Kedurjaan Politik yang menjadi-jadi (updated)

10 Umno ‘rebels’ back in the assembly
Apr 15, 09 10:34am
The 10 Barisan Nasional backbenchers who ‘boycotted’ the Terengganu state assembly sitting yesterday, turned up at the morning sitting today.

MCPX

The 10 rebel assemblypersons – all of whom are from Umno – were said to be involved in a plan to move a motion of no-confidence against Menteri Besar Ahmad Said.

They had said yesterday they will only attend the assembly sittings if their safety could be guaranteed after three of them received ‘death threats’ through SMSes on late Monday.

However Prime Minister Najib Abdul Razak, who is Umno president, ordered the state representatives yesterday to attend the state assembly sitting today – the last day of sitting.

[More to follow]

———————————————————————————————-

ADUN BN diugut, 10 boikot DUN T’ganu
Apr 14, 09 10:39am malaysiakini.com
kemaskini 2.21pm Sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN)memulaukan

DUN Terengganu pada hari kedua persidangan

hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima

ugutan “YB tak sayang nyawa?” malam tadi.

Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu

kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin,

kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi

Malaysiakini hari ini.

Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan

polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS

berbentuk ugutan – dispekulasikan berhubung usul

undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu.

Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran

10 ADUN tersebut termasuk beliau sendiri,

sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said

seperti diura-urakan sejak minggu lalu.

Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah

dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh turut

membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS

ugutan pada jam 11.20 malam tadi.

Mesej yang didakwa dikirim oleh seorang pegawai

kanan kerajaan negeri itu antaranya berbunyi

“baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?”.

Selain mereka bertiga, turut tidak hadir di sidang
DUN pagi ini ialah
Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail

(Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri),

Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat),

Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih)

dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Dipercayai, beberapa ADUN BN akan ke

Putrajaya untuk mengadakan perbincangan

dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin

berhubung krisis terbaru di negeri itu.

Krisis kepemimpinan menteri besar Terengganu

kali ini tercetus genap setahun selepas berlaku

perebutan kuasa antara Ahmad – yang disokong

oleh istana – dengan Idris, menteri besar waktu itu.

Minggu lalu, Ahmad memberi amaran keras

termasuk memecat ADUN BN terbabit jika usul

undi tidak percaya dikemukakan dalam sidang

dewan minggu ini.

BN menguasai 24 kerusi DUN, sementara PAS

pula lapan kerusi.

Sementara itu, Rosol yang juga pengerusi

Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, memberitahu

sidang akhbar pagi ini bahawa selain 10 Adun berkenaan,

tiga lagi Adun BN yang menyokong tindakan mereka,

tidak menghadiri sidang DUN hari ini.

Bagaimanapun, Berita Harian memetiknya

sebagai berkata, ketiga-tiga ADUN tersebut tidak

bersama mereka dalam sidang media itu.

Bagaimanapun Bernama melaporkan, selain

menteri besar dan 10 exco kerajaan negeri,

hanya tiga wakil rakyat BN dalam sesi soal jawab itu.

Tindakan memulaukan dewan itu, lapor agensi

berita itu lagi, menyebabkan ia didominasi

semua lapan ADUN pembangkang.

Menurut Rosol di sidang media itu, mereka tidak

akan hadir persidangan DUN selagi tidak

mendapat jaminan keselamatan berikutan

ugutan bunuh menerusi SMS itu.

“Kita akan hadir pada hari terakhir sidang dewan

esok jika mendapat jaminan keselamatan daripada polis,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: