Apa dah jadi Tok Nan?(Ooops…apa dah TAK jadi, Tok Nan)

MB Pahang diarah bayar RM63 juta

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat Kuantan.

Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan pihak responden (menteri besar) perlu melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Ketika membenarkan permohonan perintah ‘mandamus’ (untuk memaksa) syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd., Abd Halim berkata, tindakan itu dibenarkan selepas segala saluran perundangan untuk menuntut bayaran itu telah selesai.

Syarikat berkenaan memperoleh perintah bayaran penghakiman dari Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 dan kerajaan negeri gagal membuat bayaran tersebut, lapor Bernama.

“Pendirian sebegini mencerminkan keengganan kerajaan negeri mematuhi kehendak statutori dan secara tidak munasabah membebankan rakyat (pembayar cukai) kerana ia akan membebankan kerajaan negeri dari segi faedah harian,” katanya.

Abd Halim berkata permohonan responden untuk mengenepikan tindakan ‘mandamus’ itu dengan hujah bertulis bahawa syarikat terbabit salah menamakan menteri besar sebagai responden adalah tidak tepat.

“Menteri besar adalah orang yang tepat serta berkelayakan untuk dinamakan sebagai responden kerana di Pahang dan mana-mana negeri sekalipun kecuali Sabah dan Sarawak, tiada wujud jawatan menteri kewangan negeri,” katanya.

Beliau berkata, mengikut Artikel 41 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang turut menyatakan menteri besar mempunyai kuasa serta berkompeten untuk menyempurnakan jumlah bayaran dari Tabung Kumpulan Wang Yang Disatukan Negeri.

Fail semakan kehakiman

Seruan Gemilang diwakili peguam Rajoo D Moothy dan Richard Bong Chong Fook manakala Adnan diwakili oleh Datuk Shafie Abdullah.

Pada 15 Oktober 2008, syarikat pembalakan berkenaan memfailkan permohonan ‘mandamus’ setelah gagal menerima sebarang pembayaran walaupun telah menuntut pembayaran jumlah penghakiman dan faedah pada 7 April 2008 dan 27 Ogos 2008.

Pada 9 Disember 2002, syarikat itu memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pahang Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri kerana didakwa melanggar perjanjian

kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar.

Pada 17 September tahun lalu, kerajaan Pahang diperintah membayar sejumlah RM60 juta kepada syarikat tersebut selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu.

Mahkamah Persekutuan dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Datuk Mat Zara’Ai

(Zara’Ai) Alias berkata pihaknya akan memfailkan permohonan menangguhkan keputusan esok.

Malah beliau berkata, pihaknya sebelum ini juga telah memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada 17 September tahun lalu.

TV Antara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: