telah menerima nasihat Tuan Guru yang mengandungi pesanan, yang sebenarnya sesuai untuk semua mereka yang ingin merealisasikan Politik Baru.

Nasihat beliau kepada Eli: Jangan buat tiga “D”; Dendam-Dengki-Degil.

Semoga Tiga “D” tiada dalam kamus setiap pejuang kebenaran dan keadilan, khususnya dalam Pakatan Rakyat.

——————————————————————-
KENYATAAN MEDIA
1 Mei 2009

PERUTUSAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
BERSEMPENA HARI PEKERJA 2009

Golongan pekerja merupakan nadi utama yang membina negara Malaysia ini. Mereka bertungkus lumus mencari rezeki dan pada masa yang sama usaha mereka itulah yang menggerakkan negara ini. Setiap cerita kejayaan negara ini yang kita saksi dengan penuh rasa bangga, maka kenanglah setiap titik keringat yang tumpah dari batang tubuh para pekerja yang berkorban untuk hasrat tersebut.

Bila datangnya 1hb Mei setiap tahun, kita mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja. Namun tahun ini kita resah mengenangkan muramnya kedudukan ekonomi negara dan betapa ianya memberi kesan buruk kepada semua pekerja. Kegawatan ekonomi yang melanda serta pengurusan ekonomi negara yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap kedudukan para pekerja. Ekonomi negara yang sama-sama dibangunkan, manifestasi dari harapan untuk mencipta masa depan yang lebih baik, hari ini tidak lagi bermanfaat buat mereka. Kadar pengangguran dijangka mencecah 4.5% tahun ini, bermakna hampir 500 000 individu akan kehilangan pekerjaan.

Oleh itu kita tidak boleh berlengah lagi. Perubahan serta langkah pemulihan yang diwar warkan hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk buat kerajaan BN pimpinan UMNO. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memilih Perubahan yang sebenarnya, yang tuntas memperjuangkan hak setiap dari warganya termasuklah hak golongan pekerja. Para pekerja, ayoh bersatulah demi mencipta Perubahan!

ANWAR IBRAHIM

2 Responses to “Nik Aziz to Elizabeth Wong”

  1. Ghazala Khan Says:

    Interview Request

    Hello Dear and Respected,
    I hope you are fine and carrying on the great work you have been doing for the Internet surfers. I am Ghazala Khan from The Pakistani Spectator (TPS), We at TPS throw a candid look on everything happening in and for Pakistan in the world. We are trying to contribute our humble share in the webosphere. Our aim is to foster peace, progress and harmony with passion.

    We at TPS are carrying out a new series of interviews with the notable passionate bloggers, writers, and webmasters. In that regard, we would like to interview you, if you don’t mind. Please send us your approval for your interview at my email address “ghazala.khi at gmail.com”, so that I could send you the Interview questions. We would be extremely grateful.

    regards.

    Ghazala Khan
    The Pakistani Spectator
    http://www.pakspectator.com

  2. maw Says:

    That is our big sister,looks sweet and pleasant in her kurong and tudong.they can paint anything they like,the real picture is as you are inside.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: