Wanita Pakatan Rakyat

Majlis Hi Tea Wanita Pakatan Rakyat menjadi testing ground kepada hubungan dua hala dalam parti-parti politik Wanita Pakatan Rakyat.

Dalam proses ke arah mewujudkan mekanisme sebuah majlis Wanita Pakatan Rakyat, usaha yang pelbagai wajar dimulakan sehingga tertubuhnya sebuah Majlis Wanita Pakatan Rakyat yang akan menjadi suara yang mewakili seluruh pimpinan, ahli dan aktivis Wanita Pakatan Rakyat. Ia juga akan menjadi wadah utama dalam menetapkan dasar dan pengoperasian dasar di berbagai peringkat parti dan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam hal ehwal wanita.

Ia (penubuhan Majlis Wanita Paktan Rakyat) harus dilandaskan sebagai sebuah majlis yang penuh dengan kesedaran dan kefahaman dalam menggarap sensitiviti parti yang berlainan dan menginsafi keperluan rakyat, khususnya mengenai wanita dan kebajikan mereka.

Naib Ketua Wanita KEADILAN, Noorsham Abu Samah telah berucap sebagai Pengarah bersama program Hi-Tea; pengarah yang lain ialah Dr Siti Mariah(PAS) dan Hannah Yeoh (DAP). Antara kandungan ucapan beliau ialah:

“…Hari ini kita berkumpul menghimpunkan sebahagian ciri-ciri Wanita Pakatan Rakyat:
Tetap melaksanakan tanggungjawab dalam apa jua keadaan
Tetap bersama dalam masa genting, susah dan senang
Sering ingat-mengingati dan memberi nasihat.
Menuju satu tujuan, dalam menegakkan kebenaran dan keadilan
Bersikap toleransi dalam perkara-perkara yang bukan fundamental
Sentiasa ceria walaupun dalam menghadapi kedurjaan Umno-Barisan Nasional…
Ayuh kita mantapkan barisan Wanita Pakatan Rakyat…”

Turut hadir ialah Puan Sri Salbiah, isteri Menteri Besar Selangor, Timbalan Presiden KEADILAN, Syed Hussein Ali, dan Ahli-Ahli Berhormat Adun dan Parlimen.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin juga telah menyerikan lagi majlis dengan kehadiran beliau.

Kira-Kira 700 tetamu telah memenuhi Dewan Megawati di Kediaman rasmi Menteri Besar Selangor pada majlis Hi-Tea tersebut.

Rozaini M R

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: